Baru-baru ini kita digemparkan dengan kematian bayi berusia 9 bulan yang lemas dalam baldi selepas aktiviti ‘memancing’ di taskanya yang bertempat di Shah Alam. Bayi lelaki itu ditemui dalam baldi kecil berisi air di bilik air, dengan kepalanya ke bawah. Allahu. Bukankah sepatutnya pihak taska memantau anak-anak jagaan ini?
Menurut laporan Harian Metro, siasatan awal mendapati pemilik taska dan tiga lagi pengasuh menjalankan aktiviti ‘memancing’ di dalam bilik bersama 10 anak asuhan lain sebelum menyedari mangsa hilang. Kejadian disedari seorang daripada pengasuh selepas selesai aktiviti apabila bayi itu ditemui dalam baldi kecil berisi air di bilik air, dengan kepalanya ke bawah.
“Pemilik taska kemudiannya membawa mangsa ke Klinik Desa Jalan Kebun untuk mendapatkan rawatan.
“Pada jam 2.30 petang, ibu mangsa berusia 37 tahun dihubungi pemilik taska supaya segera ke Klinik Desa Jalan Kebun kerana mangsa mengalami kecemasan,” katanya dihubungi, hari ini.
Mangsa seterusnya dibawa ke zon merah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk pemeriksaan lanjut, namun disahkan meninggal dunia pada 4 petang.
Beliau berkata, bedah siasat dijalankan pada 9 pagi semalam dan tiada kesan penderaan fizikal terhadap mangsa.
Katanya, bayi itu baru 10 hari dihantar ke taska terbabit denga bayaran RM300 dan dalam keadaan sihat serta tiada penyakit.
“Mangsa anak tunggal pengadu yang juga warga Indonesia akan dihantar pada 7 pagi sebelum wanita itu, juga seorang ibu tunggal ke tempat kerja di sebuah kelab golf di Kota Kemuning.
“Taska itu terletak di tingkat dua bangunan lot kedai dua tingkat dan beroperasi sejak Disember 2018, dipercayai tanpa lesen.
“Ada tiga pengasuh perempuan wanita tempatan berusia antara 18 dan 22 tahun di taska yang menjaga seramai 25 bayi dan kanak-kanak berusia antara sembilan bulan dan tiga tahun. Hanya mangsa yang berusia bawah setahun,” katanya.
Baharudin memberitahu ketika kejadian hanya ada 10 anak asuhan sedang dijaga di premis yang turut dipasang kamera litar tertutup (CCTV).
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi mengenalpasti punca kejadian dan sama ada berlakunya kecuaian.
“Pemilik taska ditangkap kira-kira jam 10 malam tadi (semalam) untuk siasatan lanjut dan perintah reman akan dipohon pagi ini,” katanya.
Sukarelawan tergamam, si ibu menangis
Kisah ini menjadi tular apabila ia dimuat naik dalam akaun Facebook Unit Khas Van Jenazah.
Suasana suram menyelubungi semua unit sukarelawan ketika menguruskan jenazah bayi berusia 8 bulan tadi.Rasa sayu,sedih apabila melihat jenazah bayi itu didepan mata dengan kesan jahitan hasil dari proses bedah siasat.
Apabila jenazah dibuka untuk dimandi,unit sukarelawan masing masing tergamam melihat antara satu sama lain.ada yang menahan air mata kerana si ibu menangis sambil berulang kali menyebut
” rayyan tunggu ibu disyurga”,”tunggu ibu ye nak disyurga”.
Ada diantara unit sukarelawan yang menekup muka seperti tidak sanggup melihat situasi antara si ibu dan anak.tiada ungkapan sesuai boleh diungkap melainkan SEBAK!
Seperti yang dimaklumkan kepada unit sukarelawan ketika ditemu bual,beliau menghantar bayi lelakinya ke tempat rumah penjagaan kanak kanak berbayar berhampiran rumahnya dijalan kebun shah alam.
Beliau dimaklumkan oleh pihak pengasuh bayi lelakinya telah meninggal dunia kerana lemas didalam baldi dibilik air tempat anaknya diasuh dan dijaga.
Hati ibu mana yang boleh menerima berita kematian sebegitu?
Bagaimana anak yang sepatutnya dijaga rapi oleh pihak pengasuh boleh lemas didalam baldi dibilik air?
Si ibu memberitahu pihak rumah penjagaan kanak kanak itu menyatakan pintu bilik air tidak berkunci ketika kejadian berlaku.
Ada kecuaian yang dapat dilihat sebagai punca kerana bayi berusia 8 bulan begitu perlu dijaga dengan rapi oleh pengasuh.
Jika pengasuh peka dan aspek penjagaan diutamakan,bukan sahaja kematian tetapi situasi kecederaan juga tidak akan berlaku.
Kes kematian bayi yang diuruskan oleh pihak unit khas van jenazah telah pun dalam siasatan pihak polis.kami sendiri berharap KEADILAN dapat ditegakkan jika berlaku faktor kecuaian dari pihak pusat penjagaan kanak kanak itu.
Biarpun bayi ini telah pergi kerana sudah tertulis,biarpun ajal maut ditangan tuhan,keadilan akibat kecuaian jangan dipandang remeh.
Jika ada kesilapan dan kecuaian..
Tindakan paling tegas wajar dikenakan bukan sahaja kepada pengasuh tetapi kepada pemilik pusat penjagaan kanak kanak tempat bayi ini mati.
Ini juga melibatkan NYAWA ANAK ANAK & KEPERCAYAAN ibu bapa lain yang mempunyai anak anak dipusat penjagaan itu.jangan hanya kerana memandang duit orang lain yang perlu menanggung kesedihan!
Oleh kerana si ibu adalah dari golongan ibu tunggal unit kami memikul segala amanah yang terletak diatas bahu untuk membantu.
Amanah yang diberi kepada unit sukarelawan unit khas van jenazah telah ditunaikan sebaik mungkin.dari khidmat mandi,kafan,solat jenazah sehingga bacaan talqin dilaksanakan sendiri oleh unit sukarelawan tanpa sebarang bayaran!
Sumber : Harian Metro , Unit Khas Van Jenazah
BACA JUGA SENTUHAN IBU LEBIH BAIK BERBANDING MAINAN UNTUK BAYI 0-3 BULAN
Pesan Mama Siti
Tak dapat Mama Siti nak gambarkan perasaan si ibu yang kehilangan permata hati dalam keadaan begitu. Sepatutnya pihak taska lebih berhati-hati dan pantau semua anak-anak. Kalau rasa tak mampu nak jaga ramai jangan ambil ramai-ramai. Sudahnya anak yang tak berdosa menjadi mangsa kecuaian pihak tak bertanggungjawab. Semoga kisah ini menjadi peringatan kepada semua. Alfatihah untuk adik Abdul Rayyan. Syurga tempatmu anak.