KelabMama

Jadikan Movie Night Bersama Keluarga Kenangan Terindah di Tahun 2020

Perkembangan kes COVID-19 agak membimbangkan sehari dua ini. Mungkin ada baiknya kita mengambil saranan Datuk Dr Noor Hisham yang menggalakkan kita berada di rumah daripada keluar ke tempat awam. Kita kena sama-sama jaga kita.

Mama Siti faham, mungkin ramai mama di luar sana yang sudah hilang akal hendak menenangkan anak-anak bila mereka kerap bertanya “Bila Covid nak habis, Ma?”, “Bila kita boleh tengok wayang duduk dekat-dekat macam dulu?”.

Ha! Apa kata kalau mama cuba bawakan wayang ke rumah mama untuk menggembirakan hati anak-anak, dan sekaligus memberi ketenangan pada jiwa mama?

Ikuti tips dibawah bagaimana Mama boleh mendapatkan pengalaman dan memori indah menonton movie bersama-sama keluarga di rumah.

Idea Movie Nights Yang Best dan Seronok

#1 Bincang Movie Yang Hendak Ditonton Bersama

Rancang jadual movie yang hendak ditonton bersama-sama supaya semua dapat menonton cerita kegemaran masing-masing. Ini juga membantu anak-anak untuk mengenali dan menerima minat berbeza antara mereka. 

# 2 Beri Tema Untuk Movie Night

Sediakan tema yang menarik menurut cerita yang bakal ditonton. Ajak anak-anak untuk berhias dan mengenakan pakaian mengikut tema dan bersiap sebelum bermulanya sesi tontonan. Hiasi ruang TV mengikut tema yang dipilih untuk memeriahkan lagi mood movie night. Pemenang pakaian berhias terbaik boleh memilih cerita kegemarannya sebagai cerita bonus di tengah minggu. 

#3 Sediakan Meja Pencuci Mulut Dan Snack Bar

Jadikan pengalaman menonton di ruang legar rumah Mama satu pengalaman yang tidak akan dilupakan anak-anak. Tidak seperti di panggung wayang, menonton wayang di rumah bersama keluarga lebih santai dan seronok, tambahan lagi jika ada jajan dan pencuci mulut yang lazat sepanjang tontonan cerita. Lagi best kalau Mama sediakan ruangan khas dengan khemah dan hamparan selesa untuk anak-anak.  

#4  Menonton Bersama Saudara-mara Yang Lain

Khas untuk mereka yang mempunyai adik-beradik atau saudara-mara yang tinggal berhampiran rumah, Mama juga boleh menjemput mereka untuk movie night bersama-sama.

Anak-anak juga pasti lebih gembira dengan kehadiran sepupu mereka. Tetapi ingat, jangan terlalu ramai ya. Dalam keadaan sekarang, adalah lebih baik untuk tidak berkumpul beramai-ramai di satu tempat. Satu atau dua keluarga kecil sahaja sudah mencukupi.

#5 Anjurkan Movie Night Challenge dari Astro Best Yang Penuh Bermanfaat

Syarikat Dreamworks tidak asing lagi dalam dunia filem dan telah menghasilkan banyak filem-filem animasi yang hebat-hebat. Antaranya termasuklah Trolls, Shrek, Kungfu Panda, Baby Boss dan banyak lagi. 

Tahun ini, Dreamworks meraikan ulangtahun mereka yang ke-25 di dalam industri perfileman ini. Sempena 25 tahun Dreamworks, Astro Best menawarkan pilihan cerita-cerita terkini dan terhebat dari Dreamworks untuk tontonan Mama dan keluarga.

