Bahan asas memang sangat penting dan perlu ada sekiranya sesuatu berlaku pada negara kita. Contohnya seperti apa yang tengah berlaku sekarang ni iaitu wabak COVID-19 yang semakin menjadi-jadi ni yang telah menyebabkan banyak negara diisytiharkan ‘LOCKDOWN’. Jadi bila dah ‘LOCKDOWN’ bermakna tak dibenarkan keluar dari rumah dalam tempoh tertentu. Ada juga khabar angin yang cakap Malaysia juga bakal ‘LOCKDOWN’ sehinggakan ramai yang dah mula ‘panic buying’ sampai bahan asas pun habis licin.
Rileks! Di Malaysia, keadaan masih terkawal dan kerajaan kita telah mengisytiharkan perintah Kawalan Pergerakan. Dengan adanya perintah ini semoga dapat mengawal wabak ini dari terus merebak. Jadi tak perlu nak ‘panic buying’. Mama cuma perlu memastikan bekalan bahan asas sentiasa ada di rumah jika berlaku darurat. Itu je. Janganlah pergi borong semua sampai tak tinggal untuk orang belakang.
Bahan asas yang perlu ada sekiranya ‘LOCKDOWN’
#Bahan asas 1 : Karbohidrat
Mama-mama semua pastikan ye setiap isi rumah mempunyai bekalan bahan asas ini seperti karbohidrat yang mencukupi kerana ini merupakan sumber penting bagi membekalkan tenaga. Karbohidrat juga adalah salah satu makanan ruji kita. Contohnya beras, bijirin, tepung, oat dan lain-lain lagi.
#Bahan asas 2 : Kacang dan kekacang
Jangan lupa kekacang! Mungkin kalau anak tak ada selera nak makan, mama-mama boleh gantikan dengan kacang. Contohnya, kacang dal, kacang pis, almond dan lain-lain lagi.
#Bahan asas 3 : Susu
Susu juga penting ye mama-mama semua.Susu sangat penting untuk tumbesaran anak dan kalsium di dalam susu boleh menguatkan tulang dan juga gigi.Selain susu, para mama juga boleh simpan keju seperti parmesan , cheddar ,feta dan lain-lain lagi.
#Bahan asas 4 : Daging
Mama-mama juga mesti ada bekalan daging yang mencukupi seperti ikan ,ayam , seafood dan lain-lain lagi. Selain daging mentah , mama-mama semua boleh cari daging dalam tin , serunding ataupun salai. Yang ni , boleh tahan lama berbanding yang mentah.
#Bahan asas 5 : Lemak
Lemak pun kena ada juga. Contohnya minyak ghee , minyak zaitun ,minyak sawit dan lain-lain lagi.
#Bahan asas 6 : .Buah dan sayur
Makan sayur dan buah juga mesti ya terutama anak-anak kerana mereka sedang melalui proses tumbesaran.Sayur dan buah bagus dalam membekalkan vitamin dan minerel.Selain sayur dan buah segar ,mama juga boleh cari yang diawet.Contohnya ,buah dalam tin , kimchi ,cendawan kering dan lain-lain.
#Bahan asas 7 : Rempah, perisa dan perasa
Benda ni kena ada ,sangat penting sebab kalau tak ada benda ni , makanan kita jadi kurang enak dan nanti tak ada selera pula nak makan.Contohnya , garam ,gula , madu ,kicap dan ‘tiga sekawan’.
#Bahan asas 8 : Comfort food
Benda ni sebenarnya tak ada pun tak apa. Tapi boleh buat kudapan kalau orang dalam rumah tengah bosan. Makesure makan benda ni ada limit tak boleh selalu sebab makanan ni tak bagi khasiat pun .Contohnya , chocolate , potato chips , maggi dan air bikarbonat.
Sumber : VanillaKismis
BACA JUGA BELI BARANG ONLINE TAK PERLU ‘PANIC BUYING’
Pesan Mama Siti
Semoga apa yang Mama Siti beritahu ni mampu buat mama-mama semua buat persediaan awal. Jangan lupa, air bersih yang mencukupi pun kena ada. Sekian ,semoga kita semua dilindungi dari wabak COVID-19.