KelabMama

28 Idea Barang Hantaran Lelaki Yang Tak ‘Cliche’ & Sangat Berguna Lepas Kahwin

Kira-kira enam bulan menjelang majlis perkahwinan, bakal pengantin dah boleh mula mencari barang hantaran untuk lelaki dan perempuan. Kedua belah pihaklah kan.

Tempoh tersebut dianggap terbaik kerana tidak terlalu awal dan tidak pula terlalu lewat.

Tetapi kadang-kala, kita buntu memikirkan barang hantaran terutamanya kepada pihak lelaki. Sejadah, tuala dan kasut antara yang biasa kita lihat di dulang-dulang hantaran.

Teringin pula nak hadiahkan sesuatu yang lain dari kebiasaan. Oleh itu, Mama Siti senaraikan contoh barang hantaran lelaki sebagai panduan agar ianya bermanfaat dan sesuai dengan bajet anda.

Barang Hantaran Kepada Pihak Lelaki

Yang penting, beli mengikut kesesuaian keadaan, hobi pasangan serta bajet yang anda ada. Jangan mengikut nafsu pulak ya!

#1 Hantaran Adat (Sirih Junjung, Tepak Sirih dan Bunga Rampai)

Hantaran ini sebenarnya adat orang Melayu sahaja. Kalau tak buat pun masih sah perkahwinan anda berdua. 

Alang-alang kita nak lestarikan budaya turun temurun, baik kita mulakan dengan barang hantaran tradisional. 

#2 Al-Quran dan Buku Agama

Kredit gambar: Shopee

Tahun 2021 merekodkan penceraian sebanyak 45,420 dimana Selangor berada di tangga teratas dengan mencatatkan 8,811 kes.

Kajian dari Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa (JFatwa) dari Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) antara punca penceraian adalah disebabkan lemah pegangan agama dan pengabaian tanggungjawab. Oleh itu, Mama Siti rasakan al-quran dan buku agama sangat relevan untuk dijadikan barang hantaran lelaki.

#3 Sejadah dan Hiasan Ruang Solat

Kredit gambar: anajingga.com

“Kalau aku bagi sejadah mesti dapat pahala jariah”

Betul. Tetapi ada nilai yang lagi besar selain pahala iaitu peranan agama dalam perkahwinan. Semoga dengan menghadiahkan sejadah dan hiasan ruang solat ini dapat sama-sama mengingatkan kita tentang kepentingan agama dalam perkahwinan

#4 Tali Leher/ Pin Tali Leher/ Cufflinks

Kredit gambar: anazr.com

Hadiah ini sesuai sangat kalau pasangan anda yang bekerja sebagai pekerja kolar putih. Individu profesional dan melakukan kerja pengurusan selalu mengenakan pakaian seperti ini. 

Bila Papa pakai suit, tali leher dan cufflinks barulah kelihatan berkaliber dan berketerampilan

#5 Tali Pinggang

Kredit gambar: Pinterest

Kalau hadiah sebelum ini khas untuk pekerja kolar putih. Hadiah tali pinggang ini pula sesuai untuk sesuai lelaki yang pakai seluar slack. Lagi seronok kalau anda bagi pasangan tali pinggang dengan jenama kegemarannya. 

#6 Topi

Kredit gambar: Shopee

“Tunang saya tak pakai topi ke pejabat, Mama Siti” 

Baik, kalau begitu kita cadangkan pasangan awak tu supaya pakai topi semasa berada di luar. Semasa meluangkan masa bersama-sama anda sendiri ataupun semasa beriadah. 

#7 Cermin Mata

Kredit gambar: Wedding Legacy

Mama Siti suka tengok lelaki yang pakai cermin mata hitam. Nampak kemas dan bergaya. Cuma, disini Mama Siti nak ingatkan kalau pasangan awak seorang yang rabun, lebih baik kita ‘custom made‘ kaca mata hitam itu.

Niat nak buatkan si dia gembira, risau nanti mengeruhkan keadaan pula. 

