Masalah ni selalu membelenggu mama hamil. Bila dapat 3 due date bersalin ni tak tahu nak follow yang mana satu. Tak kiralah pertama kali hamil ke dah banyak kali ke mama tetap akan confuse dengan due date sendiri termasuklah tarikh pertama mama period. Bila check di klinik, doktor mesti akan tanya bila tarikh akhir period sebab info tu sangat penting untuk tentukan usia kehamilan mama. Tapi bagi mama yang periodnya tak teratur ditambah pula dengan pengambilan pil perancang pula macam mana nak kira ye?
ADA 3 DUE DATE
SCAN PADA 12 MINGGU KEHAMILAN
Scan sebelum 10 minggu tu hanya dibuat kalau mama ada rasa sakit atau pendarahan atau mama pernah keguguran sebelum ni. Seeloknya buat dating scan pada 12 minggu kehamilan.
BACA JUGA : BILA DOKTOR AKAN SCAN KANDUNGAN ANDA?
MENJANGKA TARIKH BERSALIN DENGAN DATING SCAN
Dengan Dating Scan mudah untuk menjangka tarikh mama bersalin. Scan ini juga boleh tentukan berapa minggu usia kehamilan mama.
Sebab tu pentingnya rekod tarikh haid mama. Mudah untuk buat kiraan sekiranya mama hamil. Dan itu juga soalan pertama yang nurse dan doktor akan tanya. Jadi rajin-rajinlah rekod tarikh haid ye mama!
Semoga bermanfaat!
Sumber : Dr. Izzat
BACA JUGA : KENAPA DETAIL SCAN UNTUK BAYI LEBIH PENTING DARIPADA SCAN 3D, 4D & 5D?
Ha..jangan pening-pening. Nak tahu lebih tepat kenalah tanya doktor yang check mama tu. Dari situ nanti mama tahu yang mana mama perlu follow. Apa-apa pun 2 minggu sebelum due date tu mama dah boleh prepare dah. Boleh jadi bersalin seminggu sebelum atau ikut due date atau lewat seminggu. Mama Siti dulu pun bersalin seminggu sebelum due date.