“Doktor, boleh ke ambil asid folik ketika haid?”
Memang dah jadi satu kebiasaan bagi wanita untuk ambil asid folik dalam pemakanan mereka. Bukan saja bagi wanita yang sedang hamil, tapi wanita yang tengah berusaha untuk hamil pun disarankan untuk mengambilnya. Eh, kenapa kena ambil asid folik ni?
Menurut Dr. Zubaidi, asid folik adalah sejenis vitamin B6 yang dapat digunakan sebagai vitamin kesuburan untuk membantu kehamilan dan perkembangan bayi dalam kandungan. Ia juga dapat tingkatkan kesuburan bagi wanita yang ingin mempunyai zuriat.
Bukan tu saja, ia juga membantu membekalkan nutrien tambahan dan pembentukan sel darah merah bagi wanita yang sedang haid kerana nutrien-nutrien ni dah hilang bersama darah yang keluar.
Senang saja nak dapatkan vitamin B6 ni. Ia boleh didapati dari pelbagai sumber semulajadi (folat) dari pemakanan mama. Sebagai contoh:
- Sayur-sayuran berdaun hijau seperti taugeh, bayam dan kobis
- Kacang panggang dan kekacang seperti kacang kuda
- Buah-buahan seperti buah oren, jus oren, avocado dan tomato
- Nasi beras perang dan bijian tulen yang lain
- Ekstrak yis
- Bijirin sarapan yang diperkaya (sekiranya ia mengandungi asid folik, ia perlu dinyatakan pada paketnya)
Ada yang bertanya:
“Doktor, betul ke boleh ambil folic acid ni masa haid? Bukan ke ia akan tingkatkan kesuburan. Saya ni tengah merancang keluarga, anak pula masih kecil. Takut nanti saya hamil pula.”
Bantu atasi masalah kesuburan
Ya, memang betul yang bila mama ambil folic acid ia akan tingkatkan kesuburan mama tapi ia bukan satu JAMINAN mama jadi mudah hamil kalau nak dibandingkan dengan wanita yang lain.
Means kalau mama ada masalah kesuburan, pengambilan folic acid ni dikira sebagai jalan pendek buat mama atasi masalah ni. Tapi, mama kena juga buat pemeriksaan doktor untuk tentukan masalah yang sebenarnya.
Bagi wanita yang sedang haid pula, mama disarankan untuk ambil beberapa nutrien contohnya kalsium, magnesium, zat besi, vitamin K, vitamin B12, dan vitamin B6. Nutrien-nutrien ni lah yang akan bantu ganti balik sel darah merah yang keluar sebagai darah haid.
Pengambilan asid folik dalam dos tertentu
Dos yang disarankan bagi wanita dewasa adalah sebanyak 400-600 micrograms tapi ia bergantung juga kepada keperluan dan bentuk tubuh.
Bagi wanita yang hamil pula, mama boleh ambil sebanyak 400 microgram atau 0.4 mg sehari, dan tak melebihi 5 mg sehari. Teruskan pengambilan suplemen ni sekurang-kurangnya pada 3 bulan pertama kehamilan
Bagi kes-kes tertentu seperti kelahiran kembar, obesiti, atau pernah melahirkan bayi dengan masalah kecacatan tiub saraf, biasanya doktor akan prescribe dos yang lebih tinggi bagi menampung keperluan tersebut.
Kesimpulannya, tiada masalah kalau mama nak ambil asid folik ketika haid! Semoga bermanfaat!
Sumber: Dr Zubaidi Haji Ahmad, babycenter
BACA JUGA AWAS! KURANG ASID FOLIK PUNCA BAYI DALAM PERUT ABNORMAL (ANENCEPHALY)
Pesanan Mama Siti:
Mama Siti sarankan kalau yang haid irregular tu, jangan la terus ambil folic acid. Pergi consult dengan doktor ataupun pakar dulu. Mana tahu mama sebenarnya ada masalah lain dan kalau telan vitamin pun takkan bantu atasi masalah tersebut. Buat mama yang hamil dan nak tambah nutrien dalam makanan, mama boleh saja pergi farmasi. Ada banyak brand yang jual folic acid contohnya Appeton, Blackmores, Bio-Life dan sebagainya.