Mama Siti tak faham dengan pengasuh zaman sekarang ni. Kerjaya sebagai pengasuh ni sepatutnya menjaga anak kecil tapi kenapa sampai didera anaknya? Yang dijaga tu pula bukannya anak sendiri tetapi anak orang lain.
Hari Selasa lepas, Mama Siti dikejutkan dengan berita seorang bayi lelaki berumur setahun cedera. Dia disyaki didera pengasuh di sebuah taska di Semenyih. Allahu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata ibu mangsa tampil buat laporan tentang kejadian yang menimpa anaknya itu pada hari yang sama, jam 9.55 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.
“Ibu mangsa mendakwa terdapat kesan lebam seperti dicubit di belakang badan serta kedua-dua kaki anaknya yang berusia setahun lapan bulan selepas mengambilnya dari taska terbabit pada kira-kira jam 4.30 petang,” katanya ketika dihubungi.
Pihak taska menafikan perbuatan dera
Beliau berkata lagi , ibu kanak-kanak tersebut menghubungi pihak taska untuk mendapatkan penjelasan tentang kesan luka di bahagian leher anaknya, namun mereka menafikan sebarang perbuatan dera.
“Pengadu mendapati terdapat kesan luka pada bahagian leher dan pihak Taska menyatakan tiada apa-apa berlaku ke atas anak pengadu, pengadu tidak berpuas hati dan membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Masih dalam siasatan pihak polis
Setakat ini masih lagi tiada tangkapan dibuat lima penjaga taska berkenaan telah dipanggil untuk membantu siasatan. Polis juga akan menghantar rakaman kamera cctv ke bahagian forensik untuk siasatan lanjut.
Bayi tersebut pula di hantar ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan dan alhamdulillah dilaporkan dalam keadaan stabil.
Polis menggesa orang ramai kalau ada yang mempunyai maklumat tentang kejadian berkenaan, diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nurulhuda Baharuddin daripada Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) di talian 011-26177140.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Mama Siti ucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Mama pun mesti takut kan nak hantar anak bawah jagaan pengasuh ni. Risau kalau perkara macam ni berlaku. Tapi apakan daya tuntutan kerja untuk menyara anak-anak terpaksa diutamakan terlebih dulu.
Apa-apa pun Mama Siti tetap mendoakan yang terbaik buat para ibu yang hantar anak-anak dia pergi rumah pengasuh. Mama Siti percaya bukan semua pengasuh perangai macam binatang macam ni.
Sumber: thereporter
BACA JUGA PERKEMBANGAN BAYI | 4 PERINGKAT PERKEMBANGAN SELEPAS KELAHIRAN YANG NORMAL
Pesanan Mama Siti:
Semoga perkongsian ibu ini mampu membuka mata mama supaya lebih berhati-hati dalam memilih pengasuh. Geram jugak bila isu pengasuh dera anak ni dibangkitkan. Jangan la dera anak orang!