KelabMama

Bayi Dijangkiti Virus Herpes Simplex 1 (HSV1), Dicium Orang Dewasa

Lumrah orang dewasa kalau nampak bayi comel mesti nak peluk cium gomolkan? Tapi tahukah mama ia boleh mendatangkan bahaya pada si bayi kalau orang yang peluk cium ‘tak bersih’? Terbaru, seorang bayi telah dijangkiti Virus Herpes Simplex 1 (HSV1) akibat ciuman orang dewasa.

Sepatutnya sebagai seorang dewasa yang dah tahu bezakan baik dan buruk perlu lebih berhati-hati untuk sentuh bayi kecil sekiranya tahu diri ‘tak bersih’. Ini kerana kulit bayi jauh lebih sensitif berbanding kulit orang dewasa. Sehingga kini hal sebegini dipandang remeh segelintir masyarakat sehinggakan kes kematian bayi semakin meningkat hasil dari tindakan mereka yang menggomol, mencium bayi.

Jom kita baca perkongsian dari Public Health Malaysia ini.

Mata membengkak dan berair

Noah Tindle baru berusia 4 minggu apabila ibunya menyedari mata kanannya mula bengkak dan berair.

Beberapa hari kemudian, kulit di sekitar mata mula mengelupas dan melepuh. Mata semakin merah dan membengkak.

Pemeriksaan dan ujian yang dijalankan mengesahkan bayi malang ini telah dijangkiti dengan virus Herpes Simplex 1 ( HSV1)

Bagaimana bayi berusia 4 minggu boleh mendapat jangkitan virus yang biasanya disebarkan menerusi hibungan seksual??

Jangkitan dari ciuman

Rupa rupanya, jangkitan ini diperoleh menerusi ciuman orang dewasa semasa satu majlis khas di gereja beberapa hari lalu. Pada majlis tersebut, rakan rakan dan keluarga yang datang bergilir gilir mencium bayi ini.

Akibat dari jangkitan ini, Noah perlu mendapatkan rawatan antiviral selama 2 minggu di hospital, 2 kali setiap hari. Kemudian, bayi ini perlu mengambil rawatan antiviral berterusan selama 6 bulan.

Kena jangkitan semula

Malangnya, bayi ini mengalami jangkitan semula (relapse) pada usianya 9 bulan. Ini menyebabkan rawatan perlu diteruskan sehingga bulan Mac 2020.

Namun, bayi ini masih lagi bernasib baik kerana ibunya menyedari akan gejala ini pada peringkat awal dan sempat mendapatkan rawatan sebelum virus merebak ke saluran darah dan menjangkiti organ lain.

Boleh menyebabkan kematian

Jangkitan Herpes Simplex HSV tidak mempunyai sebarang masalah kepada orang dewasa yang dijangkiti tetapi boleh menyebabkan kematian kepada bayi.

Sebelum ini, seorang bayi dilaporkan maut setelah jangkitan virus ini merebak ke selaput otak. Bayi ini juga dijangkiti virus HSV 1 menerusi ciuman.

Berhati hati ya ibu bapa! Sayangkan anak, jangan bawa bayi ke tempat yang sesak dan biarkan pelawat MENGOMOL bayi anda!

5 Sebab Anak Mama Perlu Dielak Dicium Serta Digomol

1) Bayi perlukan rehat secukupnya

Bayi ni kalau asyik kena dukung, kena gomol sebenarnya boleh buatkan bayi penat tau? Tapi ramai yang tak ambil endah tentang perkara ni kan? Alasan sebab geram dengan bayi. Kalau nak guna alasan geram makpak bayi tu lagi geram tengok anak sendiri huhu

2) Sistem imun bayi tak sekuat orang dewasa

Kalau tahu diri tak sihat, selsema, batuk, demam dan sebagainya, lupakan jelah hasrat tu nak peluk cium bayi ye. Tengok dari jauh je boleh. Jangan pentingkan diri. Fikir juga tentang bayi tu kalau berjangkit nanti lagi teruk dari orang dewasa sakitnya tau.

3) Bayi akan mengigau masa tidur

Waktu siang memanglah bayi nampak happy kena dukung, diagah seorang demi seorang. Tapi bila malam bayi akan meragam dan mengigau. Mama papa yang kena berjaga malam nanti bila bayi meragam, bukan mereka yang peluk cium bayi tadi hehe.

4) Kulit bayi sensitif

Kena sentiasa ingat kulit bayi sangatlah sensitif. Buat makcik-makcik yang selalu pakai lipstick merah tu beringat-ingatlah ye sebelum duk cium anak orang tu. Ada bayi kulitnya tak boleh kena lipstick akan naik ruam dan sebagainya. Bila dah naik ruam dan gatal-gatal mestilah bayi akan meragam kan?

5) Bayi tak selesa

Bayi ni kalau ramai sangat ‘peminat’ yang kerumun dia jadi tak selesa tau. Cuba bagi ruang pada si bayi untuk memerhati sekeliling dia tanpa dikerumuni ‘peminat’. Bayi pun nak pemandangan yang menenangkan jugak. Bukan yang menyesakkan.

Sumber : Public Health Malaysia , Ning Salmah

BACA JUGA AWAS! RAYA NI JANGAN BIAR ORANG RAMAI GOMOL ANAK KECIL. BAHAYA!

Pesan Mama Siti

Mama papa yang ada anak kecil tu kenalah bertegas sikit dalam hal yang berkaitan dengan anak ni. Tak salah pun sebab tu anak kita, hak kita. Biarlah orang kata kita kedekut anak sekalipun yang penting anak kita bebas dari dijangkiti virus.