KelabMama

Art Attack: Projek Seni Bersama Anak-Anak Dan DIY Sempena Cuti Sekolah

Cuti sekolah ni dah ada rancangan ke, Mama? Kalau belum, mungkin aktiviti-aktiviti atau DIY seperti projek seni ini boleh Mama pertimbangkan untuk memenuhi masa lapang anak Mama cuti sekolah ini.

Walaupun Mama mungkin sibuk dengan kerja, tetapi, jangan sia-siakan masa terluang anak-anak. Bukanlah kita taknak berikan masa untuk mereka berehat, tetapi dalam hanya beberapa jam sahaja, Mama boleh ajak anak-anak lakukan aktiviti berfaedah disamping meningkatkan kemahiran mereka.

Jangan sia-siakan masa. Masa itu kan emas~

5 Projek Seni Dan DIY Untuk Dicuba Anak-anak

#1 Menekan Bunga (Pressed Flowers)

Menekan bunga ini sangat menarik. Walaupun ia mengambil masa, tetapi sangat sesuai untuk dibuat bersama anak-anak. Daripada aktiviti ini, Mama boleh ajar anak-anak untuk buat penanda buku, isi dalam bingkai seperti gambar diatas sebagai hiasan, dan macam-macam lagi.

Kalau Mama berminat, boleh sediakan bahan-bahan seperti:

#2 Bermain Alat Muzik Seperti Mozart

“Setiap kanak-kanak adalah individu yang mempunyai kadar pertumbuhan yang berbeza & potensi yang pelbagai dan luas”.

Oleh itu, jom terokai bakat mereka semasa mereka masih muda. Bincang bersama anak-anak Mama dan masukkan mereka ke kelas muzik yang sesuai. Antara alat muzik yang menarik untuk belajar adalah:

#3 Ajar Kemahiran ‘Survival’

Kemahiran ‘survival’ adalah amat penting pada waktu-waktu gentar seperti kecemasan seperti kebakaran. Oleh itu, tidak salah jika Mama mahu anak Mama belajar kemahiran seperti:

Ajarkan mereka akronim S.T.O.P. Mama pernah fikir tak bagaimana jika anak Mama terpisah dekat pasar atau di mana-mana? Mesti anak Mama panik dan berlari tanpa hala tuju bukan? Haa, Mama Siti perkenalkan akronim S.T.O.P. yang Mama boleh ajarkan pada mereka.

#4 Cat Mengikut Nombor

Aktiviti yang popular sejak bermulanya PKP dan turut digemari kita yang dewasa, Mama boleh sama-sama buat aktiviti ini bersama anak Mama.

Tidak kira umur, kanak-kanak atau dewasa, memang seronok cat mengikut nombor ini. Mama boleh belikan lukisan yang sesuai untuk anak Mama dan satu untuk Mama. Sedar tak sedar, ia boleh menjadi kegemaran Mama dan anak-anak dan terus kurangkan ‘screen time’ mereka.

#5 Memupuk Budaya Membaca

Selalu baca buku teks sekolah je, jom baca buku genre yang lain pula. Terdapat beberapa genre yang menarik seperti:

Wah! Banyak, kan? Mungkin mengambil masa sedikit untuk mencari buku yang sesuai untuk anak Mama. Try and error dahulu nanti mesti mereka takkan berhenti membaca!

#6 Cat Tembikar (Pottery Paint)

Untuk menyerlahkan bakat si Manja pada cuti sekolah ini, Mama boleh ajak mereka untuk cat pasu-pasu yang sudah lama tidka digunakan di rumah. Mula-mula, cari inspirasi dahulu, kemudian sediakan bahan-bahan cat tembikar seperti berikut:

Seronok bila anak ada dekat rumah tetapi buntu juga nak buat aktiviti apa bukan? Cuba aktiviti yang Mama Siti senaraikan ini. Semoga Mama dapat idea dan inspirasi daripada senarai Mama Siti ini!

Selamat mencuba dan selamat menikmati cuti sekolah pada anak-anak Mama.