Sebenarnya Mama, memilih ayam segar merupakan perkara yang sangat penting bagi memastikan kualiti dan keselamatan makanan yang kita konsumsi adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat.
Pemilihan ayam fresh sebenarnya dapat menjamin bahawa ia tidak terdedah kepada proses pengawetan yang berpotensi merosakkan nutrisi dan rasa daging tersebut.
Selain itu Mama, ayam fresh juga dapat meminimumkan risiko jangkitan bakteria dan penyakit yang mungkin terdapat pada ayam yang tidak segar.
Jadi, Mama Siti sarankan kepada semua Mama untuk memilih ayam fresh, di mana dengan pilihan tersebut kita dapat menikmati hidangan yang lebih berkualiti, selamat, dan menyumbang kepada kesihatan dan kepuasan makanan kita sekeluarga.
Oleh sebab hal ini penting, Mama Siti nak kongsikan beberapa tips yang Mama semua boleh gunakan untuk memilih ayam fresh di pasaran. Jom lihat beberapa list yang Mama Siti telah kongsikan di bawah ini!
Tips Cara Pilih Ayam Segar
Berikut adalah 10 cara memilih ayam proses segar sama ada dibeli di pasaraya, kedai ayam segar atau pembekal ayam iaitu:
#1. Warna Isi Ayam
Pilih yang mempunyai isi berwarna merah jambu segar. Elakkan dari memilih yang berwarna sedikit kelabu atau kekuningan kerana ini menunjukkan bahawa ayam tersebut tidak fresh dan sudah lama.
#2. Bau Ayam Proses Segar Berbeza dengan yang Lama
Pastikan untuk bau ayam sebelum membelinya. Ayam yang fresh harusnya tidak berbau hanyir atau busuk. Jika ayam yang telah dipotong-potong, bau darahnya akan berbau fresh itu bermakna ayam tersebut masih baru dan segar.
Bau yang hanyir dan kuat akan menarik perhatian lalat dan itu bermakna ayam tersebut adalah ayam lama yang tidak fresh.
#3. Tekan Isi Ayam
Bagi memastikan ayam yang dipilih adalah fresh pastikan Mama menekan isinya terlebih dahulu. Tekan perlahan isi tersebut, jika ia memantul semula ini bermakna ayam tersebut adalah ayam fresh kerana isinya anjal dan pejal.
Jika lembik isi ayam tersebut akan tenggelam apabila ditekan. Ini bermakna ayam tersebut sudah lama.
#4. Lihat Tarikh Luput atau Tarikh “Baik Sebelum”
Jika Mama ingin membeli ayam yang telah siap dibungkus pastikan untuk memeriksa terlebih dahulu tarikh luput atau tarikh “Baik Sebelum”.
Ini untuk mengelakkan dari terbeli ayam yang sudah tidak boleh dimakan serta memastikan Mama aware tentang tarikh tersebut.
#5. Beli yang Baru Sembelih di Kedai Ayam Segar/Pembekal Ayam Segar
Jika Mama ingin lebih mudah untuk memastikan kesegaran ayam yang dibeli, beli ayam fresh yang masih hidup di kedai ayam segar atau pembekal ayam dan minta peniaga Islam sembelih dan lakukan proses pembersihan untuk Mama atau disembelih sendiri.
Ayam proses segar yang baru disembelih atau diperoleh dari pembekal ayam pastinya lebih fresh berbanding dengan yang telah difrozenkan.
#6. Darah Pada Tulang Ayam
Selain itu, pastikan Mama memeriksa darah ayam pada tulang ayam yang dijual. Untuk pengetahuan Mama, jika ia masih baru disembelih atau ayam proses segar tidak akan mengeluarkan darah yang banyak.
Manakala ayam yang telah lama disembelih dan telah dibekukan serta dinyahbekukan beberapa kali akan mempunyai darah banyak darah cair pada tulang ayam.
#7. Cara Bezakan Ayam Segar Melalui Tongkeng
Warna tongkeng ayam mempunyai maksudnya yang tertentu. Tongkeng ayam yang berwarna putih bermaksud ayam tersebut telah diproses selepas ia mati, warna merah bermakna ayam tersebut diproses sebelum ia mati, manakala warna lebam kebiruan bermaksud ayam tersebut mati terlebih dahulu sebelum disembelih.
Dengan kata lain ayam tersebut telah menjadi bangkai dan pastikan Mama tidak tersalah beli ya!
#8. Simpan Ayam Fresh Sejurus Selepas Dibeli
Bagi mengekalkan kesegaran ayam fresh yang dibeli, pastikan Mama menyimpan ayam tersebut selepas sampai ke rumah.
Semasa membeli belah, pastikan Mama membeli barang keperluan kering terlebih dahulu, selepas selesai barulah Mama beli ayam.
Ini untuk mengelakkan dari risiko pembiakan bakteria salmonella yang boleh memudaratkan kesihatan kita.
#9. Beli pada waktu pagi di kedai ayam segar
Cara yang seterusnya adalah dengan cara membeli ayam di waktu pagi. Ini kerana, peniaga akan mula menjual ayam seawal pagi selepas pasar dibuka.
Semestinya pada waktu ini ia masih lagi fresh. Nak lagi puas hati, Mama boleh terus dapatkannya dari pembekal ayam.
#10. Cara Bezakan Ayam Fresh atau Tak Melalui Kepak Ayam
Cara yang terakhir yang boleh dicuba oleh Mama untuk memilih ayam proses segar semasa membeli ayam ialah dengan cara melihat kepak ayam.
Jika kepaknya kembali ke posisi asal selepas ditarik ini bermakna ayam tersebut adalah ayam fresh. Tetapi jika kepak ayam tersebut jatuh ke bekakang ini bermakna ayam tersebut adalah ayam yang lama.
Diharapkan dengan adanya panduan ini, Mama semua menjadi lebih arif dalam membuat pilihan untuk kesihatan keluarga tersayang.
Dapatkan pelbagai lagi tips mengenai pemakanan dan lain-lain lagi di SINI!