Baru-baru ini kita dikejutkan dengan amaran yang dikeluarkan oleh Rangkaian Amaran Racun Perosak Thailand (Thai-PAN) berhubung pencemaran yang telah berlaku ke atas anggur yang menjadi kegemaran ramai, iaitu anggur Shine Muscat. Namun, hal ini masih belum disahkan untuk buah tersebut yang dijual di Malaysia.
Ya, Mama – anggur Shine Muscat yang rangup, manis tu!
Lanjutan daripada laporan tersebut, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengumumkan kesediaan untuk bertindak tegas jika anggur Shine Muscat terbukti mengandungi lebihan bahan kimia.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, menyatakan bahawa kementeriannya sangat berhati-hati terhadap hasil pertanian yang diimport.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu turut mengulas lanjut bahawa kementeriannya sangat berhati-hati terhadap hasil pertanian yang diimport. Oleh itu, pihaknya telah menugaskan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta makmal pertanian untuk membuat pengesahan dan menentukan kandungan kimia yang terdapat dalam buah tersebut.
Anggur jenis Shine Muscat ini terkenal dengan rasa manis dan aroma yang menggoda, menjadi kegemaran ramai lebih-lebih lagi dalam kalangan kanak-kanak semenjak ia tular di media sosial beberapa tahun lalu. Namun, siapa sangka buah yang sering dikaitkan dengan kemewahan ini boleh membawa risiko kepada kesihatan?
Kini, anggur Shine Muscat yang sebelumnya boleh dinikmati dengan tenang telah menimbulkan kebimbangan selepas ujian mendedahkan kandungan bahan toksik yang berpotensi memudaratkan kesihatan, terutamanya bagi yang di import dari negara China.
Tak kurang juga terdapat perkongsian pengguna di beberapa laman media sosial dimana mereka pernah berdepan masalah kesihatan seperti demam, selesema, sakit tekak, batuk dan asma selepas menikmati anggur tersebut.
Shine Muscat grapes imported from China have been found to be heavily laced with dangerous chemicals, including chlorpyrifos, the Thai Pesticides Alert Network (Thai-Pan) and the Foundation for Consumers announced today.
— Thai PBS World (@ThaiPBSWorld) October 24, 2024
Read more: https://t.co/PbGvsMrS5t#ThaiPBSWorld… pic.twitter.com/IVG6jbIFBF
Sebelum ini, Rangkaian Amaran Racun Perosak Thailand (Thai-PAN) telah mengeluarkan amaran mengenai pencemaran pada anggur Shine Muscat dimana mereka telah mendapati bahawa kebanyakan sampel mengandungi bahan kimia berbahaya yang melebihi tahap maksimum yang dibenarkan.
Selain itu, Thai-PAN dan Majlis Pengguna Thailand (TCC) juga telah mendesak Kementerian Kesihatan Awam agar segera mengambil tindakan, termasuk mengarahkan pengimport dan pengedar untuk melabelkan negara asal bagi anggur Shine Muscat yang di import.
Bersihkan Dahulu Sebelum Makan!
- Cuci anggur dengan teliti: Gunakan air bersih atau rendam dalam larutan cuka untuk memastikan bahan kimia dihapuskan.
- Pilih anggur organik: Produk organik adalah pilihan yang lebih selamat kerana bebas daripada penggunaan bahan kimia.
- Semak label keselamatan: Baca label keselamatan dan pastikan ia diluluskan oleh pihak berkuasa sebelum membelinya.
- Beli daripada pengedar yang sah: Meskipun terdapat banyak pemborong dan penjual buah, adalah lebih baik untuk kita membeli buah-buahan daripada pengedar yang sah.
Sementara menunggu pengesahan daripada pihak MARDI, Mama Siti menasihatkan Mama Papa untuk elakkan membeli anggur ini sebagai langkah berjaga-jaga, demi memastikan buah yang di beli adalah selamat untuk dijamah keluarga Mama Papa.
Dengan mengambil langkah-langkah pencegahan ini, kita dapat menikmati buah-buahan yang sihat tanpa rasa risau tentang potensi bahaya yang mungkin ada.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang sah.
Dapatkan lebih banyak berita yang menarik dan terkini di SINI.