Perbuatan curang bukanlah sesuatu yang luar biasa. Lelaki curang? Itu adalah perkara biasa kerana tabiat lelaki yang memang suka menggoda gadis atau wanita lain sedangkan dia sendiri telah mempunyai sesuatu yang halal bagi dirinya. Wanita curang? Ini juga tidak dinafikan, kes-kes seperti ini juga banyak berlaku dalam kalangan masyarakat. Namun antara lelaki dan wanita, siapakah yang lebih bersikap curang kepada pasangan mereka? Berdasarkan peratusan, perlakuan curang 70 peratus lebih banyak dilakukan lelaki berbanding wanita. Namun apa yang membezakan antara lelaki dan wanita, kelakuan curang lelaki seolah-olah ‘direstui’ dalam masyarakat berbanding wanita yang melihat kecurangan yang dilakukan itu satu yang keji. Ini berdasarkan kepada kelebihan lelaki itu yang dibenarkan untuk berkahwin lebih seorang bagi lelaki beragama Islam.
LELAKI CURANG VS PEREMPUAN CURANG
Dalam melakukan kecurangan, usia bukanlah penghalang bagi lelaki, terutama dalam kalangan lelaki muda, namun bagi golongan wanita, sifat curang tidak didedahkan kepada mereka oleh keluarga sejak kecil bahkan sentiasa dipupuk kepada mereka sikap setia kepada pasangan. Bagi golongan wanita, sukar untuk merealisasikan perlakuan curang itu sendiri kerana pergerakan mereka lebih mudah dikenali dan disyaki masyarakat sekeliling, sahabat dan keluarga. Bahkan, keberanian wanita agak rendah berbanding lelaki untuk berlaku curang di tempat kerja atau tempat terbuka yang membolehkan mereka mudah dilihat sementelah masyarakat di luar cepat menyampaikan.
Tambahan, perlakuan curang adalah sesuatu yang tidak elok, tidak manis bagi golongan ini iaitu sesuatu di luar konteks masyarakat, manakala dalam membicarakan persoalan ini melibatkan lelaki, mereka pula pandai menyorok keadaan. Apabila berlaku curang, mereka akan buat muka selamba dan tiada perasaan serba salah atau bersalah. Golongan wanita pula cepat gelabah dan cepat pula rasa bersalah.
Golongan lelaki lebih pandai menyimpan rahsia berbanding wanita. Ini terbukti apabila berlaku pembongkaran sesuatu hubungan di luar konteks perkahwinan, kadangkala perhubungan itu sudah lama berlaku. Berbeza dengan golongan wanita yang tidak pandai menyimpan rahsia, kerana akan bercakap mengenainya dengan rakan karib untuk meluahkan perasaan. Malah, lazimnya golongan wanita yang lebih rapat dengan keluarga dan anak-anak akan berfikir lebih mendalam sebelum berbuat apa-apa keputusan. Mereka akan memikirkan dahulu, apa yang akan terjadi terhadap keluarga dan anak-anak dan akibat daripada perlakuan curang itu. Malah, akibat terlalu memikirkan keluarga, ada antara wanita yang enggan berkahwin lagi setelah bercerai atau suami meninggal dunia kerana memikirkan masa depan anak-anak.
Golongan wanita cepat puas hati dengan kehidupan yang mereka alami sekiranya tiada masalah dalam rumah tangga. Mereka tidak kisah untuk melayari kehidupan rumah tangga yang seadanya bersama suami dan anak-anak kecuali suami buat hal di luar dan tidak memberikan nafkah zahir, batin.
BAGAIMANA KECURANGAN BERMULA
Lazimnya, kecurangan bermula apabila lelaki pada mulanya hanya sekadar suka-suka dengan sesuatu perhubungan tanpa disedari terus ‘tersuka’ dengan individu berkenaan. Statistik juga menunjukkan lelaki kacak lebih cenderung untuk berlaku curang, namun, bukan bermakna lelaki kurang tampan tidak akan curang. Bahkan, ramai lelaki muka ‘pecah’ memiliki ramai teman wanita. Kenapa? Kerana mereka bijak memancing wanita dengan kekayaan dan pengaruh yang mereka ada. Satu lagi persoalan dalam menghadapi masalah lelaki curang adalah keturunan. Mungkin ada kebenarannya, lelaki yang menjalinkan hubungan dengan ramai wanita kerana bapa mereka memiliki ramai kekasih atau isteri lebih daripada satu. Namun, ada juga lelaki yang setia pada seorang isteri meskipun didedahkan dengan suasana itu sejak kecil lagi. Sebenarnya dalam hal ini, sesiapa pun boleh berlaku curang jika dia memilih untuk melakukannya.
- PJJ – PERKAHWINAN JARAK JAUH
Bila berjauhan terlalu lama pasangan semakin kuat diuji. Contohnya lelaki diuji dengan wanita lain yang dekat dengannya. Mereka perlukan nafkah batin menjadikan alasan berkahwin lain sebagai alasan menyalurkan kehendak seks. Isteri yang jauh pasti tidak dapat menghidu kecurangan suami kerana sibuk menguruskan rumah tangga dan anak-anak berseorangan tanpa suami di sisi.
- KURANG LAYANAN MESRA
Di dalam hati lelaki pasti ada keinginan dilayan seperti begini dan begitu, tetapi tidak tercapai sepenuhnya kerana pasangan sibuk dengan anak-anak dan urusan rumah tangga sehingga badan berbau busuk ‘ikan’ kononnya. Mereka memberi alasan kekurangan penampilan dan penjagaan diri pasangan sebagai alasan terpikat pada wanita yang berbau wangi.
- KEWANGAN
Ada kes lelaki terpaut dengan wanita lain kerana wanita itu mampu memberi wang dan memenuhi keinginan hidupnya (sebelum ini dia agak bermasalah dalam ekonomi rumah tangga). Oleh kerana dikelabui harta dan kedudukan (wanita berpangkat) golongan ini sanggup meninggalkan isteri dan anak-anak. seolah-olah memperoleh hidup baharu yang lebih bahagia.
- REUNION KUMPULAN
Satu projek malapetaka jika disalahgunakan. Berapa banyak kes kecurangan dilaporkan kerana perjumpaan kawan-kawan lama. cinta lama berputik kembali kerana tidak dapat menguruskan secara profesional hubungan biasa semakin intim sehingga berantakan rumah tangga. Cuba elakkan lelaki dan wanita yang sudah berkahwin berhubungan secara intim di media sosial dan mengadu dumba kisah pasangan mengharapkan belas ehsan.
Sumber: Internet