Setiap manusia mempunyai kelenjar keringat atau lebih dikenali sebagai peluh. Keringat atau peluh dihasilkan oleh dua kelenjar penting dalam tubuh manusia iaitu kalenjar accrine dan kelenjar apokrin. Kelenjar accrine yang bertugas untuk menghasilkan keringat bening dan tidak berbau yang dikeluarkan sejak bayi. Kelenjar accrine ini umumnya berada di tangan, punggung serta dahi. Kelenjar accrine ini mengeluarkan cairan yang banyak mengandungi air dan tidak berbau. Kelenjar accrine ini memiliki kandungan asam lemak yang penuh dengan cairan lebih likat dan berminyak.
Bagi kelenjar apokrin pula, kelenjar ini letaknya lebih luas di dalam tubuh, terutama di bahagian tubuh yang memiliki perakaran rambut seperti ketiak, organ intim dan di dalam hidung. Namun, kalenjar apokrin ini lebih banyak terdapat di bahagian ketiak yang memiliki pori-pori yang cukup besar untuk menghasilkan dan mengeluarkan keringat. Kalenjar apokrin ini juga akan dihasilkan bersama bakteria yang berperanan dalam proses menghasilkan bau yang tidak sedap dan menyenangkan. Kelenjar apokrin akan aktif setelah seseorang individu mencapai akil baligh.
- Masalah bau badan bermula apabila seseorang itu mencapai akil baligh. Namun individu memiliki tubuh badan lebih gempal atau gemuk, individu kuat berpeluh, dan individu yang suka mengambil diet berempah serta individu menghidap penyakit kronik seperti kencing manis atau gout lebih berisiko tinggi mendapat masalah badan berbau. Umumnya keringat atau peluh tidak berbau. Namun, jika melekat di permukaan kulit selama beberapa jam dapat menimbulkan masalah bau badan. Bau badan juga dikenali sebagai bromhidrosis, osmidrosis atau ozochrotia.
- Bau badan sebenarnya berlaku apabila bakteria yang terdapat pada permukaan kulit menguraikan protein yang terdapat pada lapisan kulit dan peluh kepada asid. Hal ini kerana kegiatan bakteria-bakteria yang terdapat di permukaan kulit akan membiak dengan lebih cepat dan menyebabkan kandungan asid di dalam peluh bertambah dengan lebih cepat.
PUNCA UTAMA
- Keadaan asid yang tinggi di dalam peluh menjadi penyebab utama bau badan menjadi busuk. Dua jenis asid yang menjadi faktor penyebab bau badan kita menjadi busuk ialah asid propionik dan asid isovalerik.
- Asid propionik ini banyak ditemui di dalam peluh dan ia berlaku akibat tindakan daripada bakteria jenis propioni bacteria.
- Bakteria ini biasanya tinggal di dalam saluran kelenjar sebum yang terdapat pada permukaan epidermis dan dermis kulit. Asid propionik inilah yang menjadi faktor penyebab bau badan kita berbau seperti cuka.
- Asid isovalerik pula dihasilkan oleh tindakan bakteria Staphylococcus epidermidis dan ia menjadi faktor penyebab bau badan seperti keju dan susu. Bahagian-bahagian badan yang mudah mengeluarkan bau badan ialah celah-celah jari kaki, kelenkang, ketiak, bahagian pusat pada perut dan tempat-tempat yang berbulu seperti kemaluan.
- Penyebab utama bau badan kita menjadi lebih teruk ialah apabila bahagian-bahagian badan kita yang kerap mengeluarkan bau busuk mendapat jangkitan fungus atau kulat seperti kulat daripada spesis Tinea spp.
- Masalah bau badan juga dapat dikaitkan dengan faktor pemakanan. Terdapat beberapa makanan yang menjadi punca utama kepada masalah bau badan seperti bawang putih. Jenis makanan yang mengandungi bawang putih boleh memberikan impak kurang baik pada bau badan.
- Selain itu, bawang putih juga mampu meyebabkan bau badan dan menjadikan bau mulut tidak sedap. Hal ini sudah terbukti secara langsung dan juga lewat penelitian ilmiah. Oleh itu, kurangkan memakan makanan yang mengandungi bawang putih untuk mencegah bau badan, bau ketiak serta bau mulut.
- Selain bawang putih, daging juga merupakan salah satu penyebab dari bau badan. Mereka yang terlalu banyak mengambil makanan berasaskan daging kebiasaannya mempunyai aroma tubuh badan yang kurang sedap berbanding mereka yang sering mengambil makanan berasaskan sayuran. Hal ini kerana adanya sifat daging yang sukar dicerna berbanding sayuran.
- Disebabkan itu, individu yang menpunyai masalah bau badan perlu mengurangkan pengambilan daging dan melebihkan pengambilan makanan yang berasaskan sayuran. Pengambilan alkohol terlalu kerap juga menjadi salah satu punca kepada masalah bau badan seseorang individu.
- Minuman alkohol merupakan minuman yang akan diproses di dalam tubuh bersamaan dengan hati, namun terdapat 10 peratus kandungan alkohol akan dikeluarkan dari tubuh melalui peluh di tubuh, nafas serta ketika membuang air kecil. Oleh itu, individu yang sering mengambil minuman beralkohol kebiasaannya cepat mengeluarkan peluh serta mempunyai bau badan kurang enak.
- Gangguan bau badan atau bau keringat boleh berlaku sekiranya seseorang individu tidak menjaga kebersihan badan dan terdapat juga kehadiran bakteria yang bertindak balas menjadi zat, menyebabkan wujudnya bau kurang enak.
ATASI MASALAH BAU BADAN !
- Mandi dengan kerap
- Pakaian sentiasa dalam keadaan bersih dan di basuh sentiasa
- Pakai deadorant atau pewangi ketiak
- Gosok celahan pelipat di badan seperti di ketiak, celah ibu jari kaki dengan lemon ataupun daun sireh
- Kurangkan makanan pedas dan berempah
- Hindari minum alkohol & merokok
Sumber: Internet