Hari raya ni pasti ramai yang nak dukung dan gomol anak kecil tanpa mereka sedar bahaya menanti si kecil. Terutamanya kalau orang tu tak sihat atau demam. Alahai janganlah sebarkan kuman kalian tu pada si kecil yang antibodinya masih tak kuat!
“Kalau tak nak bagi orang pegang anak baik tak payah bawa anak. Sorok je kat rumah”
“Nak pegang anak pun kedekut.”
Biarlah orang nak cakap apa. Nak kata kita kedekut anak asalkan anak kita sihat dan bebas dari sebarang penyakit. Bila anak dah sakit nanti kita juga yang kena hadap bukan mereka-mereka yang dah seronok gomol peluk cium anak kita. Semoga kisah yang dikongsi ni bakal membuka mata mama papa dan orang luar juga supaya jangan pandang ringan benda ni ye.
Obses buat kenduri
Ingat ye semua para ibu dan bapa.. Memandangkan hari raya bakal menjelang tibe, Biarlah Nia berkongsi sebuah cerita yg menjadi pengajaran buat kalian.. Nia dah dpt pengajaran daripada kekhilafan Nia sendiri.. ? Bukan nak menakut2kan korg semua but I get my lesson… Ok straight to point…Benda ni dah setahun berlalu, ianya berlaku a year past ago.. Nia jenis obses nak buat kenduri, nak share kegembiraan dgn ramai kenalan smpai Nia lansung xambil kisah kisah2 yg pernah orglain share di Fb..Pernah x korg dengar pasal ‘Jgn Bagi Anak Dicium oleh orglain sb tak pasti tahap kebersihan org berkenaan? Dan merbahaya utk anak korg?’Sebenarnya bunyi macam mngarut tapi Sebenarnya bnde ni mmg benar…
Batuk hingga muntah darah
Sebab tahun lepas Nia buat majlis Aqiqah Lawa dan Hari Jadi Qhansa dlm bulan 5 tahun 2018 tiba2 Lawa batuk tak berhenti2 dan mcm sesak nafas. Suhu badan naik mendadak, Nia ingat tak de pape yg serius hingga la malam tu Lawa batuk hingga muntah keluar darah… Darah!!!! Darah!!!! Darah!!!Bukan sikit2 tau… (rujuk gmbar)
Muka kebiruan
Kami suami isteri mse tu panik sgt2 bwk Lawa ke Muar, klinik dimana Lawa dilahirkan (swasta) Doktor nak tahan ward tapi Nia tolak sb bayaran agak tinggi dan kami xamek insurans utk anak pon mse tu.. Doktor bekal kan ubat dan dibenarkan pulang.. Pastu smpai je di rumah.. Lawa sesak nafas lagi. Kali ni mukanye berubah kebiruan akibat sesak nafas,batuk xberhenti masa ni.. Suami Nia mmg jenis pants, dia terus bwk kami ke Kecemasan Hospital Besar Melaka.. Masa smpai Doktor memeriksa anak kami dan membenarkan kami pulang kerana kata nya tiada ape2 yg serius, sebab mse checkup Lawa dah xbatuk dan nyenyak tidur.
Lagi sekali diserang sesak nafas
Sejurus kami keluar drpd pintu kecemasan,Lawa terjaga dan sekali lagi diserang sesak nafas, kali ni die batuk dan darah keluar banyak Sgt, sambil berlari masuk semula ke ruang kecemasan, terus ke Zon Merah sb mmg dah teruk Sgt mse ni.. hingga penuh darah atas katil cadar hospital. Nia mmg panik Sgt, sehingga terkeluar bahasa yg agak kasar buat doktor2 di Zon merah.Mmg Nia dah xtentu arah.. Darah keluar mcm air.. Anak sesak nafas.. Mujur doktor2 itu fhm yg Nia panik mse tu, dengan pantas dorg amek Lawa dan beri bantuan pernafasan.. Nia dah hampir pitam masa ni?????Dan ada beberapa doktor muda mendekati Nia mse tu “Puan jgn panik, kami sedaya upaya bantu.
Anak dikerumuni orang ramai
Puan tenang dan cerita kan.. Anak puan ada jatuh ke? Ada apa2 puan nak kongsi ke dengan kami?” Nia cume bgtau tak de pape terjadi hingga la mereka bertanya ada ke anak ini didekati oleh org2 yg merokok? Atau demam? Atau kurang bersih?
Terus automatic Nia teringat, Nia buat majlis Aqiqah… Lawa dikerumuni oleh ramai org.. So mmg tak pasti ada yg demam, selsema, perokok atau sape2 je la.. ? Mmg Khilaf Nia.. Mmg Nia akui… Salah Nia.. Biarkan ramai org dukung Lawa, cium Lawa.. Nia taknak org kata Nia kedekut anak.. Taknak org cop Nia ni Acah2 ibu yg bagus smpai xnak lansung bagi org sentuh anak..
Trauma di bahagian tekak
Dan selepas semua prosedur kecemasan dilakukan.. Alhamdulillah tiada ape yg kritikal dan Lawa mngalami trauma di bhgian tekak dia sb mungkin drpd sakit tekak yg teruk (mungkin sb dia selsema, batuk yg teruk dan bau asap rokok atau bau rokok yg melekat di baju si perokok yg mnyentuh atau mencium dia) dan kemungkinan juga makanan yg disuap ke dalam mulut Lawa yg dia xboleh makan..
Dua minggu dalam wad
Lawa ditahan wad lebih kurang 2minggu…bukan jangka masa yg pendek ye? Sepanjang 2minggu ni la, para doktor brainwash Nia… Jangan fikir ape org nak ckp pasal kita, anak tu anak kita.. Amanah Allah buat kita, jadi keutamaan kita utk memastikan anak kita selamat.. Biarlah org nak kata kedekut ke ape..Jangan sesuka hati benarkan org sentuh anak kita.. Lantak la org nak judge ape… ANAK KITA, HAK KITA!!!!
Serik
Setiap anak berbeza. Even Qhansa pon die xsama mcm adik die.. Lawa sgt2 sensitif.. Smpai hari ni Nia xboleh lupe peristiwa ni dan Ape2 yg berlaku pada anak2 Nia, mmg Nia xkan ambil ringan..nia mmg serik sgt2..
Saya seorg Ibu yg paranoid..ingt ye semua.. Raya ni xpayah peluk cium anak Nia kalo korg demam, selsema atau baru pas merokok.. Xpayah suap pape makanan dlm mulut anak saya.. Sb saya ibu nya.. Anak saya sakit bukan korg yg tanggung risiko.. Nia Harap benda ni jelas ye??
BACA JUGA 7 PERKARA ORANG LUAR DITEGAH LAKUKAN PADA BAYI/KANAK-KANAK RAYA INI
Sumber : Nia Bridal House Nbh
Pesan Mama Siti
Ini Mama Siti setuju sangat! Mama Siti harap kisah ni dapat buka mata semua orang supaya tak terlampau over sangat bila dapat dukung anak orang. Dukung tu berpada-pada. Tak perlu rasanya nak gomol ciom sesuka hati. Mama Siti faham geram tengok comel sangat tapi fikirlah kesannya nanti. Please be alert ye mama yang ada anak kecil ni. Jangan bermurah hati sangat bagi orang ramai gomol ciom anak. Nanti mama juga yang susah.