KelabMama

Kawal Penggunaan Gajet Anak-Anak. Ambil Tahu Bahaya Blue Light Pada Kanak-Kanak!

Blue light adalah cahaya yang datang dari matahari dan juga sumber buatan manusia seperti skrin led pelbagai gajet termasuk telefon pintar, komputer, televisyen dan lain-lain.

Adakah Blue light bahaya bagi anak-anak Papa Mama? Jawapannya Iya! Pendedahan terus dalam jangka masa yang panjang akan memberi risiko kepada kesihatan mata.

Mama Papa tahu tak bahaya Blue light ni? Risiko kepada anak-anak tu yang kita nak kena jaga sebagai Ibu Ayah. Tambahan pula zaman gajet macam sekarang.

Apa yang bahayanya Blue light ni? Apakah perlindungan yang boleh dibuat? Ada kah ianya memberi apa-apa manfaat kepada manusia?

Lepas dah baca ni, pastikan masa anak dengan gajet dibataskan, berikan perlindungan, didik diri sendiri dan juga terutama sekali anak-anak secukupnya tentang Blue light.

Apa Itu Blue Light

Dunia ini penuh dengan tenaga elektromagnet. Ia berada di sekeliling dan melalui tubuh kita, dalam bentuk gelombang yang tidak kelihatan.

Panjang gelombang berbeza-beza, dengan yang paling panjang ialah:

Yang terpendek dalam spektrum elektromagnet ialah:

Kebanyakan gelombang elektromagnet tidak dapat dilihat. Tetapi sebahagian kecil gelombang dikenali sebagai cahaya boleh dilihat, boleh dikesan oleh mata manusia.

Panjang gelombang cahaya yang boleh dilihat berbeza daripada 380 nanometer (cahaya ungu) hingga 700 nanometer (cahaya merah)

Semakin pendek panjang sesuatu gelombang, akan mengeluarkan tenaga yang lebih tinggi dan lebih merbahaya buat manusia.

Blue light adalah termasuk dalam cahaya yang boleh dilihat. Jadi kenapa ianya bahaya kepada manusia? Dan adakah ianya memberi apa-apa manfaat?

Kesan Blue Light Pada Mata

Mata anda dilengkapi dengan struktur yang melindunginya daripada beberapa jenis cahaya. Kornea dan kanta anda melindungi retina di bahagian belakang mata anda daripada dirosakkan gelombang seperti sinaran UV, sebagai contoh.

Kredit gambar: Healthline

Struktur tersebut tidak menghalang cahaya biru. Dan anda terdedah kepada cahaya biru dalam jangka masa yang panjang.

Beberapa pakar kesihatan mata telah menyatakan kebimbangan mengenai pendedahan kepada cahaya biru daripada skrin dan peranti digital. Ini kerana orang ramai menghabiskan banyak masa menggunakannya dalam jarak yang begitu dekat.

Namun Begitu, Ada Juga Manfaat Cahaya Biru Ni Pada Kita

Pendedahan kepada cahaya biru memberikan beberapa manfaat kesihatan. Ia boleh:

Risiko

Apabila mata anda tegang daripada menatap skrin pemancar cahaya biru, anda mungkin perasan:

Menurut ulasan 2019, apabila cahaya biru mengganggu kitaran tidur anda, masalah lain juga boleh timbul:

Perlindungan

Yang penting, Mama Papa harus pantau keadaan anak-anak apabila mereka menggunakan gajet ataupun menonton televisyen.

Mama juga boleh dapatkan lebih banyak informasi mengenai penjagaan mata anak-anak dan mata kita sendiri oleh Dr. Shobana Nadarajah, Pakar Oftalmologi dari KPJ Damansara Specialist Hospital.


Untuk lebih banyak info kesihatan klik SINI.