Kaum wanita sejak dari dulu dipesan oleh ibu ataupun nenek agar menjaga organ peranakan ini. Malah bermacam-macam petua diperturunkan untuk tujuan itu. Ia untuk mengelakkan bahagian yang menjadi lambang kewanitaan ini ditimpa penyakit dan tidak boleh berfungsi untuk melahirkan zuriat. Namun ketika ini semakin ramai wanita berdepan dengan masalah ketumbuhan yang berkaitan dengan rahim.
Rahim diciptakan khas untuk wanita sebagai wadah pertumbuhan janin. Seterusnya ia berkembang dan membesar membentuk organ dan anggota yang sempurna dan mempunyai nyawa. Semua peroses ini berlaku dalam perlindungan dan naungan rahim. Malang jika rahim ditimpa penyakit dan tidak boleh berfungsi. Gejala yang sering dialami wanita ialah senggugut teruk, perdarahan banyak serta jadi mandul. Sungguh menyedihkan bila situasi begini berlaku.
Penjagaan Rahim
Waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga – ibu, nenek, ibu saudara adik beradik perempuan. Setiap penyakit ada kaitan dengan baka, mungkin menyumbang 10 peratus kepada faktor-faktor penyebab.
Fungsi utama rahim ialah menampung kehamilan. Kahwin dan hamil awal ketika usia muda boleh mencegah dari tumbuhan fibroids dan adenomyosis. Ketika hamil otot rahim membesar dan kembang sehingga 1000 kali normal. Selepas bersalin ia kuncup semula kepada saiz asal. Peroses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari ketumbuhan. Wanita yang lambat atau tidak hamil lebih terancam tumbuhan fibroids dan adenomyosis.
Rahim dipengaruhi dengan dua hormon wanita – estrogen dan progesterone. Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel otot (myometrial hyperplasia) manakala progesterone meningkatkan salur darah endometrium dan mengembangkan sel-sel otot rahim (myometrial hypertrohy). Kedua-dua hormon perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim. Hormon estrogen penting bagi banyak fungsi tubuh badan wanita serta ciri-ciri kewanitaan dan kecantikan. Tapi bila berlebihan dan tak seimbang estrogen boleh menimbulkan bermacam-macam penyakit dan gangguan.
Di antaranya:
- Ketumbuhan fibroid, adenomyosis dan kanser rahim.
- Ketumbuhan adenoma dan kanser payudara.
- Kemandulan dan sukar hamil.
- Perdarahan rahim.
Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak badan.Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga jadi sumber phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.
Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak badan.Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga jadi sumber phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.
FAKTOR YANG MENGGANGGU IMBANGAN HORMON.
- Sering tahap estrogen tinggi dan progesterone rendah yang menyebabkan penyakit. Diantara faktor-faktor ialah tekan fizikal, stress mental dan gangguan emosi. Pemakanan yang terlebih gula dan karbohidrat, mengandungi terlalu banyak perisa dan pengawet serta kegemokkan (obesity) dan penyakit PCOS, kesemuanya menyebabkan hormon estrogen menungkat tinggi sedangkan progesterone berkurangan. Tangani dan kawal semua jenis stres.
- Penjagaan rahim perlu bermula dari umur kanak-kanak. Sering kali anak perempuan dijangkiti kuman di luar farajnya akibat tidak sempurna beristinjak dan lemah ketahanan / immunity disebabkan tidak suka makan sayur dan buah2. Jika menghadapi masalah lelehan / vaginal discharge, basuh faraj dengan air garam, ia antiseptik terbaik untuk wanita. Beri supplemen vitamin C (chewable) disamping multivitamin sirup dan minyak ikan kepada anak perempuan. Amalan ini diteruskan dalam bentuk tablet bila mencapai umur remaja. Supplemen tersebut akan meningkatkan Ketahanan / immunity untuk menangkis pelbagai penyakit khususnya dirahim.
- Kegemukkan perlu dikawal dari umur kanak2 dan remaja. Dewasa ini kanak-kanak terlalu suka junk food dan fast foods. Ibu bapa layani kehendak mereka sebagai jalan mudah tanpa memikirkan kesan buruk dalam jangka panjang. Remaja mula dilanda kegemukkan bila belajar disekolah, kolej dan universiti berasrama. Mereka makan terlalu banyak makanan segera kononnya tidak berkesempatan untuk memasak sendiri atau tidak minat makanan yang disajikan. Bermula disini gangguan haid berlaku – sama ada tidak datang haid, atau haid terlalu banyak, keluar berketul-ketul atau terlalu sedikit tetapi berpanjangan. Kesemua itu petanda adanya gangguan dan ketidak seimbangan hormon2 wanita dan akhirnya merosakkan rahim.
- Remaja perlu dididik menjaga kehormatan diri agar tidak terjebak kedalam maksiat perzinaan kerana ramai yang terjerat dengan berbagai gejala saperti pengguguran haram dan jangkitan kuman dalam peranakkan dan akhirnya rosak rahim dan jadi mandul apabila kahwin kelak.
- Sering juga haid tidak lancar keluar dan adakala haid ‘tumpah / melempah’ ke belakang rahim. Fenomena tersebut dikaitkan dengan rahim retroverted dan saluran pintu rahim sempit. Tanda utama ialah senggugut dan terdapat sistem pembersih darah haid. Bila sistem ini gagal akibat penurunan immunity ekoran dari pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun serta peningkatan stress, darah haid menimbulkan penyakit endometriosis dan adenomyosis.
Sumber: HealthCentre.my