Mama ada baca tak satu posting di Facebook tentang belon air reusable baru-baru ini. Pada mulanya aktiviti ini menyeronokkan untuk keluarga mereka bertukar menjadi ngeri disebabkan magnet belon air je.
Situasi ini berlaku disebabkan belon air yang reusable. Kebanyakkan Mama Papa gunakan belon air reusable ni untuk kanak-kanak bermain ketika aktiviti air.
Jom baca posting dari Kelley Michelle di Facebook nya bagaimana magnet dalam belon air ini boleh masuk dalam septum hidung anaknya time dia berenang di kolam tersebut.
Aktiviti Menyeronokkan Bertukar Tragedi
Menurut Kelly Michelle dalam posting nya, dia menerima panggilan telefon dari Jenn mengatakan sesuatu memasuki hidung Leah semasa Leah sedang berenang. Memula Kelly menganggap itu hanya gurauan semata-mata daripada anaknya memandangkan anaknya baru je berusia lapan tahun.
Saat Leah keluar dari kolam dan mengelap mukanya dengan tuala, Leah tiba-tiba menjerit. Kelly yang terkejut dengan bunyi tangisan Leah dan suara panic dari Jenn terus membawa mereka ke hospital kanak-kanak untuk mendapatkan rawatan dengan segera.
Katanya Leah diberikan dibius oleh doktor untuk mengeluarkan enam biji magnet kecik yang tersumbat dalam septum Leah. Tarikan magnet yang kuat sehingga boleh menembusi septum anaknya.
Doktor menyatakan bahawa kemungkinan magnet tersebut adalah magnet belon air reusable yang jatuh atas tuala.
Bahaya Mainan Ada Magnet kepada Kanak-kanak
Mama Papa yang nak beli mainan kepada anak-anak perlu dipertimbangkan dulu jenis mainan yang nak dibeli.
Sebenarnya mainan yang ada magnet ni perlu Mama Papa elakkan untuk diberikan kepada anak-anak.
Ada banyak jenis mainan yang ada magnet walaupun kecik dan ia sangat berisiko kepada si kecik. Apabila magnet yang bersaiz kecik ni kemungkinan boleh tertelan secara sengaja ataupun tak sengaja kepada si kecik lagi-lagi kalau bebola magnet bersaiz kecik.
Menurut National Health Service, bila magnet yang tertelan boleh menyebabkan magnet akan berada dalam bahagian usus si kecik.
Situasi ni akan memerah tisu sehingga menyebabkan bekalan darah terputus. Sekiranya situasi ini berlaku, caranya untuk mengeluarkannya adalah dengan melakukan pembedahan untuk keluarkan magnet tersebut.
Selalunya tanda-tanda yang akan dihadapi oleh seseorang yang tertelan magnet ni akan dianggap penyakit virus seperti loya, muntah dan demam.
Apa yang Perlu Dilakukan Kalau Tertelan Magnet?
Kalau tertelan magnet, apa yang perlu Mama Papa lakukan:
- Jangan paksa mereka untuk memuntahkan semula magnet tersebut.
- Jangan berikan minuman atau makanan kepada mereka.
- Bawa ke hospital untuk dapatkan rawatan segera.
Tips kepada Mama Papa:
- Elakkan beri mainan yang berunsurkan magnet kepada anak-anak.
- Pastikan magnet yang Mama Papa buang di tempat yang selamat dan jauh dari mereka.
Hati-hati dengan magnet yang digunakan, magnet ni ada banyak saiz sebab tu Mama Papa alert, sama saiz dengan pasir pun ada tau.
Pilih Alat Permainan yang Sesuai
Pastinya keseronakan anak-anak ialah sesuatu yang mengembirakan kepada Mama Papa. Untuk mengelakkan kejadian ini berlaku kepada anak-anak, Mama Siti nasihatkan Mama Papa gunakan je bola air kecik yang biasa tu je sebagai mainan mereka di kolam renang.
Mama Papa kena sentiasa berhati-hati dengan mainan yang diberikan kepada anak-anak. Make sure, mainan tersebut selamat dan tak membahayakan kepada mereka dan kanak-kanak yang lain ketika bermain.
Mama nak tahu jenis makanan yang tak perlu disimpan dalam peti sejuk? Klik di SINI.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.