Mama tak perlu risau atas pilihan cerita-cerita yang hendak ditonton bersama anak-anak untuk movie night seisi keluarga. Mama Siti cadangkan Mama pilih sahaja senarai tayangan yang tersedia di Astro Best. Sambil relax menonton movie, terdapat banyak perkongsian menarik dan berfaedah yang boleh Mama ambil dari cerita-cerita Astro Best. Antaranya:

Jadi apa kata Mama cadangkan Movie Night Challenge dengan menyediakan soalan-soalan kuiz berkaitan cerita yang bakal ditonton. Galakkan anak-anak membuat kajian latarbelakang cerita yang bakal ditonton. Nak seronok lagi, buat movie marathon setiap hujung minggu untuk bersantai dan cuba menghabiskan cerita Dreamworks yang ada sepanjang bulan ini. 

5a) Menambah Pengetahuan & Mengeratkan Hubungan Sambil Berhibur

Semasa memilih cerita dan juga semasa menonton cerita tersebut, Mama boleh menggalakkan anak-anak untuk membaca info dan berkongsi pendapat berkenaan maklumat yang diperoleh. Mungkin ada perkataan baru yang akan dipelajari dari pembacaan mereka. 

Mama juga boleh kongsikan beberapa info menarik yang berkaitan dengan cerita yang ditonton untuk menambah pengetahuan anak-anak, disamping mengeratkan hubungan bersama mereka.

5b) Ambil Iktibar Dari Cerita Yang Ditonton

Tidak semua hiburan itu mengasyikkan dan melalaikan. Cerita-cerita animasi dari Dreamworks banyak memaparkan hiburan dan pengajaran yang boleh diambil iktibar. Contohnya, cerita Baby Boss menunjukkan duit bukanlah segalanya dalam kehidupan.

Troll pula mengajar tentang perlunya kita sentiasa bekerjasama dan hidup dengan gembira. Manakala, Shrek mendidik anak-anak untuk lebih prihatin dan tidak menilai seseorang hanya dari segi luaran. Mama kongsikanlah iktibar yang boleh diambil di setiap hujung cerita yang ditonton. 

5c) Mudah Dan Murah

Tanpa memikirkan harga tiket dan harga tempat letak kereta yang perlu dikeluarkan serta belanja sampingan yang lain seperti makan di restoran, mama dapat berjimat dengan menonton tayangan di Astro Best. Malah, cerita-cerita yang ditawarkan di Astro Best serendah RM10 sahaja!

Lebih menarik adalah ketika promosi Dreamworks di Astro Best saluran 481 ini. Pelbagai pakej cerita yang menyeronokkan ada ditawarkan pada harga bundle dan murah! Rugi tau kalau tak tonton semua cerita yang terdapat dalam pakej-pakej tersebut.

Antara tawaran yang WAJIB mama raikan termasuklah Dreamworks 17 Movies Connection yang mengumpulkan 17 cerita terbaik Dreamworks seperti How to Train Your Dragon 1-3, Kungfu Panda 1-3, Madagascar dan banyak lagi dengan hanya cuma RM39.90 untuk tontonan selama 28 hari! Mana lagi nak dapat movie best pada harga macam ini bukan?

Ada juga pakej The Boss Baby& Series Bundle dan Trolls Movies & Series Bundle yang berharga RM19.90 setiap satu. Mama dan keluarga boleh menonton kesemua tayangan dan siri ini selama 14 hari.

Apabila Mama sudah selesai proses melanggan movie tersebut, Mama cuma perlu ke saluran 481 atau ke Store On Demand untuk PVR Box yang bersambung Wi-Fi. Paling best tentang Store On Demand adalah, dalam masa lebih kurang 5 minit, Mama sudah boleh menonton cerita yang dipilih berulangkali mengikut masa yang ditentukan.

Setelah selesai melanggan di Store On Demand, Mama boleh menonton movie tersebut melalui Astro GO dengan menggunakan tablet, telefon pintar, mahupun laptop.

Menarik bukan Astro Best ni? Berbaloi dan berfaedah untuk Mama dan seisi keluarga. Jadi, jangan stres sangat dan gembirakan hati anak-anak dengan movie night yang menyeronokkan dan santai bersama keluarga di Astro Best. Cepat, sebelum tawaran tamat!

Untuk Maklumat lanjut berkenaan pakej movie Astro Best ini, layari laman rasmi Astro Best hari ini.