KelabMama

Pentingnya Babymoon: Perancangan Percutian Sebelum Kelahiran Bayi

Tengah pregnant anak pertama dan Mama rasa segala perancangan untuk pergi honeymoon tak sempat dilakukan? Takpe Mama, kalau tak berkesempatan pergi honeymoon lagi, boleh tukarkan percutian romantis anda dan pasangan kepada babymoon!

Babymoon ni apa? Konsep babymoon dierkenalkan sebagai cara meraikan kehamilan melalui aktiviti percutian dengan pasangan. Atau dalam erti lain, ia adalah listing perkara yang Mama dan Papa nak buat sebelum kehadiran si comel.

Penting ke babymoon?” Tak semua pasangan yang berpeluang menikmati babymoon sebelum bayi dilahirkan. Inilah waktu yang sesuai untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama dengan pasangan sebelum memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Kebiasaannya setiap pasangan akan manfaatkan tempat percutian yang sesuai dan mudah dengan keadaan diri berbadan dua, namun sedikit advance bagi memberikan kepuasan diri. Sebab once dah lahirnya anak, banyak sangat perkara Papa dan Mama perlu teliti adakah sesuai atau sebaliknya untuk bawa si kecil bersama.

Bukan bercuti jerr, even nak pergi Mall atau kedai makan pun, semuanya akan dinilai oleh anda terlebih dahulu. Jadi sebelum Mama ‘pop’, inilah masanya nikmati masa anda berdua dengan akiviti babymoon!

Ok tapi sebelum tu, jom lihat senarai semak dan persiapan yang perlu dilakukakan serta cadangan lokasi sesuai untuk Mama yang sedang berbadan dua.

#Merancang Perjalanan

Perkara penting yang perlu diberi perhatian tentulah merancang jadual perjalanan. Adakah Mama dah berasa selesa untuk berada dalam kenderaan agak lama, ambil kira kemudahan untuk buang air dan bekalan yang cukup.

Sebaiknya babymoon dilakukan pada trimester kedua. Kenapa bukan pertama atau ketiga? Kebiasannya ketika first trimester, ramai ibu mengalami morning sicknes. Ini menyebabkan ketidakselesaan untuk enjoy dengan trip tu apatah lagi tekak mual tak boleh terima semua makanan. Rugilah kalau bercuti masa tu.

Bagaimanapun, melancong semasa trimester ketiga pula boleh merumitkan keadaan sebabnya tubuh Mama dah mulai rasa lenguh, cepat penat dan sakit. Malah masa ini, Mama berisiko untuk bersalin premature.

Kalau tiba-tiba tengah bercuti, keluar tanda nak bersalin, mana nak cari hospital, nak sediakan beg baby lagi. Risau ya Mama. Sebaiknya, trimester kedua adalah fasa paling tepat untuk healing dan feeling gitu!

Selain itu, rancang juga perjalanan yang menyediakan kemudahan seperti lif, facilities lengkap dan mesra untuk ibu hamil.

#Barang Keperluan Wajib Dibawa

Sewaktu pergi holiday, jangan lupa untuk bawa beberapa barang bersama-sama. Antaranya:

#Senarai Tempat Menarik & Sesuai Untuk Babymoon

Jika anda berdua teringin untuk pergi babymoon tetapi tiada idea tempat menarik mana untuk dituju, mari baca dan pilih salah satu senarai aktiviti babymoon yang Mama Siti cadangkan di bawah:

1. Pantai

Di Malaysia terdapat banyak pantai yang Mama boleh pilih. Beza yerr, pantai dan pulau. Sebaiknya jangan staycation di pulau kerana Mama perlu naik bot, redah ombak. Ini sangat berisiko untuk tubuh hamil Mama.

Kalau pantai ia tentu menjanjikan pengalaman romantis menarik. Boleh mandi dan jalan-jalan di persisir pantai sambil tengok sunset.

Beriadah di pantai juga adalah aktiviti sihat ya Mama sebab ketika ini, kita menikmati alam, mengambil tenaga daripada alam yang mana kesemua ini sangat untuk rohani dan jasmani seseorang. Berikut adalah senarai pantai yang best dan romantik:

2. Tempat peranginan

Tempat peranginan mendamaikan pastinya memberikan suasana romantis dan tenang ketika babymoon anda. Namun awas, elakkan pergi ke tempat yang perlu mendaki bukit-bukau atau anak tangga yang banyak. Ia membahayakan keselamatan Mama.

Contoh tempat peranginan sesuai adalah Bukit Tinggi ataupun Genting Highland. Mungkin ada Mama yang nak cuba macam-macam game sebelum bersalin kan.

3. Resort atau villa

Ni paling best untuk babymoon sebab suasana tenang dan dikekelilingi nature jerr kan Mama. Banyak private resort dan villa di negara kita, cumanya harga agak keras sedikit lah kan.

Tapi sesuailah dengan tema babymoon mestilah nak staycation terbaik dan menenangkan jiwa. Jauh dari kesibukan kereta, hal-hal kerja. Inilah masanya untuk Mama dan Papa nikmati saat romantis anda berdua.

Menjelang kehamilan sememangnya membawa sedikit tekanan dan ramai Mama yang sibuk dengan hal di rumah. Justeru, babymoon akan membolehkan Mama dan pasangan berehat daripada tekanan kehidupan seharian. Happy babymoon!


Untuk mendapatkan lagi pelbagai tips ketika hamil, Mama dan Papa boleh klik di SINI!