KelabMama

APA YANG MAMA PERLU TAHU TENTANG PRE-EKLAMPSIA

Mama pernah dengar Pre-Eklampsia di kalangan mama mengandung? Pre-Eklampsia ni komplikasi yang jadi bila kandungan mama dah cecah minggu ke 20 .Antara komplikasi yang bakal mama hadapi adalah darah tinggi, kerosakan pada organ seperti buah pinggang dan kandungan protein dalam air kencing, serta bengkak-bengkak pada lengan, muka dan buku lali mama.

Mungkin ada dikalangan mama fikir ia adalah perkara biasa yang berlaku pada mama yang mengandung tapi kalau dibiarkan boleh memudaratkan mama dan bayi dalam kandungan.

MAMA PERLU TAHU 5 PERKARA INI!

#Tak sama dengan darah tinggi semasa mengandung

Mama selalu dengar pre-eklampsia ni selalu dikaitkan dengan darah tinggi tapi mama perlu tahu bezakan antara komplikasi dengan penyakit darah tinggi semasa hamil.

Chronic Hypertension berlaku bila mama alami tekanan darah tinggi dengan bacaan melebihi 140/90mmHg sebelum minggu ke 20 kehamilan atau sebelum hamil.

Gestational Hypertension berlaku bila mama mengandung alami bacaan lebih daripada 140/90mmHg selepas minggu ke 20 kehamilan.

Pre-eklampsia ini pula jadi bila keadaan ini berlarutan dengan edema dan proteinuria. Sebab tu pentingnya mama yang mengandung ambil ujian air kencing dan tekanan darah tinggi bila setiap kali check up.

#Simpton Pre-Eklampsia

Untuk pengetahuan mama, 10% wanita mengandung mengalami tekanan darah tinggi pada awal kehamilan sebab itu kena buat ujian air kencing dari awal untuk sahkan sama ada mama mengalami pre-eklampsia atau tak. Kalau dibiarkan boleh melarat sehingga pening kepala, naik berat badan sebab bengkak air , mata kabur, selalu mual dan muntah. Kalau mama ada simptom-simptom ini cepat-cepat bagitahu doktor ye!

#Kesan Pre-Eklampsia

Mama yang ada pre-eklampsia berisiko mengalami kerosakan organ seperti buah pinggang dan hati. Si bayi pula mengalami tumbesaran yang sedikit perlahan kerana kekurangan bekalan darah ke plasenta. Berkemungkinan bayi tak cukup bulan kerana jika keadaannya serius, doktor akan sarankan mama untuk bersalin awal sebelum 36 minggu.

#Siapa boleh terkena Pre-Eklampsia?

1) Mama yang pernah alami pre-eklampsia semasa kandungan pertama berpotensi untuk kena lagi di kehamilan akan datang

2) Wanita yang mempunyai diabetes

3) Wanita yang mempunyai penyakit buah pinggang

4) Wanita yang mempunyai darah tinggi

5) Wanita yang obesiti

6) Wanita yang berumur 20 hingga 35 tahun dan hamil lebih daripada seorang (kembar dua atau tiga)

#Boleh berlaku lepas kelahiran bayi

Jarang berlaku tapi boleh berlaku selepas mama melahirkan anak. Ia dipanggil postpartum pre-eklampsia. Selalunya berlaku selepas 48 jam dari tempoh kelahiran dan boleh berlanjutan sehingga sebulan tau!

Simptom sama seperti masa mengandung. Macam yang mama Siti pesan kalau mama ada simptom sebegini cepat-cepat bagitahu doktor untuk rawatan. Semoga bermanfaat!