KelabMama

Cara Mengatasi Anak Kuat Merengek

Menghadapi anak kecil yang suka merengek, ibu bapa harus mempunyai kesabaran yang tinggi karena ia mudah sekali menangis. Tingkah laku ini berhubung rapat dengan temperamen anak.  Temperamen menurut kamus dewan bahasa bermaksud sifat batin yang mempengaruhi kelakuan seseorang (seperti periang, pemarah, dan lain-lain). Umumnya temperament anak dibahagi kepada tiga:

Untuk mengetahui temperamen anak kita, ibu  bapa perlu melihat ciri-ciri mudah, sukar, dan lambat ini semenjak anak masih bayi. Anak yang tergolong dalam kumpulan pertama sangat mudah menyesuaikan diri dalam situasi yang baru. Sebaliknya anak yang tergolong dalam kumpulan kedua sukar menyesuaikan diri dengan menunjukkan reaksi yang negatif bila diletakkan dalam situasi yang baru. Anak yang tergolong dalam kumpulan ketiga pula lambat serta memerlukan masa tertentu untuk menyesuaikan diri. Secara umumnya anak-anak yang selalu merengek adalah anak-anak yang mempunyai temperament sukar dan lambat.

 

FAKTOR PENYEBAB DAN CARA-CARA MELAYANI ANAK-ANAK YANG SUKA MERENGEK

 

  1. KEADAAN FIZIKAL ANAK

Anak yang mengantuk, kepanasan, kedinginan, kelaparan, kehausan dan tidak sihat umumnya suka merengek.

Sikap Ibu bapa:

Perlu peka terhadap keadaan fizikal anak dan cari punca kenapa anak merengek dan selesaikan permasalahan itu. Umumnya dalam keadaan ini, anak akan kembali ceria jika keperluan fizikalnya sudah dilayani

 

  1. MENCARI PERHATIAN

Kadang-kadang anak inginkan perhatian. Ini sering berlaku kerana ibu bapa biasanya memberikan perhatian kepada anak hanya bila dia merengek sedangkan tidak ketika anak berkelakuan baik. Akibatnya, si anak “belajar” bahwa keinginannya(perhatian) hanya akan dipenuhi sekiranya dia merengek.

Sikap Ibu Bapa:

 

  1. INGIN MENUNJUKKAN KEKUATANNYA

Anak kecil memiliki kecenderungan untuk menolak atau membantah terhadap ibu bapa. Anak-anak ingin menunjukkan bahwa dirinya pun mempunyai keinginan atau pendapat. Oleh itu, ibu bapa tidak perlu risau sekiranya dalam banyak perkara anak kecil kerap menolak dan lebih menyenangi pilihannya sendiri. Bila keinginannya tidak terpenuhi, ia akan menyebabkan anak merengek. Apalagi ramai ibu bapa yang bersikap memaksakan anak mengikut kehendak mereka karena merasakan ibu bapalah yang paling berkuasa.

Sikap Ibu bapa:

Jangan memaksa anak mengikut keinginan kita. Cubalah secara diplomasi seperti memberi pilihan kepada anak asalkan matlamat asal kita tercapai. Melalui cara ini, kita sebenarnya mendidik anak untuk membuat keputusan sehingga dapat memupuk rasa keyakinan diri pula. Contohnya, bila anak menolak untuk dimandikan, berilah pilihan, “Nina nak mandi dengan air panas atau air sejuk?” Melalui cara ini, tujuan untuk memandikan anak dapat dicapai dan anak pula boleh membuat keputusan dari dua pilihan itu sehingga tidak terasa seperti dipaksa oleh ibu bapanya Sedikit sebanyak anak merasakan bahawa dia berkuasa ke atas dirinya sendiri.

 

  1. TERLUKA PERASAANNYA

Biasanya ini terjadi bila anak dimarahi. Ini juga akan membuatkan anak merengek dan mungkin tanpa sedar mengucapkan kata-kata yang menyakitkan, seperti, “Nina benci pada ibu.” Ungkapan itu sesungguhnya hanya untuk menunjukkan rasa sedihnya. Namun, bila mendengar ucapan itu ramai ibu bapa menjadi semakin marah.

Sikap Ibu bapa:

Ibu bapa harus bersabar. Peluklah anak sambil menenangkannya seperti, “Ibu sayang pada Nina. Nina jangan menangis lagi ye..” Dengan pelukan dan ucapan yang menenangkan itu akan membuat anak merasa tenang dan merasa dirinya dilindungi.

 

  1. TIDAK MAMPU MELAKUKAN SESUATU

Ibu bapa tanpa sedar sering meminta dan mengharapkan anaknya melakukan sesuatu seperti orang dewasa. Ketika makan, misalnya, tanpa sedar ibu bapa meminta atau mengharapkan anak makan dengan cepat dan tidak menumpahkan makanan, padahal anak kecil belum mampu melakukannya. Ini pun boleh menyebabkan anak-anak merengek.

Sikap Ibu bapa:

Jangan memaksa anak melakukan sesuatu yang memang belum mampu dilakukannya. Sentiasa berikan penghargaan walaupun kejayaan yang dicapai sangat kecil untuk mendorong semangatnya sekaligus membangun rasa keyakinan diri. Contoh, “Wah, Nina suka makan sayur ya…tinggal sedikit lagi tu.. cuba habiskan..” Penghargaan itu diberikan ketika anak mampu melakukan sesuatu yang positif.

 

CARA ATASI ANAK KUAT MERENGEK

Ibu bapa seharusnya tidak mudah berputus asa bila melihat anak misalnya mempunyai temperamen slow to warm up, yang memerlukan masa yang panjang untuk menyesuaikan diri. Berfikirlah secara positif bahwa kita dapat membentuknya menjadi anak yang baik. Dengan keyakinan ini, terbentuklah hubungan yang baik antara ibubapa dan anak.

Cara ibu bapa berinteraksi dengan anak dapat mempengaruhi sikapnya. Misalnya, si anak yang memiliki kecenderungan untuk merengek menjadi semakin teruk jika dia memahami bahawa rengetannya itu dapat dijadikan sebagai senjata bagi dirinya. Apalagi bila ibu bapa selalu memenuhi atau mengalah pada rengekannya. Namun bila ibu bapa bersikap tegas dan tidak mudah mengalah, lama kelamaan rengetan itu akan berkurangan.

Pemberian label kepada anak akan menyebab anak menjadi tidak yakin kepada dirinya sendiri. Bahkan lambat laun ia menjadi anak seperti yang dilabelkan selama ini. Umpama, diberi label “kaki merengek”, dan dipanggil dengan gelaran itu setiap hari, maka sikapnya yang suka merengek akan berterusan.

Untuk membangunkan sikap positif anak, selalulah memerhati tingkah lakunya yang baik dan berikan penghargaan. Jangan hanya memberikan perhatian ketika anak berkelakuan buruk. Contoh, “Wah, hari ini Nina tidak merengek langsung. Ibu suka hati bila Nini berkelakuan begini. Ini dapat menanamkan rasa keyakinan diri pada anak.

Setiap anak memiliki kelebihan dan kekurangan. Tugas ibu bapa adalah memaksimakan kelebihan setiap anak dan meminimakan kekurangannya. Ini dapat menanamkan rasa percaya si kecil bahwa dirinya memang memiliki keistimewaan sama seperti teman-temannya yang lain.

 

 

 

Sumber: Ibubapacemerlang.blogspot