Bawang merah adalah salah satu bahan dapur yang sering Mama gunakan dalam masakan harian kerana rasanya yang unik dan aromanya yang memikat.
Namun, bukan sekadar penambah rasa dalam hidangan, ia juga kaya dengan pelbagai manfaat kesihatan yang luar biasa.
Sama ada dimakan mentah, dimasak, atau dijadikan ramuan semula jadi, kebaikan bawang merah tetap relevan dan bermanfaat untuk kesihatan Mama Papa.
14 Kelebihan Bawang Merah untuk Kesihatan Mama Papa
1. Kaya dengan Antioksidan
Bawang merah adalah sumber antioksidan yang tinggi, termasuk kuercetin dan antosianin. Antioksidan ini berperanan penting dalam melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel.
Dengan pengambilan secara konsisten, Mama Papa dapat melindungi tubuh daripada pelbagai penyakit kronik seperti kanser dan penyakit kardiovaskular.
2. Meningkatkan Sistem Imuniti
Bawang merah kaya dengan vitamin C, yang merupakan antioksidan utama dalam meningkatkan sistem imun. Dengan menguatkan pertahanan tubuh, membantu melawan jangkitan seperti selsema.
Selain itu, kandungan flavonoid turut memberikan perlindungan tambahan terhadap kerosakan sel.
Jadi, kalau Mama Papa senang jatuh sakit, memasukkan bawang merah dalam masakan boleh menjadi cara semula jadi untuk meningkatkan ketahanan badan.
3. Mengawal Paras Gula dalam Darah
Mineral kromium dalam bawang berperanan penting dalam mengawal paras gula darah, terutamanya bagi Mama Papa yang menghidap diabetes atau prediabetes.
Sulfur yang terkandung dalam bawang pula membantu merangsang pengeluaran insulin, memberikan manfaat besar kepada pesakit kencing manis.
Selain itu, bawang mengandungi sebatian seperti quercetin dan sulfur yang memiliki sifat antidiabetik.
Sebagai contoh, quercetin didapati mampu berinteraksi dengan sel-sel di usus kecil, pankreas, otot rangka, tisu lemak, dan hati untuk mengawal gula darah secara menyeluruh dalam badan.
4. Meningkatkan Kesihatan Jantung
Salah satu manfaat paling utama bawang merah ialah kesannya terhadap kesihatan jantung. Ia mengandungi flavonoid yang membantu memperbaiki fungsi jantung dengan mengurangkan keradangan dan meningkatkan aliran darah.
Selain itu, sebatian organosulfur dalam bawang ini berperanan melindungi daripada penyakit kardiovaskular dengan mengurangkan risiko pembekuan darah dan memperbaiki tahap kolesterol.
Bawang merah juga mengandungi tiosulfinat, yang berkesan mengurangkan risiko strok dengan memperbaiki peredaran darah dan mengurangkan pembekuan.
5. Mencegah Kanser
Bawang merah juga dipercayai dapat mengurangkan risiko kanser tertentu seperti kanser perut dan kanser kolorektal.
Ia mengandungi fisetin dan quercetin, dua jenis antioksidan flavonoid yang dipercayai dapat menghalang pertumbuhan kanser, memberikan perlindungan tambahan untuk perkembangan kanser.
Jadi, apabila Mama Papa makan sate, jangan lupa untuk makan bawang merah sekali bagi menetralkan rasa hangit dan memberikan manfaat kesihatan tambahan.
6. Melambatkan Proses Penuaan
Manfaat antioksidan bukanlah sesuatu yang baru atau misteri. Salah satu penyebab penuaan adalah pengumpulan radikal bebas dalam tubuh Mama membantu mengekalkan kulit yang sihat dan berseri.
Bawang merah yang mempunyai sifat anti-radang dapat membantu merawat masalah kulit seperti jerawat dan ruam.
Selain menyediakan antioksidan, ia juga merangsang tubuh untuk menghasilkan antioksidan secara semula jadi. Di samping itu, bawang turut membantu menyingkirkan toksin dalam badan, sekali gus memperlambatkan proses penuaan.
7. Menyokong Pencernaan
Bawang merah mengandungi serat prebiotik, yang membantu pertumbuhan bakteria baik dalam usus. Bakteria baik ini penting untuk memastikan sistem pencernaan berfungsi dengan lancar dan mengurangkan risiko sembelit.
8. Mengurangkan Keradangan
Bawang merah mengandungi quercetin, sejenis sebatian yang diketahui berpotensi membantu meredakan keradangan dalam badan.
Kesan anti-radangnya bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan secara keseluruhan tetapi juga dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan yang disebabkan oleh pelbagai jenis keradangan, termasuk yang berkaitan dengan masalah pernafasan.
