Pendaftaran program insentif MamaKerja, sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk meringankan beban Mama bekerja, KINI DIBUKA!
Permohonan ini Mama boleh dibuat mulai 11 Julai 2024, jam 3 petang.
Permohonan insentif MamaKerja berjumlah RM1,000 khusus bagi ibu bekerja di Selangor masih dibuka untuk memenuhi sasaran 5,000 penerima.
EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari, menyatakan sehingga Mei, seramai 4,042 Mama bekerja telah menerima bantuan ini yang bertujuan meringankan kos penjagaan anak dan menggalakkan wanita kekal dalam sektor pekerjaan.
“Sebelum ini, insentif MamaKerja telah menerima 6,094 permohonan. Dari jumlah itu, seramai 4,042 telah berjaya menerima bantuan tunai yang disalurkan terus ke akaun bank masing-masing, manakala 2,052 permohonan telah ditolak kerana tidak memenuhi syarat kelayakan.
“Terdapat lebih 900 lagi kekosongan yang boleh dimohon bermula hari ini (11 Julai 2024). Permohonan adalah secara siapa cepat dia dapat. Kami mengalu-alukan Mama bekerja untuk memohon insentif ini,” katanya pada sidang media hari ini.
Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi SELangkah atau laman sesawang mamakerja.selangkah.my.
Sebarang maklumat lanjut boleh diperoleh melalui talian hotline Selcare di 1-800-22-6600 atau emel info@selcare.my.
Melibatkan peruntukan RM5 juta, skim ini menyasarkan 5,000 Mama bekerja yang mempunyai tiga anak di bawah umur 12 tahun dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM8,000.
Syarat Kelayakan untuk Permohonan
Pastikan syarat-syarat permohonan insentif ini Mama penuhi dan juga muat naik dokumen yang diperlukan dengan betul, ini untuk mengelakkan permohonan Mama ditolak.
Sayanglah kalau permohonan Mama ditolak disebabkan terlepas pandang dokumen yang diperlukan.
Tunggu apa lagi Mama! Sementara masih ada kekosongan cepat-cepat mohon insentif MamaKerja. Jangan lepas peluang keemasan ini!
Dapatkan lebih banyak informasi yang terkini dan menarik di KelabMama.