KelabMama

Bacaan Tekanan Darah: Apa yang Mama Papa Perlu Tahu

Bacaan Tekanan Darah

Selalu pergi klinik mesti ambik tekanan darah kan, tapi ramai yang tak tahu maksud bacaan tekanan darah yang doktor catat untuk direkod pada buku laporan kesihatan kita.

Jom kita baca maksud bacaan tekanan darah dan tahu macam mana nak detect tekanan Mama Papa tinggi atau rendah.

Bacaan Tekanan Darah

Blood pressure ni tekanan pada dinding salur darah dari pengaliran darah yang dipam keluar dari jantung Mama Papa.

Kalau julat bacaan tekanan darah Mama Papa seperti 120/80 mmHg itu bermakna tekanan darah Mama Papa adalah normal.

Sebab tu unit mmHG digunakan sebab merkuri digunakan dalam tolok tekanan pertama yang berikan bacaan yang tepat.

Alat untuk Check Tekanan Darah

Blood pressure boleh diukur dengan menggunakan alat yang dikenali sebagai sphygmomanometer. Ada dua jenis iaitu digital blood pressure, yang biasanya diletakkan pada lengan.

Proses pengukuran melibatkan mengepam cuff untuk menghentikan aliran darah, kemudian mengurangkan tekanan dalam cuff untuk mendapatkan bacaan yang tepat dan merekodkan dua nilai tekanan-tekanan sistolik dan diastolik.

Digital blood pressure ni Mama Papa boleh dapatkan dekat farmasi, jadi senang untuk Mama Papa gunakan apabila berada di rumah nanti.

Bacaan Tekanan Darah untuk Kanak-kanak

Bacaan blood pressure untuk kanak-kanak ada perbezaan dengan orang dewasa, blood pressure mereka berdasarkan pada tinggi mereka, umur dan jantinanya.

Punca yang Mempengaruhi Darah Tinggi dan Rendah

Punca yang Mempengaruhi Darah Tinggi

Punca yang Mempengaruhi Darah Rendah

Untuk mengekalkan tekanan darah Mama Papa di paras normal, Mama Papa perlu mengubah gaya hidup seperti menjaga pemakanan yang sihat dan melakukan senaman secara teratur. Tak perlu senaman yang berat, buat brisk walk pun boleh je.

Sebelum Mama Papa nak check tekanan darah, make sure Mama Papa tidak merokok, elakkan minuman berkafein dan tak melakukan aktiviti fizikal berintensiti tinggi sekurangnya 30 minit sebelum tau.

Dan sekiranya julat bacaan blood pressure Mama Papa tinggi atau rendah, Mama Papa segera lakukan pemeriksaan kesihatan di klinik berhampiran.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Dapatkan lebih banyak informasi tentang kesihatan Mama Papa dan anak-anak di SINI.