KelabMama

Atasi Bengkak Susu Menjadi Lebih Mudah Dengan Hanya Satu Barang Dapur Ini

HAH? Guna kobis boleh atasi bengkak susu? Biar betul? Bengkak susu merupakan satu kesakitan yang sering dialami ibu-ibu yang menyusu. Bengkak susu ni sebenarnya amatlah sakit dan terdapat pelbagai cara untuk mengurangkan kesakitan yang dialami. Antara cara terbaik untuk atasi sakit bengkak susu ialah dengan menggunakan kobis. Ye, kobis! Teruskan pembacaan untuk maklumat lanjut.

Bengkak susu boleh terjadi bila bayi tidak menyusu dengan kerap, dan payudara ibu tidak dikosongkan dengan sempurna. Bengkak susu biasanya akan terjadi bermula hari kedua atau ketiga selepas melahirkan anak.

Nak tahu tak macam mana nak kenal pasti bila ibu-ibu dah menyusu dengan sempurna? Bila setiap kali lepas menyusukan anak, payudara akan terasa lembik dan kosong.

3 Punca Bengkak Susu

 >> Lambat Menyusukan Anak Lepas Bersalin

The first golden hour ni Mama Siti rasa mesti ibu-ibu biasa dengar kan? Ini macam first rule untuk elakkan bengkak susu dari terjadi.

Apa itu The First Golden Hour in Breastfeeding? Ia adalah jam pertama (first one hour) kehidupan bayi selepas bayi kita dilahirkan ke dunia.

Semakin cepat ibu membenarkan bayi mula menyusu, semakin kurang risiko bengkak susu, dan semakin rendah risiko susu lambat keluar atau susu sikit.

Makin lambat ibu memulakan penyusuan, bayi akan jadi cranky dan mudah “merajuk” semasa menyusu, sebab tu bayi ni lambat menyedut susu, sehingga terjadi bengkak susu.

>> Mulut Bayi Di Posisi Yang Salah

Cara yang betul untuk mulut bayi melekap pada payudara ialah, mulut bayi perlu terbuka luas dan sebahagian besar dari bahagian hitam payudara/areola, masuk memenuhi mulut bayi.

Bila mulut bayi tak terletak di posisi yang betul, maka susu tak dapat disedut dengan betul, jadi bayi akan tak akan menjadi kenyang dan payudara ibu takkan kosong.

>> Kurang Sesi Penyusuan

Ini sangat penting, semakin kurang kita menyusu bayi, semakin banyak susu akan berkumpul dalam payudara, ini bukan sesuatu yang baik.

Selain dari menjadi punca kenapa payudara bengkak, ini juga adalah sebab utama kenapa susu ibu menjadi kering.

Jom Atasi Bengkak Susu Dengan Kobis!

Satu kajian telah dijalankan di Korea. Mereka membandingkan kesan penggunaan kobis, penjagaan payudara awal dan penjagaan penyusuan am.

Kajian itu dilakukan untuk mengatasi masalah sakit payudara dan payudara bengkak pada wanita yang bersalin secara caesarean.

Cadangan penggunaan kobis:

p/s: Negara-negara maju seperti Kanada, Australia dan Amerika Syarikat telah menggunakan kobis sebagai rawatan payudara bengkak yang jimat serta tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan.

Apa lagi ibu di luar sana tu? Lepas ni dah tahu la kan kaedah nak surutkan bengkak susu? Kalau nak tahu lagi banyak info berkenaan ibu dan bayi, jangan berlengah untuk baca artikel seterusnya di KelabMama!

Sumber: bidadari

BACA JUGA MAMA KENA FAHAM KONSEP SUSU MENCUKUPI, BUKAN SUSU YANG BANYAK

Pesan Mama Siti:

Selain dari kobis, mama juga boleh kurangkan masalah bengkak susu ni dengan berurut atau tuam saja dengan ais. Tapi Mama Siti sarankan penggunaan kobis ni kerana ia bukan saja mudah dan jimat. Malah dikenalpasti tak mempunyai sebarang kesan sampingan.Jadi mama tak perlu risau sangat. Semoga informasi yang Mama Siti kongsikan ni bermanfaat buat mama.

SOALAN LAZIM

  1. Cara-cara lain untuk mengatasi bengkak susu.

    -Tuam sejuk dan panas di sekitar payudara.
    -Urut disekitar Areola.
    -Perah susu lebihan yand tidak diminum bayi. “Breastpump”.
    -Vitamin C juga membantu.
    -Kerap memberi susu pada bayi.

  2. Nama Saintifik Bengkak susu.

    Mastitis.

  3. Ciri-ciri bengkak susu.

    -merah
    -keras
    -sakit
    -panas
    -bengkak
    -seram sejuk
    -sakit kepala
    -suhu badan melebihi 38.5 darjah C
    -keletihan. 

  4. Sebab lain berlakunya bengkak susu.

    -Pembengkakan yang tidak kembali kepada normal
    -menyusu mengikut rutin yang ketat
    -kecederaan pada payudara.