Memakai seluar jean ketat atau skinny jean sangat menjadi kegilaan anak muda ketika ini sama ada bagi yang berbadan kurus atau besar, malah ada yang sanggup mengecilkan seluar yang dibeli semata-mata untuk mendapat saiz yang paling diidamkan. Sesetengah mereka sanggup menyeksa diri untuk memakai seluar seperti itu hingga perlu meminta bantuan orang lain bagi membutang atau menzipkan seluar berkenaan atau melompat-lompat semata-mata untuk ‘memuatkan’ diri, asalkan kelihatan cantik pada pandangan mata.
Namun, tanpa sedar pemakaian seluar ketat terutama daripada fabrik jean atau denim mengundang bahaya kepada si pemakai sama ada lelaki mahupun wanita. Memang, sebelum ini golongan lelaki lebih sering dikaitkan dengan isu ini ekoran boleh menyebabkan kemandulan. Namun, golongan wanita yang terlalu kerap memakai seluar ketat sebenarnya terdedah kepada risiko masalah saraf dan sendi terutama di bahagian pinggul dan pinggang. Pemakaian seluar denim tidak dilihat memberi kemudaratan kepada pemakai selagi mereka berasa selesa, tidak ketat dan tidak mengehadkan pergerakan, namun jika sebaliknya, ada risiko yang mereka bakal berdepan.
- Pemakaian seluar yang ketat dan tidak fleksibel dalam jangka masa yang lama dan secara berterusan akan menghalang pergerakan serta boleh menimbulkan masalah kesihatan. Pemakaian ketat salah satu antara penyumbang kepada masalah kesihatan yang mungkin dilihat tidak serius, namun hakikatnya keadaan itu boleh menjejaskan fungsi-fungsi saraf dan otot di kawasan tertentu.
- Kesan pemakaian seluar ketat berlaku apabila pergerakan sendi anggota bawah menjadi terhad di bahagian pinggang yang menyebabkan ruangan pada bahagian pelvis dan sendi pinggul menjadi sangat sempit ketika individu itu bergerak seperti berjalan dan melangkah.
- Keadaan lebih ketara ketika membengkokkan badan ke hadapan semasa duduk di kerusi, mencangkung dan sebagainya. Akibatnya, tekanan yang tinggi akan berlaku pada saraf yang terletak di pelvis secara tetap sehingga mengakibatkan seseorang individu itu berasa kebas, terbakar, kesejukan, sakit mencucuk, sangat sensitif apabila tersentuh, selain rasa tidak selesa pada bahagian tepi paha.
- Simptom itu boleh berlaku sementara ataupun dalam tempoh berpanjangan bergantung kepada tahap tekanan yang berlaku. Pada peringkat awal, mungkin seseorang itu hanya akan mendapat simptom seperti yang dinyatakan di atas untuk sementara sahaja pada bahagian lateral atau tepi paha.
- Namun, sekiranya individu itu mengabaikan masalah yang berlaku dan tiada rawatan diberikan, lama-kelamaan simptom lain seperti sakit pada sendi pinggul, sendi lutut atau otot betis akan muncul. Ini adalah kesan secara tidak langsung yang berlaku kepada pesakit apabila mereka cuba mengubahsuai pergerakan aktiviti harian semata-mata untuk mengurangkan simptom awal yang dialaminya.
- Beri Kesan Buruk Pada Sendi & Saraf – Keadaan lebih ketara ketika membengkokkan badan ke hadapan semasa duduk di kerusi, mencangkung dan sebagainya. Akibatnya, tekanan yang tinggi akan berlaku pada saraf yang terletak di pelvis secara tetap sehingga mengakibatkan seseorang individu itu berasa kebas, terbakar, kesejukan, sakit mencucuk, sangat sensitif apabila tersentuh, selain rasa tidak selesa pada bahagian tepi paha.
- Penyebab Kanser Melanola – Pemakaian pakaian ketat terlalu lama boleh menyebabkan kanser Melanola iaitu kanser kulit yang sangat bahaya. Kanser ini biasanya bermula dengan tanda hitam pada kulit.
- Mengganggu Fungsi Rahim – Kesannya, ia membahayakan keadaan rahim wanita. Selain itu perjalanan darah juga akan terganggu.
- Postur Pinggul Senget – Keadaan akan jadi lebih kritikal sekiranya individu tersebut memakai seluar ketat bersama tumit tinggi. Ia boleh menyebabkan postur pinggul menjadi senget sebelah kerana tekanan yang dialami.
- Menghalang Pembiakan Sperma – Khas untuk lelaki yang suka sangat pakai seluar ketat. Seluar ketat boleh mengganggu dan mengurangkan penghasilan sperma.
Sumber: Utusan & Ketua Unit Fisioterapi, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Zunaidah Abu Samah