Hari ini, negara dikejutkan dengan perbuatan keji seorang bapa yang dilaporkan telah merogol anaknya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU). Lebih mengejutkan lagi, perbuatan rogol ini telah menyebabkan anaknya mengandung!
Berdasarkan laporan Harian Metro, kejadian ini akhirnya terbongkar apabila mangsa yang baru sahaja berusia 13 tahun melahirkan seorang bayi yang dipercayai hasil daripada perbuatan keji si bapa. Sungguh tergamak hatinya memperlakukan anak sendiri seperti itu!
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir menyatakan bahawa kejadian tersebut disedari apabila remaja berusia 13 tahun tersebut telah mengadu sakit pada bahagian perut dan segera dibawa ke klinik.
Pada mulanya, mangsa dibawa ke sebuah klinik kesihatan di Dungun selepas mengadu sakit perut, tetapi pihak klinik terkejut apabila mendapati mangsa sebenarnya mengandung.
Sangat menyedihkan lagi apabila remaja berusia 13 tahun tersebut melahirkan seorang bayi perempuan sekitar jam 7 malam ketika sedang dirawat di klinik tersebut dan segera dikejarkan ke Hospital Dungun. Menurut polis, mereka bertindak berdasarkan laporan yang diterima dan berjaya mengesan serta menahan suspek.
Menurut laporan Sinar Harian, suspek yang berusia 45 tahun yang merupakan seorang buruh telah ditahan bagi membantu siasatan. Lebih mengejutkan, hasil siasatan awal mendapati bahawa mangsa sebenarnya telah diperkosa berulang kali sejak berusia 12 tahun dan suspek juga mempunyai rekod lampau yang berkaitan dengan dadah.
Polis menyatakan bahawa kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana jenayah rogol.
Sekiranya sabit kesalahan, suspek akan berdepan dengan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi daripada 20 tahun, serta dikenakan hukuman sebatan juga.
Anak adalah amanah yang perlu kita jaga dan beri kasih sayang sepenuhnya. Bukan merosakkan masa depan mereka disebabkan akal yang tidak waras itu.
Amarah, tamak, hasad dengki dan nafsu yang bukan-bukan harus dibuang jauh, terutamanya apabila bergelar ibu bapa. Mama Siti faham, ada masa kita ni terlalu marah, tertekan, atau mengikut hawa nafsu sehingga boleh bertindak melakukan sesuatu diluar kawalan.
Apa-apa pun, cuba untuk bertenang dan jangan mudah melatah. Teguran Mama Siti ini terbuka ye untuk semua Mama Papa dan juga penjaga. Bagi yang beragama Islam, rajinkan diri untuk beristighfar dan bertasbih.
Ingatlah Allah Yang Maha Esa dan ingatlah bahawa mereka itu anugerah kurniaan Allah yang masih ramai menanti.
Dapatkan lebih banyak informasi yang trending di SINI.