Kenapa bayi mudah sangat melentur-lenturkan badan, dan gemar menghisap ibu jari kaki?
Pernah dengan orang-orang tua cakap seperti ini tak?
“Ha! Tu anak awak hisap ibu jari kaki. Petanda nak adik lagilah tu,”
Bayi hisap jari kaki adalah normal. Orang tua kata nak dapat adik itu mungkin satu kebetulan sahaja. Tindakan bayi menghisap jari tak kira tangan atau kaki bukanlah disebabkan oleh lambat memberikan susu kepadanya. Menurut kajian, ia adalah tindakan refleks yang lain selain menghisap jari tangan seperti jari kaki, mengerutkan jari-jari kaki apabila ditekan tapak kakinya atau menggenggam jari jemari kita apabila kita merasa tapak tangannya dengan jari jemari kita (ibu bapa). Itu adalah permulaan kepada pergerakan yang lain seperti meniarap, merangkak, memasukkan benda yang dicapainya ke dalam mulut dan banyak lagi pergerakan apabila mereka semakin membesar nanti. Menghisap jari kaki merupakan satu tempoh yang setiap bayi akan lalui. Sebagai ibu bapa masa kini, anda bertuah kerana terdapat pelbagai info pengetahuan berguna tentang perkembangan bayi dan mudah untuk anda tahu. Oleh itu, rajin-rajinlah mendapatkan pengetahuan dan bukan hanya mendengar saranan daripada orang tertentu sahaja.
KENALI TAHAP TUMBESARAN 0 – 365 HARI BAYI ANDA
Secara keseluruhannya, tahap perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak adalah berbeza dari pelbagai sudut walaupun mealalui peringkat pertumbuhan yang sama. Pertumbuhan dan perkembangan seseorang kanak-kanak itu dipengaruhi oleh peranan ibu-bapa atau orang yang rapat dengan anak tersebut. Oleh itu amat penting untuk memastikan persekitaran untuk anak adalah selamat dan sentisa positif untuk anak anda membesar secara sihat dan sempurna.
SATU BULAN
- Tangan dan kaki bergerak aktif
- Cuba nak naikkan kepalanya jika sedang meniarap
- Dapat menggerakkan tangan dan kaki pada satu masa
- Bergerak tiba-tiba pada bunyi yang kuat
- Badan dan Kepala perlu disokong jika didukung waktu ini
- Tingkah laku menghisap.Selain minum susu ibu, bayi akan isap apa saja objek diletakkan dimulutnya.
DUA BULAN
- Mungkin memusingkan kepala dari arah sisi
- Melihat pergerakan mak ayah disekeliling
- Memberi tindak balas terhadap anda
- Menunjukkan keseronokan apabila anda hampir dengannya
- Membuka dan menutup mulut ketika anda sedang bercakap dengan anak lain
- Gerakan semakin baik
TIGA BULAN
- Akan mengangkat kepalanya tanpa sokongan untuk beberapa saat
- Boleh angkat kepala dan dadanya bila sedang meniarap
- Boleh menutup dan membuka tangan dan bermain dengan jarinya sendiri
- Semakin menyedari persekitaran dan orang sekeliling
- Boleh melihat tangan
- Boleh mengambil permainan atau objek yang berdekatan dengannya
EMPAT BULAN
- Dah boleh bergerap ketika meniarap
- Matanya mula melihat pergerakan orang di persekitaran
- boleh mengawal objek
- Kawalan kepala semakin stabil
- Gunakan tangan untuk meneroka muka sendiri
- Mengenali orang yang paling rapat dengannya dan bertindak balas secara berbeza terhadap orang lain.
LIMA BULAN
- Boleh mencapai Ibu Jari kaki dan memasukkan ke dalam mulut
- Menangis untuk menarik perhatian
- Mencapai permainan yang disukai
- Mengangkat tangan untuk ambil sesuatu objek
- Memalingkan kepala ke arah lain jika tak mahu lagi menyusu
- Akan meletakkan sebarang objek yang dijumpai ke dalam mulut
- baby-toys
ENAM BULAN
- Boleh mengangkat tangan lebih stabil
- Duduk dengan sokongan yang betul
- Boleh mula makan
- Boleh mula ketawa dan “babbles”
- Boleh berguling-guling
- Boleh memegang botol susu sendiri
TUJUH BULAN
- Bermain dengan objek dan boleh gunakan satu tangan ke tangan yang lain
- Boleh mengenali diri dan tersenyum melihat diri didalam cermin
- Mengenali Ibu Bapanya sendiri
- Menjadi bimbang terhadap orang yang tidak dikenali
LAPAN BULAN
- Sudah boleh duduk tegak tanpa sokongan
- Mampu berdiri dalam masa yang singkat
- Mengenal namanya dan mula menyebut kata-kata yang mudah seperti ‘mama, papa’
- Boleh mencapai objek sebelah tangan
- Memegang objek kecil dengan jari dan ibu jari
- Suka melihat benda-benda jatuh, dipungut semula dan dibaling semula
- brdiri
SEMBILAN BULAN
- Boleh menyusur dan merangkak.
- Suka mengambil dan menarik objek di atas meja
- Memberi tindak balas ketika namanya dipanggil
- Mula memaut untuk sokongan berdiri (tanda mahu berjalan)
SEPULUH BULAN
- Mula memahami ‘tidak’ dan ‘bye-bye’.
- Mempunyai sifat-sifat lucu yang buatkan ibu bapa ketawa seperti meniup mulut sendiri
- Mula memahami banyak perkataan dan suka meniru bunyi
- Suka memukul objek dengan tangannya
- Suka mencari barang tersembunyi atas katil
- Berjalan dengan sokongan ibu-bapa
SEBELAS BULAN
- Melambaikan tangan untuk isyarat ‘bye-bye’.
- Mungkin dapat berdiri sendiri untuk tempoh singkat dan cuba bergerak beberapa langkah
- Meniru kata-kata yang mudah contohnya “no, no, no..no”
- Boleh mencari objek diruang tamu dengan mudah
DUA BELAS BULAN
- Boleh berdiri sendiri
- Mula boleh berjalan dengan sokongan atau dengan sendirinya
- Boleh mula makan sendiri dengan sudu
- Mula memahami arahan dan permintaan
- Mempunyai kebolehan untuk mengisi dan mengeluarkan permainan dari kotak.
- Boleh bermain permainan tolak dan tarik