#8 Kasut

Pastikan anda memilih kasut yang dipakai Papa ya. Bukan apa, kalau orang pakai hadiah yang kita bagi, kita pun rasa hadiah yang diberikan itu bermanfaat untuk pasangan

#9 Dompet/ Beg

Kredit gambar: pengantinbaru.com.my

Ada kawan-kawan Mama Siti kongsikan pasangan mereka tak akan tukar dompet atau beg selagi masih boleh digunakan.

Anda tak perlu bimbang sebab pasti hadiah yang baru itu akan menggantikan dompet lama yang mungkin telah koyak rabak.

#10 Set Penjagaan Kulit

Beberapa tahun sebelum ini barulah ramai lelaki yang secara terang menonjolkan diri mereka tentang kepentingan menjaga kulit wajah. 

Kulit wajah yang sihat dan berseri memberikan perspektif yang baik. Lebih-lebih lagi jika pasangan anda seorang yang sering berjumpa dengan orang. Papa menjadi lebih berkeyakinan dan percaya diri.  

#11 Minyak Wangi

Kredit gambar: Pinterest

Lengkapkan keterampilan Papa dengan semburan minyak wangi. Bau-bauan yang harum memberi kenyamanan kepada diri sendiri dan orang lain.  

#10 Pengering Rambut (Hair Dryer)

Kredit gambar: www.bluebeards-revenge.co.uk

Lelaki tak macam perempuan setiap kali mandi. Lelaki selalu akan basahkan rambut mereka setiap pagi. Hadiah pengering rambut sangat berguna supaya rambut Papa dalam keadaan kering dan rapi ketika pergi bekerja dan keluar rumah. 

#13 Set Penjagaan Rambut

Kredit gambar: Lazada

Penjagaan kulit sudah, kita hadiahkan penjagaan rambut pula. Selain syampoo, lelaki pun sesuai dihadiahkan serum, tonik, perapi dan spray rambut. 

Kita bukan setakat nak kan kulit wajah pasangan yang sihat tetapi juga inginkan rambut yang rapi dan wangi. Mana tahu kan, boleh menguatkan lagi hubungan perkahwinan

#14 Baju Kemeja/ Baju Melayu

Kredit gambar: NikahSatu

Soal baju, Mama Siti cadangkan supaya anda sesuaikan dengan kerjaya, hobi dan aktiviti seharian si tunang. 

Kalau ke pejabat, tidaklah pasangan anda ulang pakai baju yang sama sahaja kan. Barulah rasa bersemangat nak bekerja bila ada baju baru.

#15 Blazer/Jaket

Kredit gambar: Lazada

Jaket ‘windbreaker’ antara yang paling baik untuk dijadikan hadiah. Jaket ini sangat bermanfaat ketika Papa menaiki motor pergi dan balik dari tempat kerja. 

Jaket melindungi seseorang dari angin dan hujan. Sebagai tanda sokongan kepada pasangan, kita hadiahkan lah ‘wind breaker’ supaya Papa tak sejuk dan tak kena hujan lagi

#16 Buah-Buahan

Kredit gambar: Pinterest

Pemberian buah-buahan ini pada sebahagian orang adalah untuk berkongsi kegembiraan dengan saudara-mara. 

Kalau barang-barang lain, kita yang punya. Hadiah buah-buahan ini kita kongsikan kepada saudara yang dewasa pula.

#17 Coklat/Manisan

Kredit gambar: Pinterest

Sama seperti hantaran buah-buahan. Hadiah ini anda boleh pilih sama ada nak makan sendiri atau kongsikan dengan adik-beradik dan anak buah. 

Bagi mereka sama-sama meraikan hari bahagia kita.

#18 Set Periuk, Pinggan Mangkuk dan Peralatan Memasak

Kredit gabar: Pinterest

Ketahuilah, selepas berkahwin dan menjalani hidup sendiri di rumah baru. Ada barang yang belum lengkap. Siapa cakap set ni hanya sesuai sebagai hantaran perempuan je? Salah tu!

Semoga hadiah ini berguna untuk kita sama-sama memasak menyediakan hidangan. Ya, Mama Siti sebutkan bersama-sama kerana tanggungjawab menguruskan rumah tidak hanya terletak pada perempuan, lelaki pun ada peranannya tau. 

