Barang keperluan bayi dah lengkap? Macam mana pula dengan persiapan mama? Almaklumlah menanti kehadiran ahli baru dalam keluarga pasti mengujakan setiap bakal mama dan papa. Namun ada beberapa perkara yang perlu diambil kira terutamanya persiapan menyambut kelahiran si manja. Seeloknya hendaklah dilakukan kira-kira dua hingga tiga minggu sebelum ‘due-date’ mama.
Ini bagi mengelakkan sekiranya sebarang kemungkinan berlaku sekurang-kurangnya mama dah prepare awal. Tak adalah kelam kabut nanti. Benda paling penting sekali yang mama kena prepare adalah kelengkapan barang keperluan bayi. Jangan lupa keperluan mama sekali ye!
Sediakan satu beg ‘Ready-to-Go’
Pertama sekali, saya menyarankan supaya bakal mama papa perlu bersiap sedia dengan beg hospital. Beg ini adalah ‘ready-to-go’ yang mana sudah lengkap dengan barang-barang keperluan bayi dan mama sewaktu kelahiran di hospital.
Mungkin beg ini dianggap tidak menjadi kewajipan namun sekiranya anda atau isteri anda ditakdirkan untuk bersalin sedikit awal dari ‘duedate’, beg ini mampu mengelakkan anda panik dan gelabah. Anda tidak perlu mengemas barang, berlari sana dan sini untuk mencari barang keperluan bayi dan isteri anda. Hanya perlu capai beg itu dan terus segera ke hospital bersama isteri anda.
Senarai kelengkapan barang keperluan bayi dan mama
Kelengkapan yang perlu ada di dalam beg itu hendaklah merangkumi keperluan kedua-dua ibu dan si comel yang bakal dilahirkan. Antara keperluannya adalah:
Untuk Bayi :
- Lampin pakai buang
- Beberapa pasang baju – disyorkan material baju itu adalah 100% kapas
- Botol susu dan puting bayi
- Susu formula
- Tisu basah
- Kain napkin
- Mandian bayi seperti sabun dan syampu
- Towel
- Sarung kaki dan tangan
Untuk Ibu :
- Buku rekod kehamilan
- Kad Pengenalan
- Kain batik secukupnya
- Baju sejuk dan beberapa pasang stoking
- Coli menyusu
- Pam payudara
- Tuala wanita maternity
- Minyak angin
- Bahan bacaan – buku, AlQuran atau majalah
- Beberapa pasang pakaian dalam
Setelah kembalinya dari hospital, antara barang keperluan bayi yang perlu mama papa baru sediakan adalah seperti berikut:
- Bantal dan selimut bayi
- Minyak telon
- Barut
- Pencuci khas botol susu
- Detergen khusus untuk baju bayi
- Bedak dan krim pelembab sekiranya kulit si manja mengalami kemerah-merahan
- Buaian baby dan ‘stroller’ – mengikut keperluan bayi
Penyediaan barang keperluan bayi ini tak perlulah terlalu banyak dan mewah. Utamakan keperluan penjagaan wajib sahaja dahulu. Biarpun kita teruja dalam menyambut kelahiran si manja, kita harus mengelakkan pembaziran. Bagi menjimatkan perbelanjaan, mama papa boleh membeli-belah di laman sesawang Motherhood.com.my. Terdapat pelbagai barangan bayi dengan harga yang berpatutan dan mampu milik yang boleh mama papa dapatkan.
Semoga bermanfaat!
Sumber: The Rohani & Viral Oh Viral
BACA JUGA Doa Mudah Bersalin
Pesan Mama Siti
Penyediaan kelengkapan bayi haruslah dititikberatkan agar tiada yang tertinggal dan terlupa. Untuk lebih efektif, mama dan papa boleh buatkan checklist keperluan bayi dan ingat utamakan yang penting dahulu. Dalam musim Covid-19 ini kita kena amalkan penjimatan. Priorities over needs okay?