Tahniah atas kelahiran si manja Mama! Sebelum Mama mencuba (ataupun sudah) memikirkan tentang masa hadapan termasuklah jenis sekolah, pencapaian akademik dan kerjaya mereka, Mama perlu melalui bulan pertama (dan seterusnya, seterusnya, dan seterusnya).
Mama mungkin telah membaca banyak buku dan laman web tentang kemungkinan yang akan berlaku sebelum menyambut kelahiran bayi Mama ke dunia ini, tetapi yang manakah paling sesuai? Mama pastinya tidak boleh menerima setiap nasihat di luar sana, tetapi ada yang penting yang boleh Mama harapkan.
Masalahnya, yang mana satu yang dapat membantu Mama?
Di sini, Mama Siti akan menjadikan ia sangat mudah untuk Mama dengan berkongsi rahsia yang hampir semua wanita harap mereka tahu (dan lakukan) sebelum bersalin.
Jaga diri Mama
Baby, baby, baby, baby—itu sahaja yang Mama dapat fikirkan sebelum bersalin dan selepas bersalin.
Mama mungkin telah menyediakan setiap perkara yang perlu untuk kedatangan si manja, tetapi ada perkara yang Mama pasti terlepas atau mahukan semasa perancangan anda. Sebelum Mama sebut ‘Alamak’, Mama Siti menasihatkan Mama untuk menjadualkan masa untuk self-love selepas Mama bersalin.
Kebanyakan Mama diluar sana akan sangat berhati-hati dan mengikut segala-galanya dalam buku peraturan sebelum bersalin. Tetapi sekiranya Mama mahu yang penting sahaja, termasuklah:
- Daftar untuk kelas antenatal yang menerangkan mengenai proses kehamilan, teknik bersalin, yoga antenatal atau pilates, persediaan penyusuan dan sesi berehat dan lain-lain.
- Lakukan senaman untuk bersiap sedia untuk bersalin dan menyambut kelahiran bayi Mama. Malah ada yang percaya bahawa senaman akan membantu Mama kembali ke badan sebelum mengandung Mama dengan lebih cepat. Dengan tikar yoga di atas lantai, cuba child’s pose, deep squat dan cat-cow yang akan membantu mengurangkan ketidakselesaan dan memanjangkan otot lantai pelvis Mama.
Selepas bersalin, ingat bahawa Mama telah melakukan sesuatu yang terbaik dan berharga dengan seorang individu ke dunia ini, oleh itu:
- Tidur pada bila-bila masa dan di mana sahaja apabila bayi tidur. Hampir separuh daripada semua ibu bapa yang mempunyai anak di bawah enam bulan hanya mendapat satu hingga tiga jam tidur tanpa gangguan semalaman. Kurang tidur boleh menyebabkan sesetengah ibu mengalami kebimbangan selepas bersalin. Badan dan minda Mama memerlukan masa untuk sembuh, secara fizikal dan mental. Oleh itu, jadikan tidur sebagai salah satu keutamaan Mama.
- Kekal hidrasi dengan meminum lapan gelas air setiap hari. Apabila Mama sibuk menguruskan si manja, Mama mungkin terlupa untuk memastikan badan sentiasa sihat dan terhidrat. Air juga sangat penting kerana susu ibu adalah 90% air, jadi pastikan Mama mendapatkan air yang mencukupi untuk mengekalkan kesihatan diri dan bayi.
Jangan rasa malu untuk minta pertolongan
Mama adalah (atau akan menjadi) seorang ibu baru. Tidak kira sama ada ini anak kedua atau ketiga, Mama tidak pernah berada di tahap ini sebelum ini. Oleh itu, jangan pernah takut untuk meminta pertolongan. Ia boleh menjadi bantuan praktikal seperti menyediakan makanan, mencuci baju atau membeli-belah.
Orang pertama yang patut membantu Mama ialah suami sendiri. Perjalanan keibubapaan bukan sahaja melibatkan Mama sahaja, dan jika suami risau atau tidak tahu cara untuk membantu, jangan biarkan mereka kebingungan. Jelaskan apa yang Mama mahu kepada encik suami, kerana hint sahaja tidak berkesan.
Buat Papa dan bakal Papa, jika anda membaca ini, berikut ialah perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu isteri anda:
- Sediakan rumah dan kereta yang baby-friendly. Sediakan katil bayi dan kawasan menukar lampin, pastikan bekalan barangan bayi tersedia, betulkan tempat duduk kereta bayi dan pastikan beg hospital telah disediakan.
- Ingat, walaupun perkara kecil, ia sangat membantu. Membersihkan rumah, menyediakan atau membeli makanan, membawa isteri anda bantal atau minuman apabila dia duduk untuk menyusu, menggalakkannya dan bersabar adalah sokongan yang dia perlukan sambil Mama memberi perhatian kepada si manja.
- Papa juga boleh membantu dengan mempelajari cara memakaikan pakaian, menjaga, dan memandikan bayi. Jujur, ia mungkin agak sukar buat Papa pada mulanya, dan anda mungkin fikirkan anda tidak mahir dalam melakukannya. Namun, tak ada sesiapa dilahirkan terus mahir dalam semua perkara; oleh itu, teruskan praktis dan lihat bagaimana Papa boleh menjadi lebih mahir nanti.
