KelabMama

BAGUSNYA DEDAHKAN ANAK KEPADA AIR SEJAK KECIL

Mama perasan tak anak-anak ni bila jumpa air bukan main lagi seronok dia? Dia punya excited dapat main air tu sampai tak nak keluar dah. Nak ajak balik pun kena pujuk. Itulah anak-anak memang pantang betul jumpa air. Tapi ada juga anak-anak yang tak suka air sampai nak mandi pun kena paksa.

Sekarang ni dah jadi trend ibu bapa hantar anak ke kelas renang sebagai rutin harian. Ada tu seawal 6 minggu lagi dah bawa berenang. Eh jangan pelik tau! Sebab ada banyak manfaat kalau kita dedahkan anak kepada air sejak kecil ni.

MANFAAT BERENANG YANG MAMA KENA TAHU

#Bagus untuk jantung dan paru-paru

Menurut British Journal and Sports Medicine, berenang ni boleh kurangkan risiko terkena penyakit jantung sebab waktu tu otot jantung akan mengepam aliran darah dengan baik ke seluruh badan.

Ia juga buatkan paru-paru anak mama dapat berfungsi secara optimum.

#Kuatkan otot anak mama

Mama perasan tak lepas je berenang anak mama akan penat dan cepat tidur? Ini sebab bila anak mama berenang, tubuh mereka keluarkan banyak tenaga untuk lawan air. Kalau anak mama selalu berenang ia akan kuatkan otot terutamanya bahagian trisep, dada dan peha depan.

#Kurangkan stress

Siapa kata anak kecil tak akan stress? Anak pun mudah kena tempias stress tau kalau mama papa tak ada masa nak layan mereka sebab busy dengan kerja. Sebab mereka cepat merajuk, memberontak dan sebagainya. Menurut Centers for Disease Control and Prevention, bila berenang hormon endorfin atau hormon gembira dalam tubuh akan meningkat manakala level stres mereka akan turun. Ha..tak rugikan bawa anak berenang?

#Hilangkan rasa takut pada air

Ha..ni khas untuk anak mama yang tak suka air tu. Bila mama dah biasakan anak mama bermain air, berenang pasti lama-kelamaan dia akan suka.

#Anak jadi berani dan yakin

Dengan berenang, anak mama akan jadi berani dan yakin dengan dirinya kerana bila dia berenang dia akan menggerakkan sendiri tubuhnya. Lagi bagus kalau mama berikan kata semangat padanya. Lagi berani dan confident lah si manja nanti!

#IQ tinggi

Menurut kajian Griffith Institute, Australia, anak yang mula didedahkan dengan berenang ni perkembangan milestonenya akan lebih cepat. Perkembangan itu juga melibatkan skill yang lebih kompleks seperti kemahiran bahasa, matematik, menulis serta boleh menerima arahan.

#Sifat berkawan

Bila anak berenang bersama anak-anak lain akan membuatkan hubungan sosial berkembang dengan lebih baik. Anak dapat berkawan sekaligus dapat mempengaruhi psikologinya untuk berani untuk berenang.

#Aktiviti yang menyeronokkan!

Aktiviti berenang ni adalah jauh lebih menyeronokkan dan sihat berbanding tengok tv dan bermain gajet. Dapat mengeratkan hubungan mama bersama si manja serta keluarga juga. Siapa tak suka bila anak seronok dan enjoy kan?

Baca lagi INI SEBAB KENAPA KENA PANTAU ANAK BILA TENGOK KARTUN DI YOUTUBE

Sumber : Siraplimau

Mama/papa yang busy dengan kerja tu lupakanlah seketika kerja anda pada hujung minggu dan bawalah anak-anak berenang. Pasti anak-anak mama akan seronok. Tiada apa yang lebih membahagiakan bila tengok anak-anak gembira. Betul tak? Jadi ambil masa dan luangkan bersama anak ke kolam renang. Bukan je dapat eratkan hubungan tapi juga dapat menjadikan anak mama lebih berani dan yakin.