KelabMama

Sebagai Seorang Ibu, Ini Cara Terbaik Meraikan Si Isteri & Ibu Anda

suami meraikan isteri

Situasi 1

Suami: Sayang, bulan ni tolong rearrange perbelanjaan family ya? Potongkan senarai mana yang tak perlu beli sebab bulan ni banyak guna duit, nak renew roadtax kereta. Tayar pun rasanya dah nak kena ganti tu.

Isteri: Ok, nanti sayang tengok mana keperluan dapur yang tak perlu beli bulan ni atau boleh ditangguh.

Situasi 2

Anak lelaki: Mama, abang rasa macam nak demam lah badan ni.

Mama: Alahai kesiannya. Abang nak pergi klinik tak atau nak rehat kat rumah jerr dulu? Ok, kalau nak rehat, nanti Mama bawa kan ubat dan kain basah tuam di kepala abang.

Oh, Mama kena minta Papa belikan air kelapa juga supaya abang minum! Abang nak makan bubur tak? Mama buatkan.

Situasi 3

Mama: Adik, jangan asyik main doll tu je, sini Mama suap makan. Malam tadi pun leka main sampai tertidur, langsung tak makan.

Fitrah seorang wanita sememangnya sentiasa mengambil berat dan akan memberikan perhatian tentang setiap perihal ahli keluarganya.

Bermula daripada isu anak yang belum makan sehinggalah membantu suami menguruskan kewangan, pendek kata, segala-galanya dalam pengetahuan beliau.

Mama Siti yakin jika ditanya kegemaran setiap anak dan suami, Mama jugalah individu yang tahu benar mengenai hal itu. Ia termasuklah juadah tak digemari, sifat dan sikap setiap ahli keluarganya, semuanya seperti dah terpahat dalam fikiran wanita ini.

Seorang yang sentiasa cakna dalam menguruskan hal rumah tangga bermula daripada kerja pembersihan, menjaga makan minum, menjadi penasihat kewangan, menyusun atur ekonomi hinggalah kepada jururawat keluarga, itulah kebiasaannya dilakukan insan hebat ini.

Mungkin ia kerana lumrah seorang wanita yang bersifat peka, berfikir panjang dan bijak mengatur sesuatu hal menjadikan dia secara tak langsung sebagai tempat rujukan suami dan anak-anak dalam semua perkara.

Malah, Mama Siti percaya, walaupun wanita hebat ini mampu melahirkan ramai zuriat perempuan dalam keluarganya, namun peranan si empunya diri sebagai isteri untuk Papa dan Mama kepada anak-anak tak akan sama. Pendek kata, beliau tiada gantinya dalam rumah tangga.

Namun, pernah tak Papa dan anak-anak terfikir untuk meraikan tulang belakang anda ini sebagai tanda penghargaan?

“Sebelum ni kami selalu celebrate birthday Mama atau Hari Ibu dengan belanja makan. Kadang-kala belikan hadiah itu pun kalau tahu apa keinginan Mama masa tu.

Kalau tak sempat nak celebrate, kami buat surprise delivery seperti belikan bouquet atau kek yang sesuai dihantar oleh runner. Tapi tahun ni belum ada idea lagi nak buat apa.”

Tak tahu nak raikan macam mana? Apa kata bersempena bulan Mei ini, ambil peluang cipta detik bermakna atas usaha penat lelah seorang wanita ketika Hari Ibu pada 12 Mei nanti.

Jika anda rasa segala keistimewaan bagi meraikan Mother’s Day telah biasa dilakukan pada tahun-tahun yang lalu. Ha, apa kata kali ni cipta satu celebration yang luar biasa pula! Apa benda tu?

Ok jom tengok idea oleh Mama Siti tentang bagaimana untuk meraikan Mother’s Day dengan cara sedikit berbeza tapi confirm diingati oleh Mama anda sampai bila-bila!

Mama Siti yakin, aktiviti ini tentu buat sang permaisuri kalian bangga dan menikmati Mother’s Day mereka dengan lebih bermakna.

Cara Terbaik Meraikan Isteri dan Ibu, Terutamanya Semasa Hari Ibu

1. Take Over Kerja Rumah

Papa dan anak-anak berganding bahu siapkan segala kerja rumah? Ya, inilah masanya untuk bagi wanita yang diraikan gembira.

Bermula daripada mengemas rumah, memasak, mencuci baju dan segalanya tentang house chores segalanya disiap atau disediakan tanpa campur tangan isteri.

Wah, ini memang menyeronokkan! Tak kiralah sama ada Papa upah cleaning service dari luar ke, take away makanan special dari restoran, baju kotor semua dihantar ke laundry, pendek kata Mama tak perlu fikir agenda pengurusan rumah tangga pada hari berkenaan pun.

Malah, Mama Siti yakin, celebration mudah seperti ini pun dah cukup ringankan sekejap beban di kepala Mama.

Masakan tidak? Tak payah pening nak masak lauk apa, nak atur tugasan mengemas rumah, atau nak minta tolong Papa sidaikan baju nanti.

