Di Terengganu, seorang bayi perempuan yang baru berusia 4 bulan telah meninggal dunia dipercayai lemas ketika tidur dalam keadaan meniarap. Kejadian berlaku di sebuah taska di mana ibunya menghantar mangsa pagi semalam.
Arwah Dayangku NurAlya Mariyam Awangku Hazrin ditemui dalam keadaan tertiarap. Kata petugas taska, wajah arwah telah kebiruan tak sedarkan diri. Dia kemudian terus menghubungi ibu arwah, Syahirah Mhd Ali, 31, kira-kira jam 10 pagi dan memaklumkan perkara tersebut.
Ibu arwah yang merupakan seorang penjawat awam bergegas ke taska berkenaan dan mendapati anak bongsunya itu dalam keadaan yang lemah dan tak bermaya.
Arwah kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menerima rawatan selanjutnya sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 11.30 pagi.
Syahirah berkata dia tak pernah langsung menyalahkan pihak taska atau mana-mana pihak bertanggungjawab kerana tahu insiden itu bukan disebabkan kecuaian sesiapa.
“Arwah yang dilahirkan pada 13 Januari lalu sebenarnya baru belajar meniarap dan mungkin semasa dia sedang cuba meniarap, tiada petugas di situ.
“Saya difahamkan dia sedang tidur semasa ditinggalkan oleh guru taska menjaganya dan mungkin sepanjang tempoh itu, dia cuba meniarap,”
katanya ketika ditemui di Bilik Forensik HSNZ, di sini.
Paling menyedihkan, arwah pergi di hari lahir bapanya, suami Syahirah, Awangku Hazrin Awangku Hidup yang ke 34 tahun tapi dia redha dan menerima ujian ini sebagai ketentuan dari Allah.
“Saya tetap bersyukur kerana ALLAH sudi pinjamkan anak syurga ini kepada kami sekeluarga walaupun hanya empat bulan.
“Saya terima dan reda dengan ujian ini lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini,”
katanya dalam nada sebak.
Syahirah tak mahu anaknya dibedah siasat kerana tak mahu arwah anaknya terseksa selain berjanji tak akan mengambil tindakan undang-undang kepada semua pihak termasuk pihak pengurusan taska.
Arwah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ladang Tok Pelam, di sini.
Selain dari arwah, Syahirah dan suami memiliki seorang lagi cahaya mata perempuan, Dayangku Nur Hawa Marisa Awangku Hazrin yang berusia 2 tahun.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Kebaikan & Keburukan Bayi Tidur Meniarap Yang Mama Perlu Tahu
#Kebaikan
- Tengkorak bayi bulat dan tidak kemek di belakangnya.
- Leher, bahu dan dada bayi kuat dengan lebih cepat, sekaligus membantu bayi belajar merangkak dengan lebih mudah.
- Bagus untuk perkembangan otak bayi.
- Tidur bayi akan lebih lena dan nyenyak.
- Dapat mengelakkan bayi dari masalah kembung perut.
#Keburukan
- Meniarap akan memberi tekanan pada rahang bayi dan menyebabkan saluran nafas sempit.
- Meningkatkan risiko SIDS (“Sudden Infant Death Syndrome”)
- Apabila bayi tersembam, mereka tidak kuat mengangkat semula kepala untuk membolehkan mereka membetulkan kedudukan kepala dan bernafas.
#Langkah Keselamatan Jika Bayi Tidur Meniarap
- Menggunakan tilam yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras yang boleh menenggelamkan muka bayi.
- Tidak menggunakan bantal, alas tilam atau sebarang mainan berdekatan dengan muka bayi.
- Memastikan selimut sentiasa berada di bahagian bawah paras dada.
- Sentiasa awasi bayi anda ketika mereka tidur.
- Pastikan jarak anda tidak jauh dari bayi dan jangan biarkan bayi tidur.
BACA JUGA IBU BAPA, ELAKKAN DARIPADA TIDUR BERSAMA BAYI
Sumber : SinarHarian
Pesan Mama Siti
Malang memang tak berbau. Biarpun kita dah cukup berhati-hati bila anak bersama dengan kita tapi bila dah ajal akan berlaku kat mana-mana je. Semoga arwah adik NurAlya dicucuri rahmat. Alfatihah