KelabMama

Bayi Dijumpai Di Dalam Beg, Ditinggalkan Di Bawah Sepohon Pokok

Baru-baru ini kita digemparkan lagi dengan kes buang bayi di Jalan Langkasuka di kawasan Larkin. Bayi malang itu dijumpai seorang lelaki di dalam beg wanita yang ditinggalkan di bawah pokok. Orang lain yang dah kahwin bertahun bersusah payah nak dapatkan anak tapi masih ada yang buang anak macam buang baju.

Bayi dalam beg bawah pokok

Kisah ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ahmad Fauzi. Menurutnya, dia adalah individu yang telah menemui bayi tersebut. Sebaik sahaja dia jumpa beg yang berisi seorang bayi itu, Fauzi mengakui dia berasa amat cemas dan menggigil seluruh badannya kerana dia tak menyangka akan berhadapan dengan situasi begitu.

Menggigil satu badan jumpa baby bwah pokok…area larkin..jalan langkasuka..awak tak payah lh cari ibu n bapak awak nnt bila dh besar…

https://www.kelabmama.com/story_wordpress/wp-content/uploads/2019/06/getfvid_64617799_687228635061477_2782303870460624896_n.mp4

Badan merah digigit serangga

Bayi malang itu kelihatan sangat lemah dan badannya serta mukanya merah-merah dipercayai digigit serangga. Ahmad Fauzi juga turut berkongsikan video dia turut memberikan bayi malang itu susu dan bayi itu kelihatan bersungguh-sungguh minum susu. Pasti bayi itu kelaparan dan kesejukan ditinggalkan di bawah pokok. Kesiannya!

Di post tersebut, ramai yang menyampaikan rasa kesian kepada bayi malang itu dan juga rasa marah pada si pelaku yang tak berhati perut membuang anak begitu saja. Ada juga yang menawarkan diri untuk mengambil bayi ini sebagai anak angkat. Betapa mulianya hati insan-insan ini.

Kalau betul memang tak bersedia untuk ada anak sepatutnya ambil langkah bijak dari awal lagi. Bukan buat tindakan sebegini. Lebih baik bagi kepada mereka yang memerlukan atau hantar di tempat yang sepatutnya. Bukan letak dalam beg dan tinggalkan di bawah pokok begitu saja.

Komen netizen yang simpati dan marah dengan kejadian ini

BACA JUGA BAYI DIJUMPAI DALAM KOTAK, DITINGGALKAN DI BELAKANG MASJID

Pesan Mama Siti

Semakin lama semakin banyak kes buang bayi. Kalau ye pun tak nak anak tu apa salahnya bagi orang atau hantarlah di tempat yang sepatutnya. Bukan buang macam sampah. Anak itu anugerah terindah dan amanah Allah untuk kita. Jagalah sebaiknya walaupun kehadirannya tak diduga.