Selain itu, bawang merah juga mampu membantu melegakan sakit kepala yang berpunca daripada selesema dan hidung tersumbat.
Khasiat ini dikaitkan dengan kandungan sulfur dalam bawang merah, yang memainkan peranan penting dalam memecahkan mukus atau lendir yang terkumpul di saluran pernafasan.
Apabila mukus dipecahkan, ia memudahkan aliran udara dan mengurangkan tekanan di bahagian kepala, sekali gus memberikan kelegaan kepada individu yang mengalami simptom-simptom ini.
9. Meningkatkan Kesihatan Tulang
Kajian menunjukkan bawang merah mengandungi sebatian tertentu yang membantu menyokong pertumbuhan tulang yang sihat dan kuat.
Bawang dipercayai berupaya mengurangkan tekanan oksidatif, meningkatkan tahap antioksidan dalam tubuh Mama Papa.
Ini sangat penting untuk Mama dan Papa, terutama ketika umur meningkat, untuk mencegah osteoporosis dan menjaga kekuatan tulang.
10. Menurunkan Tekanan Darah
Sebatian sulfur dalam bawang merah membantu melegakan saluran darah dan menurunkan tekanan darah, menjadikannya bahan makanan yang penting untuk individu yang ingin menjaga kesihatan kardiovaskular mereka.
Selain itu, sebatian sulfur ini juga membantu melancarkan peredaran darah dengan menghalang pembekuan darah, seterusnya mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
Dengan peredaran darah yang baik, organ-organ dalam tubuh dapat berfungsi dengan lebih efisien.
11. Menjaga Kesihatan Rambut
Bawang merah sering digunakan secara tradisional untuk merawat masalah rambut seperti keguguran rambut dan kelemumur.
Ekstrak bawang merah membantu merangsang folikel rambut, meningkatkan pertumbuhan rambut, dan menjadikan rambut lebih kuat.
Bagi mereka yang menghadapi masalah rambut gugur atau kulit kepala berminyak, bawang merah boleh menjadi penyelesaian semula jadi.
Kandungan sulfur dalam bawang merah membantu merangsang pertumbuhan rambut serta meningkatkan peredaran darah di kulit kepala.
12. Meningkatkan Mood Tidur
Kandungan folat dalam bawang boleh membantu mengurangkan simptom kemurungan. Folat membantu penghasilan serotonin dan dopamin, iaitu hormon yang berkaitan dengan mood tidur.
Selain itu, mengandungi probiotik yang membantu meningkatkan kualiti tidur dan mengurangkan tekanan dengan menyeimbangkan mikroflora dalam usus, memberi kesan positif kepada kesejahteraan mental.
Penghidap anemia mengalami penurunan kadar hemoglobin, sejenis protein dalam sel darah merah yang dihasilkan daripada zat besi dan berfungsi untuk mengangkut oksigen dalam darah.
Bawang juga mengandungi bakteria baik yang merangsang fungsi otak dengan meningkatkan komunikasi antara otak dan usus, membantu meningkatkan tumpuan, daya ingatan, dan kemahiran kognitif.
13. Merawat gigi
Bawang mentah memang boleh menyebabkan nafas berbau, namun ia sangat bermanfaat untuk kesihatan mulut Mama Papa.
Bawang merah yang mentah dapat membantu menguatkan gigi dengan membunuh bakteria penyebab kerosakan pada gigi Mama Papa.
Kandungan sulfur dalam bawang bertindak sebagai agen antibakteria semula jadi, mengurangkan risiko kerosakan gigi dan masalah mulut lain.
Sifat anti-radang juga membantu mengurangkan keradangan gusi dan mempercepatkan penyembuhan luka pada gusi.
Walaupun nafas berbau, bawang mentah menyumbang kepada kesihatan mulut secara semula jadi.
14. Bawang Merah Menjaga Kesihatan Mata
Bawang merah kaya dengan sulfur yang membantu tubuh menghasilkan glutathione, sejenis antioksidan yang melindungi mata daripada kerosakan radikal bebas.
Selain itu, ia juga kaya dengan vitamin E, yang melindungi tisu mata daripada kerosakan oksidatif, membantu mengekalkan penglihatan yang sihat.
Cara Mudah Menambah Bawang Merah dalam Diet Harian
Untuk manfaat kesihatan yang maksimum, Mama Papa boleh cuba makan bawang merah secara mentah dalam kuantiti kecil, kerana beberapa nutrien boleh hilang semasa proses memasak.
Dengan memasukkannya ke dalam diet harian, Mama bukan sahaja dapat menikmati rasa makanan yang lebih enak, tetapi menjaga kesihatan badan secara menyeluruh.
Jadi, jangan lupa tambahkan bawang merah dalam hidangan Mama Papa hari ini!
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Apa kebaikan buah nenas untuk kesihatan Mama Papa? Klik di SINI.