KelabMama

BAYI LEMAS LEPAS MINUM SUSU ATAS BOUNCER, SELAMATKAH PENGGUNAAN BOUNCER INI?

Tak dinafikan, mama papa memerlukan bouncer bayi sebagai tempat anak tidur atau untuk bermain. Selain itu, bouncer bayi juga bagi memudahkan anak bersandar sementara ibu menyuapkan makanan.

Tetapi, kejadian yang mengakibatkan kematian seorang bayi berusia 3 bulan ini harus dijadikan peringatan buat kita semua.

Walaupun bouncer bayi mempunyai banyak kegunaannya, ia juga boleh menjadi salah satu alat yang membahayakan kepada si kecil!

Kes Kematian Melibatkan Penggunaan Bouncer Bayi

Leia-Mae, bayi berusia 12 minggu ini menghabiskan masa bersama ibu dan dua kakaknya untuk membeli hadiah sempena Hari Bapa.

Setibanya di rumah, Leia diletakkan di bouncer bayi, diberikan susu botol dan akhirnya tertidur. Ibunya yang keletihan juga tertidur di sofa!

Pada jam 4 pagi, ibunya, Danielle Jones bangun dan memeriksa Leia tetapi dia mendapati anaknya tidak memberi sebarang tindak balas. Si ibu yang berusia 24 tahun itu pun mula panik bayinya tidak sedar walaupun selepas membuat CPR.

Namun semuanya sudah terlambat walaupun setelah mereka memanggil paramedik.


“Semua ini seolah mimpi, mimpi yang buruk. Saya fikir bila saya bangun, semuanya akan baik-baik sahaja.


Saya sangat menyayangi anak-anak saya…tetapi kini terpaksa menjalani kehidupan dengan perkara sedih ini. Mungkin dia hanya bayi, tetapi dia anak saya.” katanya dalam sebuah wawancara.

Kejadian tersebut terjadi hanya beberapa hari selepas The Journal of Pediztrics mengeluarkan kenyataan tentang bahayanya mainan kanak-kanak termasuklah bouncer bayi, apabila bayi duduk di dalamnya.

Kajian mendapati kematian 47 kanak-kanak di bawah usia 2 tahun selalunya terjadi di atas kerusi atau alas bayi yang dibuat untuk duduk.

2 per 3 daripadanya terjadi di tempat duduk kereta kanak-kanak,manakala yang selebihnya berlaku dalam buaian, bouncer dan stroller.

Tips Menggunakan Tempat Duduk Bayi Atau Bouncer Bayi Dengan Selamat

1. Sentiasa letakkan bayi dalam pengawasan orang dewasa, walaupun si kecil dalam keadaan berjaga.

2.Jangan meninggalkan anak di tempat duduk kenderaan tanpa memakai tali pinggang keledar dengan sempurna.

3.Perlu diingat kanak-kanak boleh bertindak di luar jangkaan, yang boleh menyebabkan mereka sesak nafas atau tercekik.

4.Baby Carrier: Pastikan baby carrier yang digunakan memenuhi ciri-ciri keselamatan, dan tidak mengganggu pernafasan bayi mama. Pastikan wajah bayi mama boleh dilihat dan kepalanya boleh dicium.

5.Bagi buaian pula, elak meletakkan lebih dari satu bayi dalam buaian yang sama.

Mama papa perlulah lebih berhati-hati sekiranya ingin meletakkan anak ditempat yang dikhuatiri keselamatannya. Sentiasalah berada berdekatan dengan anak mama dan jangan tinggalkan mereka berseorangan pula ya.