#19 Pengisar (Blender)

Kredit gambar: amazon.co.uk

Masa semakin singkat, jadi kita perlu bijak mengatur strategi menguruskan masa. Apabila kita menggunakan pengisar, proses penyediaan makanan menjadi semakin pantas

#20 Topi Keledar (Helmet)

Kredit gambar: nicknashram.com

Di atas tadi, Mama Siti cadangkan untuk berikan jaket windbreaker sebagai hadiah hantaran lelaki. Seterusnya, kita hadiahkan pula topi keledar. Barulah sempurna langkah keselamatan anda menunggang motorsikal. 

#21 Kain Samping

Kredit gambar: Google

Kain samping songket boleh dijadikan hantaran kepada pihak lelaki. Samping tersebut boleh dipakai ketika menghadiri majlis perkahwinan keluarga atau semasa hari raya nanti. 

#22 Jam Pintar

Kredit gambar: maskulin.com.my

Satu alat yang boleh buat banyak kerja dalam satu masa. Pertama, sudah pasti ia menunjukkan masa. Kedua, jam pintar juga memudahkan urusan pekerjaan kita seperti menjawab panggilan telefon dan membaca mesej. Tak lupa juga, jam pintar pun ada ‘feature’ kesihatan.

Jadi secara keseluruhannya, jam pintar menaik taraf kualiti kerja dan kesihatan pasangan anda.

#23 Alat Elektronik/Gadget

Kredit gambar: dulanghantar.blogspot.com

Earbud, head phone, telefon dan tablet antara pilihan yang ada. Bila kita memilih salah satu item tersebut, diharap kita dapat membahagiakan pasangan dengan sesuatu item yang telah lama mereka idamkan. 

#24 Drone

Kredit gambar: popularmechanics.com

Ini cadangan sahaja ya. Sebabnya tak semua orang pandai dan minat dengan drone.

Melainkan pasangan anda mempunyai hobi merakam video atau suka melihat pemandangan dari sudut aerial sangat sesuai jadikan drone sebagai barang hantaran.

#25 Tuala

Item ini selalu menjadi pilihan kerana tidak memerlukan bajet yang besar. Selain itu, hantaran tuala boleh dijadikan kenangan dengan menyulam nama dan tarikh perkahwinan atau pertunangan nanti.

#26 Pencukur Automatik (Automatic Shaver)

Kredit gambar: nytimes.com

Orang lelaki sangat perlukan barang hantaran seperti ini. Dengan menghadiahkan pencukur automatik, anda membantu Papa menjaga penampilan agar mendapat ‘first impression’ positif.

#27 Kain Pelikat

Kredit gambar: sayazarulfarhana.blogspot.com

Tak kira berasal dari bandar atau dari kampung. Kain pelekat ialah kain sarung yang dipakai setiap hari oleh kaum lelaki di rumah atau ke masjid. Kalau anda pilih kain pelekat sebagai hadiah, pastikan beri lebih dari satu ya. Boleh lah Papa pakai selalu.  

#28 Cincin

Kredit gambar: engantinbaru.com.my

Tidak sempurnalah majlis pertunangan dan perkawinan kita kalau tak ada cincin kan. Tapi perlu diingat supaya anda memilih saiz yang sepadan dan tidak menggunakan cincin dari bahan emas kerana itu haram bagi lelaki. 

Daripada Abu Hurairah RA:

أنَّهُ نَهَى عَنْ خَاتَمِ الذَّهَبِ

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW melarang (lelaki) dari memakai cincin emas.

(Hadis Riwayat Muslim)

Barang hantaran untuk pihak lelaki tidaklah terhad hanya kepada tuala, kasut dan sejadah sahaja. Ada banyak lagi idea yang boleh kita fikirkan agar tidak ‘cliche’ seperti hantaran-hantaran yang lain.

Paling penting sebaiknya, anda hadiahkan sesuatu yang bermanfaat untuk pasangan anda. Kalau boleh sesuaikan dengan aktivit seharian dan hobinya. Barulah berguna barang-barang hantaran tersebut.

Baiklah itu sahaja untuk kali ini. Mama Siti doakan anda dan pasangan dipermudahkan majlis perkahwinan dan dikurniakan perkahwinan yang sakinah, mawaddah, warahmah.


Dapatkan panduan berguna lain dengan klik SINI.