Ramai menganggap sakit kepala hanya penyakit ringan, namun kecekapan kerja seseorang akan terjejas apabila penyakit ini terutama yang dikategori sebagai migrain dan sakit akibat ketegangan menjadi serius. Setakat ini belum ada ubat yang benar-benar mampu mengatasi migrain dan sakit kepala akibat ketegangan. Bagaimanapun, kombinasi pengubatan, pengendalian stress atau ketegangan serta faktor-faktor penyebab yang lain boleh membantu menyekat, menghapus atau meringankan migrain.
Bagaimanapun migrain berlaku belum difahami sepenuhnya tetapi doktor tahu ia melibatkan penguncupan dan pengembangan saluran darah ke otak. Biasanya, perjalanan darah mengurang di belakang otak dan merebak ke bahagian depan dan bila saluran yang menguncup itu mengembang, asakan darah dengan tiba-tiba mencetuskan rasa sakit yang kuat. Migrain dikesan menerusi dengutan, kadangkala sakit yang kuat dan biasanya di bahagian sebelah kepala. Deria pendengaran dan pemandangan menjadi semakin sensitif. Faktor-faktor pendorong lain termasuk ketegangan, makanan seperti coklat, minuman berkopi, alkohol, tidak cukup tidur atau haid, dalam hal wanita.
SAKIT KEPALA VS MIGRAIN
Kajian mengenai kejadian sakit kepala di Malaysia menunjukkan penghidap migrain dan sakit kepala akibat ketegangan menyatakan kerana mereka terdedah kepada panas matahari. Kajian juga menunjukkan lebih ramai wanita daripada lelaki mengalami migrain dan sakit kepala akibat ketegangan. Ini mungkin disebabkan perubahan hormon yang dialami wanita semasa haid. Wanita yang memakan pil lebih mirip menghidap migrain. Sebaliknya, lelaki lebih mudah menghidap sakit kepala yang merupakan serangan kuat sesekejap tertumpu sekitaran mata dan ini berlaku beberapa kali dalam sehari selama beberapa bulan.
Kajian ke atas masyarakat Orang Asli, yang tinggal jauh daripada kehidupan moden mendapati migrain dan sakit kepala akibat ketegangan tidak wujud di kalangan mereka. Ini disahkan oleh pemerhatian doktor bahawa orang yang tinggal di bandar-bandar besar dan yang terpelajar lebih mudah diserang migrain dan sakit kepala. Cara hidup memang ada kaitan dalam hal ini akibat diet yang diambil, kesesakan lalu lintas, kerja dan beberapa bentuk tekanan lain.
SIMPTOM MIGRAIN
Simptom amaran sebelum berlakunya migrain bersifat tidak menentu, seperti menguap atau keletihan, walaupun sesetengah orang mengalami pemandangan yang berbayang. Bayangan ini boleh mencetuskan ilusi pancaran cahaya, kelumpuhan, sakit kepala dan imej visual yang tidak sempurna. Migrain boleh menyerang pada sebarang masa walaupun biasanya ini bermula pada usia belasan tahun dan memuncak pada usia antara 35 dan 45 tahun dan kemudian reda. Bila pesakit menemui doktor kerana sakit kepala, pengesanan otak dilakukan dan sinar x dibuat bagi menentukan ia bukannya akibat ketumbuhan atau darah beku sebelum melihat faktor lain.
Doktor mungkin mencadangkan supaya pesakit menyimpan ‘diari migrain’ yang tercatat makanan yang diambil dan faktor ketegangan bagi mengesani penyebab migrain. Migrain dan sakit kepala akibat ketegangan tidak boleh diubati sepenuhnya tetapi boleh disekat atau dikurangkan menerusi pengubatan, termasuk bahan ‘beta blocker’, dan pengelakan faktor penyebab. Mereka yang mengalami sakit kepala dinasihatkan agar tidak memandang remeh, sebaliknya segera menemui doktor untuk didiagnosa.
- Sakit kepala yang berlarutan dari empat ke 72 jam
- Melibatkan sebelah kepala
- Berdenyut-denyut (seperti yang saudari alami)
- Intensiti yang sederhana atau teruk (yang boleh mengurangkan aktiviti seharian individu terbabit)
- Menjadi lebih teruk semasa berjalan, memanjat tangga.
- Semasa berlakunya sakit kepala, terdapat salah satu daripada ciri-ciri seperti;
- Loya atau muntah-muntah
- Fotofobia (cahaya atau sinaran menyebabkan kesakitan bertambah) atau fonofobia (bunyi akan menyebabkan kesakitan bertambah)
PUNCA SAKIT KEPALA & MIGRAIN
- Masalah pemakanan (diet) mungkin melibatkan 10 peratus daripada penghidap migrain dan termasuk makanan yang mengandungi kafeina, coklat, keju, kekacang, yogurt dan monosodium glutamate (MSG).Pesakit migrain yang sensitif kepada makanan tersebut eloklah mengelakkannya sama sekali.
- Faktor-faktor lain yang boleh mendatangkan sakit kepala ini termasuklah stres, merokok, terlebih atau tidak cukup tidur dan kelaparan.
- Ubat-ubatan seperti pil perancang atau terapi penggantian hormon (HRT) boleh menyebabkan migrain menjadi lebih baik atau sebaliknya.
- Kebanyakan pesakit migrain tidak menunjukkan apa-apa kesan sekiranya ubat-ubatan itu diambil. Kalau berlaku, pil perancang atau HRT itu eloklah diberhentikan, tetapi kesannya (sakit kepala yang berkurangan) mungkin mengambil masa sehingga setahun lamanya.
- Migrain selalunya menjadi bertambah baik dalam tempoh kehamilan.
Sumber: Internet