Baby wipes atau Tisu basah merupakan salah satu alat pembersih pilihan ibu masa kini, karena sangat praktis untuk membersihkan bahagian tubuh bayi yang kotor seperti membersihkan punggung bayi setelah buang air besar. Kadangkala membersihkan dengan tisu basah saja dianggap sudah cukup dan memadai, terutama ketika dalam perjalanan jauh dan tidak ada air. Andai sekiranya ingin juga menggunakan tisu pembersih dek kerana ketergesaan masa, wet tissue boleh dijadikan pilihan kerana kandungan alkohol yang terdapat didalamnya akan bertindak sebagai antiseptik. Bahan kimia lain yang terdapat di dalamnya juga tidak akan mengganggu sistem imun badan.
Tisu Basah Bayi Mempunyai Bahan Kimia?
Ya! Tisu basah memiliki kandungan bahan kimia. Jika anak anda mempunyai kulit yang sensitive maka tidak mustahil penggunaan tisu basah akan menyebabkan alergi pada kulit, seperti ruam dan gatal-gatal, akibat kandungan bahan pengawet MI (Methylisothiazolinone). Selain MI, tisu basah juga mengandung alkohol, parfum sintetis, dan beberapa bahan lain yang menghasilkan bau-bauan yang pelbagai seperti yang terdapat di dalam sabun mandi dan juga syampu.
Antara Bahan Kimia Lain Yang Terkandung Pada Tisu Basah:
- Alkohol
Kesannya akan mengakibatkan kulit kering dan ruam.
- Phthalates
Merupakan pewangi yang selalunya terkandung dalam tisu basah, sabun badan, syampu dan wangian lain. Ia sangat berbahaya jika bayi anda memasukkannya ke dalam mulut dan boleh menyebabkan kanser dan penyakit kulit lain.
Tisu Basah Penyebab Kencing Kotor?
Kebersihan bayi terutama kawasan kemaluan amat penting. Kegagalan menjaga kebersihan inilah menjadi punca utama kepada risiko kencing kotor, bukannnya semata-mata penggunaan tisu basah. Malah jika menggunakan tisu muka, tuala good morning, atau seumpamanya juga mempunyai risiko jangkitan kuman ke dalam saluran kencing bayi. Hatta, menggunakan air pun masih berisko untuk dijangkiti kuman. Cumanya asas utama untuk mengelakkan jangkitan kuman adalah menjaga kebersihan. Basuhan kekotoran menggunakan air mutlak adalah lebih baik, serta dilakukan dalam sela masa yang tertentu. Sesetengah kajian mengesyorkan penukaran lampin buang bayi setiap 4 jam (tetapi ia bukan ketetapan yang wajib). Elakkan teknik sapu ketika membersih najis bermula dari dubur ke kubul. Ini kerana kebanyakan kuman yang terdapat di bahagian dubur akan tercemar ke bahagian qubul. Risiko jangkitan kuman terjadi.
Walau bagaimanapun, penggunaan tisu basah bukanlah satu kesalahan yang berat, kini terdapat banyak produk tisu basah di pasaran yang masih menitik beratkan kesihatan kulit bayi seperti bebas alcohol dan sebagainya. Anda perlu bijak memilih dan tahu cara penggunaannya. Tepuk dada tanyalah selera!