KelabMama

Barang-barang Yang WAJIB Ada Dalam ‘First Aid Kit’ Untuk Merawat Luka Anak Kecil di Rumah

Menyediakan ’first aid kit’ di rumah sebenarnya sangat penting, terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak kecil. Bagi Mama Siti sendiri, ia bukan sahaja perlu ada di rumah, malah sesetengah barang yang terdapat dalam ‘first aid kit’ tu harus dibawa ke mana-mana sahaja. Yelah, anak-anak kecil ni mudah sakit, jatuh akibat bermain dan sebagainya. 

Sudah menjadi fitrah mereka untuk meneroka dan mempelajari sesuatu sepanjang proses membesar dengan melakukan pelbagai aktiviti yang melibatkan fizikal. Jadi, sangat normal untuk mereka jatuh atau terhantuk, lalu mengakibatkan luka, calar, dan parut. 

Berdasarkan pengalaman Mama Siti, SANGAT penting untuk Mama sekalian menyediakan ‘first aid kit’ ini. Ia adalah sebagai rawatan kecemasan dan mengurangkan kesakitan tersebut menjadi lebih teruk, tambahan pula bagi luka-luka yang berdarah. 

Kalau Mama tanya Mama Siti, Berikut merupakan top 4 barang-barang yang WAJIB ada dalam ‘first aid’ di rumah atau di mana sahaja bersama Mama. 

Top 4 Barang Penting Dalam ‘First Aid Kit’

1. Termometer 

Termometer merupakan ‘senjata’ utama mak-mak yang mempunyai anak kecil, sejak bayi lagi. Tambahan pula dalam keadaan sekarang, setiap keluarga WAJIB ada satu termometer di  rumah. Badan anak macam ‘suam-suam’ sikit, Mama terus periksa suhu badan anak dengan termometer ini. Macam anak Mama Siti, kadang-kadang lepas jatuh pun suhu badan boleh naik. Ada masa sampai demam panas selepas jatuh. Terkejut mungkin. 

Mama jangan beli termometer yang biasa tau. Pastikan Mama beli termometer jenis digital dan berlampu pada bahagian yang menunjukan suhu badan – mudah untuk melihat bacaan suhunya pada waktu malam. Lagi ‘plus point’ kalau ia boleh mengeluarkan bunyi/tanda amaran jika suhu anak tinggi. 

2. Spray Pembasmi Kuman 

Spray ini penting untuk mencuci luka pada anak-anak. Kalau sebelum ini Mama hanya menggunakan air, spray pembasmi kuman ini juga cara yang sentiasa disyorkan untuk mencuci luka. Ia lebih berkesan membersihkan dan untuk nyah kuman di kawasan luka tersebut. 

3. Krim untuk Luka, Gigitan Nyamuk dan Sebagainya

Selain luka akibat jatuh dan terhantuk, anak kecil juga sangat mudah digigit nyamuk. Kadang tu, entah dari mana mereka mendapatnya, tahu-tahu badan sudah mempunyai gigitan nyamuk atau luka-luka kecil. 

Untuk krim ini, Mama Siti suka dapatkan dalam pelbagai saiz (jika krim tersebut didatangi dalam saiz yang berlainan). Saiz yang besar untuk dalam rumah dan saiz yang kecil akan dibiarkan di dalam beg diaper atau beg tangan saya sendiri. 

4. Kain kasa (Gauze Dressings) & Plaster Dalam Pelbagai Saiz

Kain kasa atau ‘gauze’ sangat berguna untuk luka-luka yang lebih besar. Selepas Mama cuci kawasan luka tersebut, balutkannya dengan ‘gauze’ ini untuk mencegah pertumbuhan bakteria. 

Untuk luka-luka kecil, plaster daripada Hansaplast sangat berguna! Biasalah, apabila anak-anak semakin membesar dan lasak, sana-sini senang luka. Hansaplast yang didatangi dalam pelbagai saiz ini juga sangat berguna buat kita yang dewasa. Mama Siti sendiri sentiasa beli lebih dan simpan dalam beg tangan dan kereta – untuk kegunaan seisi keluarga. 

Selain daripada barang-barang di atas, penting untuk Mama merawat luka anak kecil di rumah dengan cara yang betul. Sekiranya Mama masih ragu-ragu untuk menjadi ‘jururawat’ bidan terjun di rumah apabila anak-anak terkena luka dan calar, Mama boleh cuba cara-cara merawat yang disyorkan dengan hanya tiga langkah ini: 

Langkah-langkah Merawat Yang Disyorkan

  1. Kawasan luka yang bersih adalah langkah pertama untuk penyembuhan yang optimum. Bersihkan luka dengan Hansaplast Wound Spray untuk melindungi luka daripada jangkitan bakteria. 
  2. Langkah kedua adalah perlindungan luka daripada kotoran dan bakteria. Balut atau lindungi luka tersebut dengan plaster atau ‘sterile wound dressing’ daripada Hansaplast. 
  3. Langkah terakhir adalah untuk membantu luka sembuh dengan lebih cepat dan selamat iaitu dengan meletakkan Hansaplast Wound Healing Ointment sehingga luka tersebut sembuh. 

