Media sosial ialah satu platform untuk berkomunikasi malah memainkan peranan yang penting juga dalam kehidupan sekarang.
Seperti Mama Papa sekarang yang begitu gemar untuk upload gambar anak-anak di media sosial setiap hari – upload telatah mereka semasa menghantar, dan apabila mengambil mereka pulang dari sekolah.
Ya, tak dinafikan itu akan disimpan sebagai kenangan apabila mereka besar kelak. Namun adakah Mama rasa semua itu selamat?
Lagipun kalau tak upload gambar anak-anak rasa tak up to date dengan zaman sekarang. Tetapi dalam seronok expose perihal anak-anak, Mama tak perasan ada bahaya di sebaliknya.
Mama tidak perasan dengan berkongsi gambar sahaja sebenarnya orang yang melihat dapat detect maklumat privasi anak-anak. Sebab itu data-data yang kita kongsikan perlu ditapis dahulu sebelum Mama upload gambar tersebut.
Kongsi Gambar Apa yang Bahaya?
1. Dedahkan Privasi Anak-anak
Privasi anak-anak tidak sepatutnya dikongsikan bersama umum. Ini kerana, kita tidak mengetahui niat buruk orang lain.
Kalau boleh Mama Papa elakkan upload gambar anak ketika memakai uniform sekolah atau berada berdekatan sekolah. Zaman sekarang, telefon di hujung jari dan mudah untuk kita melayari internet.
Dengan melihat uniform atau lencana sekolah sahaja sudah cukup untuk orang tahu sekolah anak Mama.
Mama Siti faham, mesti Mama Papa mahu upload untuk dikongsikan kepada pengguna media sosial yang lain tentang anak Mama Papa sudah sekolah, tetapi Mama Papa juga perlu berhati-hati apabila share gambar mereka tau. Tapis mana yang boleh.
2. Penculikan
Penculikan kanak-kanak berlaku bukan sahaja ketika berada di tempat awam, malah, ketika berada di kawasan sekolah juga boleh berlaku.
Ini kerana, penculik sudah mengenal pasti lokasi sekolah dan sudah memerhati gerak-geri waktu Mama Papa menghantar atau mengambil anak-anak.
Kes culik sekarang bukan sahaja meminta wang tebusan malah lebih teruk apabila kanak-kanak diculik dan kemudian dibunuh, lalu diambil organ mereka.
Tular di media sosial apabila dua remaja dari Kota Makassar Jakarta menculik kanak-kanak yang berusia 11 tahun kerana tujuannya adalah untuk menjual organ. Kes penculikan sekarang sudah advance ye Mama Papa, sebab tu kita kena extra berhati-hati.
3. Pedofilia
Niat Mama Papa upload gambar anak-anak untuk dijadikan kenangan dalam media sosial, tetapi Mama Papa tidak sedar bahawa ada kumpulan pedofil yang mengambil gambar tersebut untuk di upload ke dalam kumpulan mereka.
Sebenarnya ramai juga Mama Papa yang tidak begitu mengetahui pedofil ini kerana bagi mereka, tidak ada yang tertarik dengan anak-anak kerana mereka masih kecil lagi. Salah tu Mama!
Pedofil ini merupakan orang dewasa yang mempunyai kecenderungan seksual kepada kanak-kanak.
Ramai sangat pedofil tak kira lelaki mahupun wanita, agama mahupun bangsa. Kalau dulu seringkali kita dengar pedofil di negara-negara luar sahaja, kini, di Malaysia pun sudah semakin berleluasa.
Mama Siti nasihatkan jangan kerap upload gambar dan expose privasi anak-anak untuk tatapan umum. Boleh nak upload untuk dijadikan sebagai memori, tetapi Mama perlu tapis sebaik mungkin.
Dalam follower Mama tu mungkin ada yang pasang niat yang tidak baik.
Dapatkan lebih banyak lagi tips keibubapaan di SINI.