Dah lah baru lepas bersalin ceaser. Nak balik pula kena naik grab tapi tak ada duit. Suami hanya ada motor je.
Itulah kisah sedih wanita ini yang dikongsi oleh Qaseh Syima Makeover. Sebagai manusia bila diuji pasti kita tertanya-tanya kenapa kita yang diuji. Sedangkan ada orang yang diuji lebih berat lagi dari kita. Wanita ini baru saja bersalin bayi perempuan secara ceaser tetapi ada masalah kewangan dan tak boleh nak sediakan keperluan anaknya. Ditambah pula anaknya ada kuning sehinggakan terpaksa ditahan di hospital untuk dipantau oleh doktor.
Tak cukup duit
Sedihnya dengar akak sebelah katil ni.. Baru bsalin ceaser.. Suami datang naik motor je.. Kalau balik tak tau nak balik dengan apa..
Bila cakap naik grab dalam RM5 dia cakap RM5 pun tak ada nak bayar bil hospital lagi. ?
Anak macam tak cukup susu doc cakap campur susu dia kata saya nak makan pun susah.. Allah..
Aku ingt aku susah lagi rupanya dia lagi susah…???
Offer tumpang balik
Orang ingat kalau boleh balik kami yang katil sebelah2 offer diri nak tumpangkan balik.
Tapi bila doc dengar kata nk beli susu tak cukup doc tahan lagi biar hospital bagi susu diorang sampai anak turun kuning.. Moga Allah permudahkan urusan dia.
Duduk sekitar Taiping
Duduk, tak jauh pun dengan rumah. Yang mna duduk sekitar Taiping tu ada tau mana2 bagi bantuan dapur ke bantuan baby newborn bagi tau saya..
Nanti saya bagi no dia…. Sedihh weiiii…
Saya nak bagi dia baju gegirl baby dia girl… Baby sy boy..
Mohon share
Moga Allah permudahkan dan luaskn rezeki buat anak kecil dan hamba2 yg memberi sumbangan ikhlas… Saya hanya panjangkan sahaja…
Sumber : Qaseh Syima Makeover.
Info tentang bersalin Czer yang mama kena tahu
- Mama mungkin pernah mendengar cerita-cerita yang menakutkan mengenai kemurungan selepas bersalin dan masalah untuk menyusu badan selepas pembedahan caesarean. Jangan biarkan cerita-cerita ini mengganggu fikiran mama. Mama kena kuat mentaL dan fizikal. Walaupun kemurungan awal selepas bersalin lebih banyak berlaku kepada wanita yang menjalani pembedahan caesarean berbanding wanita yang bersalin secara normal, menjelang bulan kedua, kadarnya agak sama.
- Jika mama mahu memberi bayi susu badan, penting bagi mama mendapat pertolongan dari awal lagi. Wanita yang menjalani pembedahan caesarean kurang berkemungkinan untuk mula menyusu badan berbanding wanita yang bersalin secara normal. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja anda bermula, peluang untuk mama berjaya sama sahaja dengan wanita yang bersalin normal. Mintalah jururawat perbidanan atau kaunselor penyusuan badan untuk membantu mama dan bayi memulakannya secepat mungkin. Teknik yang betul untuk penyusuan amat penting. Jangan ambil mudah terutamanya bagi ibu muda. Kalau salah teknik, puting mama akan luka. Dan pada masa itu, jika tak kuat motivasi. Mama pasti akan berhenti menyusukan.
BACA JUGA TEKNIK-TEKNIK PEMERAHAN SUSU IBU YANG BETUL
Pesan Mama Siti
Bila kita rasa susah ingatlah ada orang lagi susah dari kita. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang. Barangkali apa yang kita ada dan nikmati sekarang, mereka tak ada. Bagi yang nak hulurkan bantuan mama boleh dapatkan details di FB Qaseh Syima Makeover . Semoga Allah permudahkan urusan kak Aisyah dan anaknya. Amin