Mama pernah dengar tak pasal diabetes mellitus tau nama singkatnya GDM ni? Penyakit ni biasanya akan dihadapi oleh ibu hamil. Kalau sebelum mengandung kita tak ada penyakit ni, tapi bila mengandung berkemungkinan boleh dapat diabetes mellitus ni. Sebab tu pentingnya bacaan gula normal untuk ibu mengandung semasa check up.
Dalam 100 ibu hamil, 18 orang akan menghidapi penyakit ni. Selalunya bila usia kandungan dah masuk pertengahan atau akhir usia kandungan.
Penyakit ni terjadi bila terdapat kerintangan Insulin – sejenis hormon yang dihasilkan oleh badan manusia untuk mengawal atur kawalan paras gula di dalam darah, untuk memenuhi keperluan ketika mengandung. Hasilnya, paras gula di dalam darah meningkat. Jadi, Mama Siti akan kongsikan dengan lebih lanjut tentang diabetes mellitus ni supaya mama sentiasa alert untuk jaga kesihatan bukan saja diri sendiri tapi bayi juga.
Garis Panduan Bacaan Gula Normal Ibu Mengandung
Untuk ketahui bacaan gula dalam darah mama, doktor akan buat satu ujian iaitu ujian darah Modified Oral Glucose Tolerance Test (MOGTT) untuk kesan penyakit diabetes mellitus ni. Ujian ini akan dibuat bila usia kandungan mama berusia di antara 24 minggu hingga ke 28 minggu.
Sebelum ujian ini dibuat, mama diminta untuk puasa semalaman dari pukul 10:00 malam sebelumnya. Sampel darah untuk menentukan paras gula dalam darah juga akan diambil pada awal pagi diikuti dengan minum glukosa (75 gm glukosa di larutkan dalam 250ml air). Ujian ni selesai bila pengukuran paras gula dalam darah diambil 2 jam berikutnya.
Bacaan Ujian MOGTT
Venous plasma glucose (mmol/l) | Fasting | 2 hours post glucose load |
Normal | < 5.1 | < 7.8 |
GDM | >= 5.1 | >= 7.8 |
Bacaan di bawah 7.8 mmol/L biasanya dianggap normal untuk ujian OGTT ini tetapi doktor mungkin akan ulang ujian tersebut jika mama berisiko tinggi.
Diabetes Semasa Hamil
Semasa kehamilan, badan mama akan hasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi dalam kandungan, terutamanya bila dah masuk usia pertengahan kehamilan dan seterusnya. Kalau badan tak boleh sediakan insulin tambahan ni, badan mama akan mengandungi banyak gula dalam darah dan itu yang menyebabkan mama menghidapi diabetes mellitus.
Tapi mama jangan bimbang kerana ia akan hilang dengan sendirinya bila bayi dilahirkan, diabetes ni lain ya daripada penyakit diabetes yang lagi satu tu. Yang lagi satu tu, penyakit yang akan kena seumur hidup kalau kita tak jaga makan.
Golongan Berisiko Menghidapi Diabetes Mellitus
Sebenarnya sesiapa pun boleh berisiko kena penyakit ni masa mengandung. Pesakit yang sememangnya menghidapi diabetes berisiko tinggi menghidap diabetes mellitus ni. Namun, wanita boleh menghidap GDM ni tanpa sebarang penyakit diabetes sebelumnya tau . Antara faktor-faktor yang meningkatkan kemungkinan berlakunya GDM termasuklah:
- Indeks Jisim Badan (BMI) adalah 30 ataupun lebih
- Sejarah kelahiran baby besar, melebihi 4 kg ataupun lebih
- Sejarah kandungan yang mempunyai diabetes ketika mengandung
- Ibu bapa, adik-beradik yang juga mempunyai diabetes
Risiko Kepada Bayi Dalam Kandungan
Bila dah ada GDM, doktor atau nurse akan selalu pantau bacaan gula normal ibu mengandung. Jika bacaan gula normal ibu mengandung terlalu tinggi, ia akan merentasi plasenta ke bayi dan itu akan menyebabkan risiko saiz bayi akan menjadi lebih besar. Saiz bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin jadi lebih sukar. Kemungkinan mama akan bersalin secara pembedahan juga tinggi. Tapi ada juga mama yang GDM bersalin normal.
Bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti penyakit gula rendah dalam badan dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal oleh pakar paedaetrik.
Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung untuk kena obesiti dan diabetes jenis 2 di kemudian hari nanti. Selain itu, risiko kematian bayi di dalam rahim (in utero death) secara mengejut juga boleh terjadi kalau paras gula dalam darah tak dikawal dengan segera.
Rawatan Untuk Diabetes Mellitus
Jangan risau sebab GDM ni ada jalan penyelesaiannya. Yang pertama, mama kena kawal diet pemakanan. Doktor akan nasihatkan supaya amalkan diet pemakanan yang seimbang dan kurangkan makanan atau minuman yang bergula.
Mama boleh ambil makanan yang berkarbohirat seperti bijirin, buah-buahan, sayuran dan kalau boleh elakkan makanan bergoreng ataupun yang berlemak. Jangan lupa juga buat senaman ringan. Senaman ni juga boleh cegah ketidakselesaan semasa hamil sekaligus kekalkan kandungan gula jadi optimal. Buatlah senaman ringkas selama 15 minit 3 kali seminggu seperti berjalan, mengangkat pemberat ringan dan lain-lain. Jangan lupa minum air yang cukup untuk elakkan hidrasi.
Kalau masih tak boleh dikawal juga, barulah mama kena ambil ubat atau suntikan insulin. Jangan takut, doktor akan ajar mama cara untuk ambil suntikan ni. Yang penting, mama ikut je cakap doktor demi kesihatan mama dan bayi. Suntikan ni selamat digunakan semasa hamil dan hanyalah bersifat sementara je sebab bagi kebanyakan kes, paras glukosa darah akan kembali normal selepas bersalin.
Jadi Mama Siti harap dengan penerangan ni sedikit sebanyak dapat membantu mama semua. Kalau sesiapa yang menghidapi GDM ni, sabar dan kuatkan semangat ya. Ikut je cakap doktor. Kalau boleh jangan lah ambil ubat-ubatan yang tak disyorkan oleh doktor ya. Takut lain pula jadinya nanti.
Semoga bermanfaat!
Pesan Mama Siti
Mama Siti harap sesiapa yang sukan makanan dan minuman manis tu, controllah ye. Masa muda ni lah kena control. Nanti bila dah tua, lagi susah nak control. Silap-silap bila tak control, kena pontong kaki pula. Jadi, jaga pemakanan dari sekarang ya. Azab sangat bila kencing manis ni.