KelabMama

Dah Cukup Ke? Barang Keperluan Bersalin Yang Diperlukan Khas Untuk Bakal Mama dan Papa Yang Menantikan Cahaya Mata Pertama

barang keperluan bersalin

Kredit gambar: simplytaralynn.com

Bagi mereka yang bakal bergelar Mama dan Papa pastinya tidak sabar menanti kelahiran si comel yang bakal lahir tidak lama lagi kan? Tetapi semua barang keperluan bersalin Mama dan bayi sudah lengkap ke?

Bagi yang baru pertama kali bakal bergelar Mama dan Papa pastinya tertanya-tanya apakah keperluan yang perlu disediakan sebelum bersalin selain dari lampin dan baju bayi.

Oleh itu, bagi membantu first time mother di luar sana Mama Siti ingin berkongsi mengenai senarai keperluan bersalin bagi Mama, bayi dan juga Papa.

Kredit gambar: simplytaralynn.com

Selalunya persiapan untuk keperluan bersalin sudah boleh dibeli atau disediakan apabila usia kandungan memasuki trimester ketiga. Namun, terpulang bagi Mama dan Papa jika ingin sediakan lebih awal dari itu.

Mama Siti pasti ramai Mama dan Papa di luar sana yang excited untuk menyambut malaikat kecil ini tidak lama lagi. Bila tengok barang bayi tu rasa macam semua mahu diborongkan? Sabar Mama Papa, jangan ikutkan hati dan terbeli benda yang tak perlu pula nanti.

Jom baca perkongsian Mama Siti pasal senarai keperluan bersalin ini.

Senarai Lengkap Barang Keperluan Bersalin

Kredit gambar: www.bukupink.com

Barang keperluan ibu bersalin yang pertama yang wajib dibawa ke hospiatal sebelum bersalin ialah buku rekod kehamilan ibu atau ramai Mama yang memanggilnya sebagai buku pink memandangkan buku tersebut berwarna pink.

Rekod kehamilan ibu ini adalah benda yang paling utama sekali kerana segala rekod berkenaan kehamilan Mama sepanjang tempoh kehamilan ada tercatat di dalam buku ini.

Buku ini akan dijadikan bahan rujukan utama doktor dan nurse yang bakal membantu proses bersalin Mama kelak. Buku rekod kehamilan ini diibaratkan seperti kad pengenalan Mama. Jadi jangan sesekali lupa untuk membawa buku rekod kehamilan ini ke mana sahaja Mama pergi.

Selain itu, barang keperluan untuk bersalin yang seterusnya adalah kad pengenalan Mama dan Papa juga perlu dibawa bersama semasa pergi ke hospital. Kedua-dua kad pengenalan ini mungkin diperlukan sebagai rujukan atau digunakan untuk confirmation bagi sesuatu urusan.

Di samping itu, sila bawa bersama sijil perkahwinan mama dan papa. Namun, biasanya nurse akan meminta sijil perkahwinan ini semasa hari pertama Mama membuat buku rekod kehamilan. Tetapi, untuk selamat tiada salahnya jika mama membawa bersama sijil perkahwinan ini.

Senarai Barang Bayi Selepas Bersalin

Kredit gambar: simplytaralynn.com

Selesai dengan dokumen yang wajib dibawa, kita beralih pula kepada senarai barang keperluan bayi selepas bersalin yang perlu mama sediakan dan bawa bersama ke hospital untuk bersalin.

Antara senarai barang keperluan bersalin di hospital yang perlu Mama bawa bersama adalah seperti berikut:

Senarai Barang Keperluan Mama

Kredit gambar: simplytaralynn.com

Checklist barang keperluan bersalin di hospital yang perlu Mama bawa adalah seperti berikut:

Senarai Keperluan Papa

Kredit gambar: simplytaralynn.com

Siapa cakap hanya ada senarai barang keperluan bersalin Mama dan bayi sahaja, keperluan Papa pun ada tau. Bagi Papa yang bernasib baik dapat menemani isteri di hospital jangan lupa untuk bawa barang berikut bersama.

Perlu Elakkan Pembaziran Dalam Perbelanjaan

Kesimpulannya, berbelanjalah mengikut kemampuan Mama dan Papa. Jangan sesekali beli barang yang tidak menjadi satu keperluan buat Mama dan si manja. Ini kerana, perjalanan untuk membesarkan bayi Mama Papa baru sahaja bermula dan masih jauh.

Masih banyak perkara lain yang akan memerlukan duit tersebut di kemudian hari. Semoga perkongsian barang keperluan bersalin di hospital ini dapat membantu persediaan bagi menyambut permata hati Mama Papa kelak.


Dalam pada Mama Papa sibuk menantikan kelahiran si comel, tambahkan ilmu keibubapaan dengan menyertai program Parentcraft bersama Motherhood.com.my yang fun dan interaktif secara ONLINE atau OFFLINE, yang dikendalikan oleh pakar dan perunding berpengalaman.

Bukan tips dan ilmu berguna je tau yang bakal Mama dan Papa dapat, tetapi, ada banyak baucar, giveaways dan promosi bulanan menarik hanya di Motherhood.com.my.

Layari laman rasmi Kelas Parentcraft Motherhood dan jangan lupa untuk download aplikasi Motherhood The Parenting SuperApp untuk mendapatkan maklumat keibubapaan berguna, terus di hujung jari anda.


Mama juga boleh dapatkan pelbagai tips kehamilan dan keibubapaan serta info penjagaan bayi yang menarik di SINI!