Semuanya dah disiapkan. Masa ni barulah rasa tepat definisi permaisuri dalam istana kan, Mama?

2. Beri Mama Rehat

“Sayang, esok biar abang uruskan anak-anak seharian, jaga mereka, siapkan semuanya. Sayang rehat jerr. Biar abang layan anak nak makan, bawa pergi playground dan semua sekali.”

Wah, apa perasaan Mama tatkala dengar Papa lontarkan ayat sebegini? Tentulah teruja kan! Seronoknya bukan kepalang bila rasa pasangan nak handle anak from A to Z.

Bersempena Hari Ibu, ni lah masanya Papa nak tunjukan penghargaan dengan mengambil alih tugas menjaga anak sepenuhnya. Meskipun setiap hari selepas waktu kerja Papa dan Mama akan uruskan rumah tangga bersama, tapi Mama Siti yakin dalam fikiran Mama, dia lah lebih banyak menguruskan segalanya.

Nak fikir bekal suami dan anak-anak esok, tapi dalam masa ligat mengingati apa stok makanan yang dah habis di rumah. Nak siapkan baju sukan anak sebab esok ada sukaneka.

Justeru, bila Papa nak bantu jagakan anak untuk tempoh seharian tu, ia sebenarnya dah berikan ketenangan kepada Mama dan bantu beliau recharge emosi serta mental.

Dalam keriuhan rumah tangga, pastinya wujud seorang wanita yang pening kepala dengan emosi naik turun melayani ragam anak-anak.

Bukanlah bermaksud tak sayang kan anak, namun adakalanya kasih sayang pun tak sempat dipamerkan tatkala si kecil dan abang-abangnya ada saja agenda sampai buatkan Mama dan Papa naik darah.

Justeru, sempena Hari Ibu, aktiviti mengawasi anak tentunya menjadi detik bermakna untuk isteri Papa. Mama pun nak enjoy dengan fasa keibuannya kan? Jadi, berilah permaisuri Papa ni aktiviti rehat selama sehari, betul tak?

3. Me-time Untuk Mama

Menawarkan aktiviti me-time kepada Mama mungkin mejadi hadiah Hari Ibu terbaik bagi beliau. Papa cuba offer untuk Mama keluar bersama rakan-rakan, pergi minum kopi, tengok wayang, berkelah atau relax di spa.

Ini pasti memberikan kegembiraan dan kelegaan untuk wanita bergelar isteri dan ibu.

Mungkin Papa rasa ia lebih kepada enjoy di luar, namun itu tak semestinya. Adakalanya, seorang wanita hanya memerlukan perkongsian cerita daripada rakan-rakan perempuannya.

Tak percaya? Cuba Papa bagi green light untuk Mama keluar minum coffee dengan best friends beliau atau pergi ke rumah mereka.

Mesti Papa nampak mood Mama ceria je bila balik nanti. Biasanya self-reward yang satu ni sesuai lebih-lebih lagi untuk Mama yang selalu busy kerja dan jarang lepak dengan best friends beliau.

4. Luahkan Penghargaan

Meluahkan rasa penghargaan kepada Mama pastinya merupakan aktiviti yang tak ramai terfikir untuk buat. Tapi impaknya silap-silap mampu membuatkan Mama mengalirkan air mata.

Cuba buat luahan penghargaan tak kisah sama ada ucapan, puisi atau jadikan dalam bentuk nyanyian, namun persembahkan kepada Mama sempena Mother’s Day.

Mama Siti yakin, tentu semua hati wanita tersentuh apabila suami dan anak-anak membuat penghargaan tinggi kepada beliau.

Rasa seperti kepenatan, tekanan dan masalah dialami hilang begitu jerr!

#Kesimpulan

Dalam meniti alam rumah tangga, sememangnya banyak perkara dan rintangan dan dihadapi bersama. Namun, tak kurang juga yang menganggap iia sebuah perjalanan terlalu panjang sehingga membosankan.

Bagi Mama Siti, rumah tangga itu unik. Kita boleh menciptanya menjadi lebih indah dan kita juga yang boleh mengubahnya kepada hambar. Maka, Mama dan Papa lah yang mencorakkan rumah tangga anda termasuk perilaku dan disiplin anak-anak.

Justeru, dalam usaha memupuk lagi perasaan cinta antara suami isteri dan kasih sayang bersama anak-anak, menghargai seluruh ahli keluarga adalah kaedah terbaik dalam menjadikan hubungan kekeluargaan itu lebih harmoni sekaligus menerapkan anak nilai kasih sayang.

Mama Siti berharap, perkongsian dan tips diberikan ini dapat menjentik hati Papa untuk lebih menghargai wanita disamping anda yang sentiasa ada ketika susah dan senang. All the best Papa!


Psstt! Jika Papa nak tahu lebih banyak lagi info dan tips berguna dalam rumah tangga, bolehlah klik di SINI untuk segmen Keibubapaan.