KelabMama

Bahaya atau Tidak? Ini Yang Akan Berlaku Jika Anak Tidak Bersarapan

sarapan

Kebanyakkan ibu bapa apabila ditanyakan tentang apa yang mereka mahu pada anak-anak mereka pasti memberikan jawapan ini – berjaya dalam pelajaran! Dalam dunia yang penuh saingan ini ibu bapa sanggup berusaha bagi memastikan anak mereka mendapat pendidikan terbaik. Namun ramai ibu bapa yang terlepas pandang satu cara yang mudah dan berkesan untuk merangsang pencapaian anak-anak mereka iaitu sarapan pagi yang berkhasiat.

Gaya hidup yang semakin sibuk, ramai ibu yang agak sukar menyediakan sarapan pagi yang berkhasiat untuk mereka. Akibatnya ramai kanak-kanak yang tidak mendapat keperluan zat harian mereka untuk membesar dengan sempurna.  Kesuntukan masa ibu bapa di sebelah pagi sering dijadikan alasan tidak sempat bersarapan. Untuk sarapan ibu bapa tidak perlu menyediakan hidangan yang berat atau rumit. Sebaliknya, anak-anak boleh memulakan kegiatan harian mereka dengan sarapan pagi yang ringkas dan berkhasiat.

SEDIA SARAPAN SIHAT & BERKHASIAT

Sebagai ibu bapa kita perlu menanamkan tabiat pemakanan sihat untuk anak dan amalan itu perlu digalakkan sejak mereka masih kecil. Bak kata pepatah Melayu, `melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Selain itu, adalah penting bagi ibu bapa mengamalkan dan menunjukkan teladan baik dalam mengamalkan pemakanan sihat untuk anak. Justeru, kepekaan ibu bapa terhadap pemakanan si anak amat penting termasuk menentukan sumber, jenis dan masa makan mereka. Antara sumber makanan penting untuk tumbesaran kanak-kanak termasuklah protin, karbohidrat, vitamin dan kalsium.

CARA TARIK ANAK BERSARAPAN

Sumber: Internet