KelabMama

Bayi 7 Bulan Hidup Tanpa Ibu Bapa Kerana Ibu Tak Waras Sebab Bapa

Diusia 7 bulan kebanyakan bayi sedang seronok dibelai ibu bapa tapi lain pula kisah yang berlaku kepada bayi yang malang ini. Sudah 7 bulan bayi ini tinggal di hospital tanpa ibu bapa. Ibunya dipercayai tak waras disebabkan si bapa berkahwin baru. Allahu.

Ramai yang nakkan anak tapi tak semua diberi rezeki anak sebaik saja berkahwin. Ada yang berusaha sehabis baik tapi masih tak dikurniakan anak. Maka bersyukurlah bagi pasangan yang sudah dikurniakan cahaya mata. Jangan disia-siakan pemberian Allah ini.

Tapi lain pula kisah yang berlaku kepada bayi yang malang ini. Sudah 7 bulan bayi ini hidup tanpa ibu bapa tinggal di hospital tanpa ibu bapa. Ibunya dipercayai tak waras disebabkan si bapa berkahwin baru. Allahu.

Sendiri tanpa ibu bapa

Sampai ke malam nih tak habis fikir lagi, kenapa la tegar si ayah buat anak secomel terbiar begini, tanpa seorang pun tak ada yang lawat baby berusia 7 bulan nih, dah sebatang kara dia disini. Nasib misi-misi semua baik jaga baby nih bagai anak mereka sendiri. Dihati kecil ini menangis terdengar kisah bayi malang nih, paling membuat hati nih sebak adalah si ibu yang telah diuji dgn penyakit “GILA” kerana suami ada perempuan baru, mungkin dia tertekan sejak di dalam pantang lagi atau pun sudah lama tekanan yang dihadapi.

Sedih bila terpandang wajah bayi

Wahai si ayah dan perempuan kenapalah sanggup bina kebahagiaan di atas penderitaan insan-insan lain. Allahuakbar sedih sangat setiap kali terpandang wajah bayi yang tak mengerti tentang kehidupan ini lagi. Terpandang baby nih, hati menangis sangat-sangat. Semoga bila besar nanti bisa menggegarkan dunia tuk sebarkan Hidayat ya sayang.

Buat ayah-ayah diluar sana fikirkan sejenak untuk apa kita di hidupkan di dunia? Fikirlah matlamat sebenar kita disini, bimbing lah isteri dan anak sebaiknya, amanah Allah usah dipersiakan, kelak menyesal tak sudah, fikirlah sebelum kita kembali ke tempat asal, tiada peluang kedua untuk kita kembali ke sini lagi..

Nangis sampai terlelap

Mama Siti tak pasti sama ada ibu si bayi ini meroyam atau memang tak waras tapi ini info yang Mama Siti nak share dengan mama semua tentang jenis dan tanda-tanda meroyan yang perlu mama tahu. Semoga bermanfaat!

Jenis Meroyan

Menurut perubatan tradisional, meroyan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:

Meroyan api – Penghidapnya bersikap lebih garang, mudah marah dan berasakan segalanya tidak terkawal.

Meroyan kentung – Ia menjadikan penghidapnya murung, hiba dan mudah berasa sedih.

Meroyan tinggal – Kebiasaannya penghidap meroyan jenis ini bercakap seorang diri.

Meroyan urat – Penghidapnya berasa ketegangan urat saraf dan mudah kejang selain seluruh badan berasa sakit.

Meroyan lendir – Wanita yang menghidapnya kelihatan pucat, lesu, berasa penat, badan semakin susut atau keguguran rambut.

Meroyan bulu – Sering berasa seram sejuk atau terkena kancing gigi.

Meroyan kulit – Badan berasa gatal walaupun selepas mandi atau sudah bersih.

Antara tanda kemurungan atau meroyan:

• Bercakap seorang diri

• Berhalusinasi

• Sering berfikir perkara tidak rasional

• Berasa tidak yakin atau was-was

• Keliru

• Tidak mempercayai sesiapa

• Mudah berasa marah tanpa sebab munasabah

• Murung dan tidak berminat melakukan apa-apa

• Mudah dan sering menangis

• Sering mengadu perkara tidak logik

Sumber : ohbulan, Bunga Larangan

BACA JUGA IBU MEROYAN MEMBIMBANGKAN

Pesan Mama Siti

Allahu kesiannya anak yang tak berdosa ini. Pasti dia rindukan bau serta belaian ibunya. Kenapalah tergamak si bapa buat begini pada si isteri dan anak malang ini? Seronokkah hidup diatas penderitaan orang lain? Haih..Semoga si ibu cepat sembuh dan dapat kembali ke pangkuan anaknya. Amin