Mama Siti memang penggemar ketiga-ketiga produk yang dinyatakan di atas. Sejak diperkenalkan oleh rakan ibu yang lain, ketiga-tiga produk tersebut mesti ada dalam ‘first aid kit’ di rumah dan juga di dalam beg tangan saya.. 

Selalu Mama Siti kongsikan dengan rakan-rakan, tapi harini ini, saya nak kongsikan dengan Mama yang lain pulak. 

Daripada awal penggunaan produk Hansaplast ini, Mama Siti boleh katakan anak-anak sendiri sudah mengetahui cara saya merawat luka mereka. 

Hansaplast Wound Spray 

Mama, kaki adik luka. Mana spray yang mama selalu guna tu? Kakak nak bersihkan luka adik,

Ujar anak sulung saya setiap kali nampak luka pada adik-adiknya atau diri dia sendiri. Spray ini membantu melindungi luka-luka daripada bakteria dan sangat sesuai untuk kulit anak-anak yang mulus dan sensitif. 

Selalunya, saya sendiri yang meletakkannya pada luka anak, tetapi lama-kelamaan, saya percayakan anak sulung saya untuk merawat luka adiknya dengan spray yang sangat mudah digunakan dan tidak meninggalkan rasa sakit ini1. Malah, ia juga tidak meninggalkan kesan pada pakaian kerana cecairnya yang ‘colourless’. 

Dah selesai cuci, saya lapikkan kawasan luka tersebut dengan plaster Hansaplast. Haa, mesti ramai tau plaster ni kan? Plaster Hansaplast membantu melindungi bakteria sehingga 99%*! 

Plaster TERBAHARU Hansaplast Sensitive Kids

Ditambah pula dengan formulasi yang terkandung dalam ‘Hansaplast Sensitive Kids’ yang baru, ia lebih mesra kulit dan keserasiannya dengan kulit telah diluluskan secara dermatologi. 

Sebab tu Mama Siti tak risau untuk pakaikan pada anak-anak. Ia juga bersifat hipoalergenik, ‘breathable’ dan melekap pada kulit anak-anak dengan selamat. Yang paling penting adalah ia mudah untuk ditanggalkan – tidak menyakitkan mereka dan tidak meninggalkan kesan. 

Corak-coraknya yang menarik pun turut berjaya memikat hati anak-anak. Kadang-kadang, saya sendiri pening memilih corak untuk mereka kerana minat yang lain-lain. 

Mak-mak mesti tak suka kulit anak-anak dipenuhi dengan parut bukan? Samalah dengan saya. Rasa terkilan jika ada parut pada kulit anak-anak. Nanti mulalah nak salahkan diri sendiri. 

Untuk mengurangkan parut dan meningkatkan kadar penyembuhan luka mereka, Mama Siti akan sapukan Hansaplast Wound Healing Ointment ini. 

Hansaplast Wound Healing Ointment

Salap penyembuhan luka ini sangat sesuai untuk luka kecil, calar-balar dan kulit kering. Ia juga sangat sesuai digunakan pada kulit bayi yang kering dan sensitif. Mama Siti sangat suka dengan produk ini kerana ia meningkatkan penyembuhan luka sehingga dua kali lebih cepat** dan mencegah luka kering yang boleh menyebabkan kegatalan. 

Formulanya yang melembabkan, bebas dari bahan pewangi, pewarna atau pengawet tambahan, sangat membantu dalam proses penyembuhan kulit secara semula jadi lalu mengurangkan risiko parut pada kawasan luka tersebut. Selepas beberapa kali penggunaan, boleh dikatakan hampir kesemua bekas luka pada badan anak memang hilang! Seronok rasa kulit anak bersih daripada calar-balar dan parut. 

Yang lagi best, produk-produk Hansplast ini sangat mudah didapati di Guardian, Watsons, Caring dan farmasi-farmasi terpilih di seluruh negara. 

Malah, bermula daripada 1 hingga 30 September 2021, Mama boleh menebus RM5 TNG eWallet Reload Pin dengan pembelian minimum produk Hansaplast bernilai RM20 dan ke atas dalam satu resit di farmasi yang mengambil bahagian. 

Promosi ini terhad kepada 500 penebusan pertama sahaja tau Mama. Jadi, cepat! Baca terma dan syarat-syarat di sini dan segera ke farmasi berdekatan yang mengambil bahagian. Takut menyesal kalau terlepas nanti. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk Mama semua. Jangan lupa periksa semula ‘first aid kit’ yang ada di rumah – sama ada sudah ada atau tidak cukup lima barang-barang terpenting di atas. Percayalah, ianya sangat berguna semasa kecemasan. 

* Plaster Hansaplast melindungi daripada kotoran & bakteria
**Hansaplast Wound Healing Ointment menyembuhkan hingga 2x lebih cepat berbanding dengan luka yang tidak dirawat
195% pengguna ujian setuju * *PMCF-Study, 95% agreement „Wound Spray is pain-free to use”, n=59, Freese R, physician, principal investigator, Hamburg, 2019