KelabMama

Elakkan Bawa Bayi dan Anak Kecil Melawat Pesakit di Hospital

melawat

Walaupun dah masuk tahun baru, masih ramai ibu bapa yang tidak ambil kisah tentang kesihatan anak-anak ketika berada di kawasan orang ramai. Anak kecil tidak mempunyai sistem imunisasi badan seperti kita yang dewasa. Bukan setakat kawasan terbuka, tetapi untuk turut dibawa melawat pesakit di hospital juga amat ditegah. Kenapa? Ikuti nasihat Doktor ini:

Bakteria Berbahaya

Dr Muhammad Hassan kongsikan pengalaman dan nasihat beliau mengenai mereka yang sering bawa anak kecil ke hospital. Di status Facebooknya, beliau kongsikan:

Seeloknya jangan bawa bayi atau anak-anak kecil melawat pesakit di hospital. Ada jenis bakteria seperti LEGIONELLA PNEUMOPHILA yang sukar dirawat walaupun menggunakan antbiotik.

Legionella Bacteria

Bayi yang mulanya sihat, selepas dua hari, terkena Radang Paru-paru.

Ada yang bawa bayi sihat 9 bulan. 2 Hari selepas itu terpaksa datang klinik dan dikejarkan ke hospital kerana demam teruk dan radang paru-paru.

Saya paling kesian tengok jika bayi batuk-batuk tanpa henti. Mak ayah tak boleh tidur sebab waktu malam kebiasaannya radang makin teruk.

Nasihat Dr Hassan

Kita perlu ingat, hospital adalah tempat paling banyak bakteria, virus walaupun nampak bersih, sangat tidak sesuai tempat ini untuk bayi dan kanak-kanak yang sihat.

-EncikMatt-

Untuk pengetahuan Mama, pihak hospital juga ada menyediakan peraturan mengenai hal ini. Tetapi, sering kali tidak diambil peduli oleh ibu bapa yang melawat. Antaranya ialah:

Larangan Ketika di Hospital

Bayi dan kanak-kanak ditegah untuk dibawa bersama ketika melawat pesakit di hospital untuk mengelakkan mereka daripada terkena jangkitan penyakit-penyakit lain. Sistem imunisasi badan mereka masih lemah, oleh itu anak-anak kecil ini sangat mudah terkena penyakit.

Tambahan pula, pihak hospital bimbang anak-anak kecil yang dibawa bakal terdedag dengan ancaman virus yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. 

Apa Mama boleh Lakukan

Oleh itu, jika Mama ingin melawat saudara-mara atau kenalan yang sakit di hospital, adalah lebih baik untuk Mama tinggalkan anak kecil Mama bersama dengan orang yang boleh dipercayai. Tinggalkan dia sebentar di rumah. Jangan dibawa sekali ke hospital. Fikir dulu kesan pada anak-anak kalau tiba-tiba terkena jangkitan yang tidak diundang.

Dapatkan pelbagai barang bayi dengan harga menarik di Motherhood.com.my!