KelabMama

Menu Sahur Penambat Selera Anak-anak: Resepi Ayam Goreng Kunyit

Menu sahur ayam goreng kunyit biasanya menjadi kegemaran sekeluarga, termasuk anak-anak kecil. Menu yang paling mudah dimasak terutamanya seawal waktu pagi. Lauk ini merupakan lauk satu jenis yang lengkap dengan sayur-sayuran bernutrisi. Sedap sangat dimakan bersama nasi panas-panas, sedikit sambal belacan bersama kicap manis. Itu pun dah cukup!

Resepi Ayam Goreng Kunyit

Bahan-bahan Asas

Bahan-bahan Perapan Ayam

Cara-cara Memasak Ayam Goreng Kunyit

  1. Perapkan isi ayam bahagian dada dengan bahan perapan di atas. Sambil itu, Mama boleh panaskan minyak dan boleh mula menggoreng ayam. Ikutlah suka garing banyak mana ya, Mama. Jika Mama suka yang lembut dan juicy, goreng sekejap sahaja ayam tersebut.
Kredit gambar: Saya Iday

2. Keluarkan sedikit minyak daripada kuali dan tinggalkan anggaran jumlah yang sesuai untuk menumis sedikit bawang dan cili hingga layu. Masukkan semula ayam, lobak merah, dan kacang buncis. Gaul rata dan sesuaikan rasa sekejap sahaja.

Kredit gambar: Saya Iday

Resepi oleh: Namaku Cella

Satu tips untuk Mama…

Selain itu, mama boleh tambahkan sayur cauliflower dan baby corn untuk menambah variasi warna sayur, dan juga sebagai serat tambahan. Ketika berpuasa, biasanya anak-anak akan ada masalah sembelit. Jadi, dengan pengambilan sayur yang cukup akan memudahkan sistem penghadaman untuk berfungsi secara optimum. Jika ada lebihan sup daripada menu berbuka, bolehlah dijadikan side dish untuk dimakan bersama nasi.

Penting untuk di bulan Ramadan ini kita cuba pastikan pemakanan anak-anak tetap kekal seimbang supaya nutrisi baik mencukupi bagi memberikan tenaga kepada minda dan badan, serta membantu proses kesembuhan badan. Kan puasa itu menyihatkan, Mama.

Selamat bersahur bersama anak-anak!