Sekiranya Papa memerlukan bantuan tambahan, Papa tidak perlu malu untuk menghubungi ibu bapa, mertua, adik-beradik atau rakan. Selalunya, mereka mahu membantu tetapi tidak tahu caranya.
Tetapkan peraturan
Beberapa hari selepas Mama dan Papa tiba di rumah bersama bayi baru, kita pasti akan mula mencorak tentang gaya penjagaan si manja dan diri kita sendiri. Memandangkan bayi anda masih baru dilahirkan, gunakan peluang ini untuk mewujudkan rutin tidur yang fleksibel, mengikut si manja. Perhatikan masa tidur dan bangun bayi supaya Mama boleh melatih badan Mama untuk mendapatkan tidur yang mencukupi, seperti si manja.
Ia perlahan-lahan akan berubah, dan menjelang bulan kedua, Mama boleh menetapkan kitaran tidur siang-malam bayi anda secara perlahan-lahan.
Mama boleh menetapkan beberapa peraturan peribadi lain seperti jenis makanan yang Mama ingin makan yang akan memberi manfaat kepada badan Mama yang new-but-old. Walaupun Mama mungkin berasa lesu, perkenalkan rutin senaman dalam jadual Mama. Walaupun ia hanya bersenam selama 10 hingga 15 minit, ia akan membantu memberikan tenaga kepada Mama.
Mama Siti juga menasihati Mama untuk menetapkan peraturan mengenai pelawat. Bukan sebab bimbangkan virus COVID-19 sahaja, tetapi mengutamakan tenaga dan ruang peribadi Mama; agar Mama sendiri dapat rehat yang secukupnya sebelum melayan tetamu. Mama boleh memilih untuk mengehadkan pelawat, menetapkan masa untuk mereka melawat atau terus sahaja tidak membenarkan sebarang pelawat sehingga si manja berumur sebulan atau lebih.
Jangkakan masalah perubatan
Jangan fikir bukan-bukan tau Mama; bukan nak doakan, tetapi, ia adalah perkara yang biasa yang mungkin akan berlaku.
Jaundis, kolik dan demam adalah antara senarai penyakit biasa yang sering dijangkiti bayi yang baru lahir. Penyakit-penyakit ini mungkin memerlukan si manja Mama dimasukkan ke ward selama satu atau dua hari, atau mungkin lebih.
Atau mungkin Mama sendiri yang memerlukan rawatan perubatan. Sesetengah ibu menyusu mungkin mengalami mastitis, jangkitan yang berkembang pada tisu payudara. Keadaan yang menyakitkan ini menyebabkan payudara seseorang menjadi bengkak, merah dan meradang.
Sekarang, apakah yang akan berlaku apabila masalah perubatan yang tidak diingini yang melibatkan bayi anda atau anda timbul?
Mempunyai insurans untuk melindungi kedua-duanya akan memberikan anda ketenangan fikiran, jadi anda tidak perlu risau tentang perkara buruk yang mungkin akan berlaku.
Mama jangan pernah menyesal mendapatkan insurans
Adalah dinasihatkan untuk menyediakan payung sebelum hujan—dan satu perkara penting yang boleh Mama lakukan untuk melindungi bayi, keluarga dan kewangan anda, ialah dengan mendapatkan insurans.
Selepas mengendalikan bil bersalin, pembelian barangan bayi, dan keadaan luar jangka yang lain, Mama tidak mahu terkejut untuk membayar lebih banyak bil perubatan jika apa-apa berlaku.
Hampir ke semua ibu-ibu yang sebelumnya fikirkan insurans ini tidak perlu atau tidak penting, terus berubah fikiran dan berharap mereka sepatutnya mendapatkan insurans lebih awal lagi.
Apabila Mama membuat keputusan untuk menginsuranskan kehamilan, bersalin dan untuk Mama dan anak Mama, cubalah Allianz!
Allianz kini mempunyai insurans PreciousCover dan BabyCover untuk mereka yang memerlukan rawatan fototerapi untuk jaundis neonatal (tiada kemasukan ke hospital), Manfaat Penghospitalan untuk Ibu Bagi Keadaan Pranatal dan Selepas Bersalin dan Penjagaan Ihsan apabila anak dimasukkan ke hospital di ICU/ HDU/ NICU.
Anda boleh mendapatkan akses eksklusif sokongan Allianz Careline untuk mendapatkan nasihat perubatan segera—disokong oleh Sunway Medical Centre.
Ia dikuasakan oleh Sunway Medical Centre untuk memberikan nasihat perubatan (melalui pegawai perubatan atau jururawat mereka) mengenai kesihatan ibu dan kanak-kanak. Sokongan telehealth dibuka dari Isnin hingga Jumaat, 10 pagi – 8 malam (kecuali cuti umum). Anda hanya perlu hubungi 1300 88 8822 atau WhatsApp ke 019 2212 398.
Apabila anda diinsuranskan, anda boleh yakin bahawa anda akan tidur dengan lebih nyenyak pada waktu malam—kecuali, bangun untuk menyusu.
Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.