Bayi baru lahir tidak mahu dibedung adalah perkara biasa, lagi-lagi dengan keadaan cuaca di Malaysia yang agak kering dan panas. Bedung bayi berfungsi untuk menghangatkan badan bayi jika cuaca sejuk atau hujan/ malam hari. Ia juga membantu untuk bayi baru lahir tidur dengan lebih lena dan tidak terkejut dengan bunyi bising dan sebagainya jika dibedung.
Ada mitos atau orang tua-tua yang mengatakan kalau tak bedung bayi nanti dah besar jalan kengkang. Buat pengetahuan anda, bayi yang dilahirkan normal tidak akan berjalan kengkang sekiranya tidak dibedung. Tetapi bayi yang dibedung dengan cara yang salah, iaitu terlalu ketat dibahagian kaki, boleh mengakibatkan bayi berjalan kengkang. Ini kerana bedung yang terlalu ketat mengganggu pembentukan otot kaki bayi.
Perlu di ingat, sebab utama kita membedung bayi adalah untuk memberi kenyamanan kepada bayi. Maka cara betul membedung bayi adalah dengan bedung secara longgar. Jangan meluruskan kaki bayi, mengetatkan bedung dan lilit dibahagian tumit seperti yang dibuat oleh mak-mak kita. Jangan menggunakan bedung bayi moden yang ketat. Jangan menggunakan bedung banyak lapis. Gunakan kain tipis tapi cukup hangat untuk mengelakkan bayi terkena ruam.
Bukan semua bayi selesa dibedung. Sekiranya bayi dah mula menggerakkan badan dan menangis akibat dibedung, bolehlah menghentikan penggunaan bedung. Tetapi perlu ingat agar sentiasa menghangatkan badan bayi jika tidak mahu dibedung. Guna alternatif lain seperti sentiasa sapukan minyak telon dan pakaikan stokin pada bayi agar tidak masuk angin dan kembung.
CARA MENGATASI KEMBUNG BAYI
- Dukung bayi anda semasa menangis, letakkan di bahu anda sambil mengurul lembut belakang badannya.
- Pakaikan stokin bayi sentiasa sewaktu malam hari atau ketika hujan
- Tuam perut bayi. Beri kehangatan dan keselesaan kepada si kecil
- Ubatan seperti ‘simeticone drops’ dicampurkan dalam susu – menolong untuk membebaskan gas yang terhasil semasa penghadaman susu
- Sapu minyak telon yang disyorkan dan sesuai untuk bayi.
- Ada juga yang menggunakan ‘gripe water’ yang mengandungi sodium bikarbonat yang dipercayai boleh melegakan. Namun, ia masih dijual sebagai ubat tradisional yang tidak melalui kajian terperinci untuk membuktikan keberkesanannya. Ia tidak diiktiraf oleh FDA sebagai ubat khusus untuk cegah kembung.
Sumber: Internet