Kalau bercakap pasal makhluk halus, lembaga hitam memang Mama Siti gerun sikit. Especially untuk mama-mama yang lepas bersalin dan bayi mereka. Mama dan bayi memang akan jadi target ‘mereka’. Sebab tu mama kena hati-hati sebab kadang-kadang ada ‘baby’ menyamar yang menumpang susu!
Seorang wanita telah berkongsi pengalamannya di laman sosial Facebook ketika menyusukan anaknya. Wanita ini mendakwa dirinya telah diganggu oleh makhluk halus yang menyamar sebagai anaknya. Takutnya!!!! Meremang bulu roma Mama Siti. Jom baca perkongsian wanita ini dibawah.
Mak-mak terutamanya yang menyusukan bayi ada cerita seram sis nak kongsi. Baru saja terjadi sebentar tadi, begini ceritanya.
Pada dua malam ni termasuk hari ni sis rasa baby menyusu kuat dari kebiasaan, sis belum syak apa-apa dan semalam mula jam 12 hingga subuh, baby menyusu tak henti. Tapi sis tak hairan lah dengan perubahan baby sebab dalam hati mungkin air susu bekurangan. Baby kurang kenyang.
Tapi entah kenapa ni bila baby bangun jam 12 tadi menyusu kuat sangat nak lepas pun dia tak nak, nangis-nangis. Sis tak tahan sudah rasa haus sangat mau pi dapur ambil air, bawa baby sekali sebab dia tak mau lepas sudah, sis pun bangunkan kakaknya suruh tengokkan kejap nak ke tandas dan ambil air untuk minum.
Sambil minum sis pun bagilah dengan baby air dalam gelas mana tau dia boleh kenyang minum air, tapi dia tak mahu, sis pun suruh kakaknya ambil botol susu, niat mau bagi baby menyusu di botol, supaya hilang haus, kesian juga kan mana tau air susu badan ni tak mencukupi. Tapi kakak dia tak jumpa botol..
Jadi niat mau kasi menyusu di botol tak jadi.
Tiba-tiba pula rasa lain macam dengan gaya baby ni.. Mak-mak memang cepat perasan perubahan anak sendiri kan naluri ibu..
Ayat Al-Quran Dipasang, Redakan Rasa Bimbang
Macam ada dorongan rasa mau dengar Ayat-ayat Ruqyah ba ,jadi sis pun capai lah handphone buka Ayat Ruqyah (untuk tidurkan bayi).
Jadi, baby pun sambung lagi menyusu dengan gaya posisi baring, sakit bah tu puting mak-mak je yang faham ni kalau yang menyusukan anak sepenuhnya. Baru tak mau melepas. Sudah begitu..
Sambung cerita, sampai setengah Ayat Ruqyah tu terpasang baby pun lelap, mulut pun melepas sudah putingnya. Lega terus sis, dalam hati bolehlah sambung tidur hihihi.
Mata sis ni sudah mau terlelap, Ayat Ruqyah tadi pun sis tak sedar sebab senyap sudah mungkin habis jadi auto off tu fon.
Naa baby tiba-tiba nangis pula.. Sis pun dengan separuh mata terbuka samar-samar lagi ya, bilik ni memang gelap sis tak biasa tidur kalau lampu hidup, ada lah juga cahaya masuk sikit dari luar tingkap ni.
Sis pun gendong lah baby dalam keadaan sis masih baring.. Angkat satu tangan, tapi lepas angkat tu kan dalam samar-samar baby nangis-nangis macam mau susu lagi.. Sis toleh sebelah tengok di tilam ada lagi baby yang sama..
‘Baby’ Menyamar Menyusu!
Alamak.. Mataiii, anak siapa pula ku gendong ni, (dalam hati) memang seram sudah di situ (badan masih dalam keadaan posisi baring).. Badan sis pun tiba-tiba tak boleh gerak macam ada yang menahan, lemah sangat.. Mau bangun tak dapat.. “Baby” yang digendong pun macam tak mau dilepas, walau pun bilik tu gelap sis masih nampak ba tu “baby” ada dua dengan lampu samar-samar masuk dari lubang tingkap tu..
Dalam hati ni berzikir sudah tak henti-henti (posisi masih baring pegang “baby” tu sebelah pula ada lagi lembaga hitam duduk di depan sis, “baby” yang menyamar serupa baby ku nangis-nangis sis mau lepas tak dapat badan macam lemah sangat…. Allah saja yang tahu perasaan sis masa tu…
Zikir punya zikir, akhirnya “baby” yang menyamar dan lembaga hitam yang ada di depan pun terus lenyap!!!
Cepat-cepat sis tengok anak.. Ndu ba dari tadi tidur nyenyak dia… Tak dia tahu apa yang terjadi berhempas pulas pula mak dia tadi.. Syukurlah.
Baca Doa Sebelum Menyusukan Anak
Sekarang jam pun 3am sudah ni ,menyempat lagi sis taip ni ya, bukan apa mata tak dapat lelap lagi gara-gara kejadian tadi tu.. Alhamdulillah lah semua ok sudah baby pun masih tidur nyenyak.. Sis mau cuba tidur dulu hehe…
Pesan sis bila kasi susu anak terutama yang menyusu badan, baca doa dulu baru kasi.. Takut terjadi macam sis.. Ada pula yang menumpang menyusu.
Mujur cepat tersedar.. Kalau mak-mak rasa perangai baby kamu ganjil-ganjil kemungkinan ada sesuatu yang mengikuti.
Semoga bermanfaat kepada ibu-ibu di luar sana dan berjaga-jagalah.
Sumber: Kisah Rumah Tangga
BACA JUGA TANDA-TANDA BAYI DIGANGGU PUNCA MENANGIS TANPA HENTI
Pesan Mama Siti:
Buat ibu-ibu mengandung dan yang lepas bersalin, rajin-rajinlah baca kitab Al-Quran tu. Kalau tak sempat sangat, pasang saja ayat Al-Quran melalui telefon bimbit ataupun radio. Senang! At least, rumah kita sentiasa selamat dari gangguan makhluk halus dengan adanya alunan ayat suci Al-Quran. Yang paling penting, sebelum mulakan apa-apa kerja sekalipun, sentiasa mulakan dengan Bismillah. InshaAllah, diri kita sentiasa dalam lindunganNya.