KelabMama

Asid Folik Dan Apakah Kepentingannya?

Seringkali kita dengar doktor pesan agar mama semua mengambil asid folik masa mengandung, namun mama semua tahu tak apa itu asid folik dan kenapa ianya diperlukan dalam badan mama? Ha, hari ini Mama Siti nak kongsikan dengan mama semua tentang asid folik dan kelebihannya. Ready? Set. Go!

Definisi Asid Folik

Asid folik adalah sejenis Vitamin B yang terkandung dalam makanan harian kita. Asid folik atau nama lainnya Folate adalah bahan yang sangat penting dalam tubuh badan kita yang mana ia membantu dalam proses perkembangan sel-sel tubuh badan seperti rambut, kulit dan kuku.

Dalam industri pemprosesan makanan, folate ditambah bagi meningkatkan kandungan zat di dalam makanan seperti roti, bijirin dan pasta, namun ia juga wujud secara natural dalam kekacang dan sayuran hijau. Namun, kadang-kadang kandungan folate yang mama ambil dalam pemakanan seharian tak capai kuantiti yang tubuh mama perlukan, tambah-tambah lagi bila mama tengah hamil.

Kelebihan Folate dan Mengapakah Ia Diperlukan?

Bukan hanya membantu dalam pertumbuhan sel kulit, kuku dan rambut, malah juga sel darah merah dan darah putih. Jadi, pengambilan folate ini amat disarankan bagi menjamin pertumbuhan sel-sel baru dalam tubuh mama yang hamil serta menyokong kadar tumbesaran si comel di dalam rahim. Tambahan lagi, ianya juga dapat merangsang kesuburan wanita atau orang selalu cakap ‘mudah lekat’.

Selain itu, pengambilan suplemen ini juga dapat mengelakkan janin mama mengalami kecacatan kongenital otak atau tulang belakang. Kekurangan bahan ini sering dikaitkan dengan kecacatan saraf dan otak bayi di mana kemungkinan besar si manja yang bakal dilahirkan mengalami kecacatan seperti saiz kepala yang kecil atau cacat tiub neural iaitu cacat saluran otak.

Tambahan lagi, pelbagai penyakit lain lagi yang dapat dielakkan dengan pengambilan folate yang mencukupi. Antaranya adalah autisme bagi bayi, masalah gusi dan sopak. Ianya juga luas digunakan dalam mengubati radang sendi dan bibir merekah serta kemurungan.

Di samping itu, Vitamin B ini juga bermanfaat kepada golongan lelaki tau. Bagaimana? Ha sini Mama Siti ceritakan.

Selain membantu dalam meningkatkan tahap kesuburan, zat ini juga mengelakkan para lelaki daripada diserang penyakit jantung, masalah pencernaan dan juga penyakit yang melibatkan otot kardiovaskular seperti strok.

Makanan yang mengandungi Asid Folik

Kalau mama semua nak tahu, Folate boleh didapati dalam pelbagai jenis makanan, sama ada semula jadi ataupun makanan yang diproses. Antara makanan semula jadi yang mengandungi bahan ini adalah:

Manakala bagi makanan yang diproses pula, mama boleh dapati kandungan Folate dalam makanan seperti berikut:

Untuk pengetahuan mama juga, terdapat banyak produk khas kehamilan yang mengandungi bahan ini yang di jual di pasaran termasuklah susu untuk ibu hamil. Namun harus diingatkan kepada mama yang tengah hamil, elakkan mengambil folate secara berlebihan kerana tiada extra faedah pun. Ambil bila perlu je ye, ikut kuantiti yang disarankan oleh pakar kesihatan.

Sukatan dan dos yang disarankan

Sukatan pengambilan Asid Folik bergantung kepada keperluan seseorang. Bagi mama yang bakal mengandung atau yang berada dalam fasa awal kehamilan, dos yang diperlukan adalah 400mcg sehari. Manakala bagi mama yang mempunyai masalah kesihatan, mungkin doktor akan menyarankan dos yang lebih tinggi.

Waktu pengambilan suplemen ini taklah begitu ketat kerana mama boleh mengambilnya sama ada sebelum atau selepas makan. Namun jika mama terlupa, ambil je sejurus lepas mama ingat. Mama tak perlu menambah dos Asid Folik yang mama terlupa semalam, hanya ambil dengan sukatan harian saja, okay?

Apakah simptom Asid Folik dalam badan?

Antara gejala normal yang dihadapi oleh wanita dan orang dewasa yang kekurangan asid folik dalam badan ialah:

Selain gejala di atas, kekurangan bahan ini juga membawa kepada penyakit-penyakit berikut:

Ha, semua dah tahu kan apakah asid folik ini dan kebaikannya. Banyak faedah dan manfaat sekiranya kita mengambil zat ini dengan sukatan yang betul. Semoga posting kali ini dapat membuka minda mama semua dengan ilmu baru seperti ini.

BACA JUGA IBU MENGANDUNG – TIPS UNTUK ‘FIRST TIMER’

Pesan Mama Siti

Selain manfaat asid folik, kita juga dapat tahu simptom dan gejala yang bakal kita hadapi jika kita kekurangan Vitamin B ini. Mama Siti harap, mama di luar sana memperoleh informasi berguna dari artikel ini. Mama Siti nasihatkan supaya mama semua merujuk doktor bagi mendapatkan dos dan sukatan yang tepat mengikut keperluan masing-masing. Malu bertanya sesat jalan kan? Tidak rugi jika kita bertanya, untuk kebaikan diri kita dan kandungan kita juga.