KelabMama

Beg Menyusu: Tiga Supermums Kongsikan Barangan Yang WAJIB Ada, Panduan Untuk Bakal Ibu

barangan dalam beg menyusu wanita

Bagi Mama yang berkerja dan dalam masa sama berusaha memberikan khasiat susu badan buat si kecil pasti tak akan berjauhan dengan ‘beg keramat’ yang satu ini. Ya, beg menyusu merupakan antara keperluan wajib para ibu apabila terpaksa berjauhan dengan cahaya mata mereka.

Meskipun terlihat mudah, namun kredit harus diberikan kepada golongan seperti ini kerana tak mudah untuk memikul tanggungjawab berkenaan khususnya ketika berada di tempat kerja.

Entry kali ini mendekati pembaca dengan tiga super mom yang struggle melaksanakan tugas hakiki sebagai ibu meskipun dalam masa, memikul amanah sebagai pekerja.

Jom kita lihat apa yang dibawa oleh ketiga-tiga Mama dalam beg menyusu mereka.

Mama Siti percaya ini mungkin boleh dijadikan panduan dan rujukan untuk mereka yang bakal bergelar ibu atau Mama yang menyimpan hasrat untuk memberikan susu badan kepada cahaya mata selepas ini.

Kredit gambar: Puan Norasmalina

1. Mama Luth & Luthfia

Mama kepada dua cahaya mata ini telah berpengalaman selama enam tahun menggalas dua tanggungjawab pada setiap hari bekerja apabila mampu memberikan khasiat susu badan kepada putera dan puterinya yang masing-masing berusia enam dan tiga tahun.

Menurut Puan Norasmalina, beg menyusu adalah keperluan wajib dibawa sejak enam tahun lalu sehingga anak-anaknya, Luth Mikael dan Luthfia Rose berjaya melalui fasa wean off ketika menginjak usia dua tahun.

Beg menyusu kini bukan lagi kewajipan beliau untuk digalas setiap hari seperti sebelum ini.

Antara barang wajib dalam beg menyusu Puan Norasmalina:

2. Mama Iman

Kredit gambar: Puan Mastura

Jadual padat sebagai seorang guru tidak menghalang Puan Mastura Mansor untuk membuat stok susu kepada puteri sulungnya.

Dengan kemudahan pelbagai jenis barangan keperluan ibu dan bayi pada zaman ini, segalanya mudah untuk diuruskan bagi memastikan cahaya matanya, Iman Mohd Azri turut menikmati khasiat susu ibu walaupun beliau sibuk di tempat kerja.

Berikut antara barangan yang wajib dibawa Puan Mastura dalam beg menyusu beliau:

3. Mama Airis & Auni

Mama yang telah berpengalaman sebagai ibu selama tujuh tahun ini menganggap beg menyusu itu ibarat beg kedua terpenting selepas beg duit beliau.

Kredit gambar: Puan Nur Liyana

Menurut Puan Nur Liyana Hassan, hanya wanita yang menyusukan anak dengan susu badan je faham kepentingan beg berkenaan yang mana jika tertinggal sekalipun, mereka sanggup lewat ke tempat kerja untuk berpatah balik mengambil beg berkenaan.

Mama kepada Auni Naurah, 7 dan Airis Raudah dua tahun ini berkata, tanpa beg menyusu, ia sangat menyeksakan para ibu kerana bukan setakat kekurangan stok yang telah dirancang, namun terpaksa menanggung kesakitan sekiranya susu lewat di pam sepanjang di tempat kerja.

Maka, beg menyusu merupakan second handbag beliau bagi memastikan fokusnya di tempat kerja tidak terganggu selain dalam masa sama, mampu memikul peranan sebagai ibu dengan lancar walaupun tanpa kedua-dua anaknya di sisi ketika itu.

Jom kita lihat apa ada dalam beg menyusu Puan Nur Liyana:

Besar peranan seorang ibu tambahan lagi mereka yang struggle memberikan susu badan walaupun terpaksa bekerja.

Sedangkan dengan hanya bekerja sahaja pun dah meletihkan, apatah lagi mereka yang menggalas dua tanggungjawab pada waktu sama.

Sibuk siapkan tugasan kemudian dalam masa sama, kena buat stok susu badan pula lantaran susu dah mulai penuh. Lewat pam, boleh berisiko macam-macam masalah yang menyakitkan.

Namun, semua ini diketepikan demi kebaikan untuk si kecil. Me-time? Pastinya golongan inilah yang telah sekian lama tidak berpeluang mengecapi nikmat itu. Namun di sudut berbeza, Mama terbukti menjadi wanita dan ibu hebat!

Sekiranya Mama berminat untuk menambah barang-barang dalam beg menyusu Mama atau mendapatkan barangan seperti mak-mak di atas, Mama boleh mendapatkannya di Motherhood.com.my.


Dapatkan lebih ilmu dan panduan penyusuan susu ibu di SINI.