Mama Papa ada anak tunggal? Mama Siti yakin kalau Mama mesti perasan sikap-sikap anak, tapi Papa mungkin tidak. Tapi mereka selalunya lain daripada lain, sampai ada terma psikologis yang dipanggil “Sindrom anak tunggal” (only child syndrome) tau!
Mungkin Mama Papa sendiri adalah anak tunggal, mesti akan setuju dengan siat-siat yang Mama Siti nak share ni.
Selalunya kita dengar perkongsian tentang ciri-ciri anak sulung, ciri-ciri anak kedua, dan bongsu, tetapi yang selalu dikatakan “manja”, “panas baran”, senang cerita yang tak baik, semua ada pada anak tunggal, tapi betul ke? Ataupun semua tu stigma sahaja?
Mari sini, Mama Siti kongsikan, apa itu sindrom anak tunggal, dan apakah ciri-ciri sebenar yang ada pada mereka!
Sindrom Anak Tunggal
Teori ini percaya anak tunggal menjadi sangat manja kerana mereka sudah biasa mendapatkan apa sahaja yang mereka mahu daripada ibu bapa mereka, termasuk perhatian yang tidak berbelah bahagi. Mereka akan berkembang menjadi individu yang mementingkan diri sendiri keperluan mereka sahaja.
Selain itu, kurang interaksi dengan adik beradik dipercayai menyebabkan kesunyian dan kecenderungan menjadi antisosial.
Malah ada yang berpendapat kesan ini berterusan sehingga dewasa, dan seorang anak tunggal mengalami kesukaran untuk bergaul dengan rakan sekerja, menunjukkan hipersensitiviti kepada kritikan apabila mereka semakin tua, dan mempunyai kemahiran sosial yang lemah.
Tetapi sementara teori ini telah memasuki budaya popular, sebahagian besarnya tidak berasas. Penyelidikan yang lebih terkini menunjukkan bahawa menjadi anak tunggal tidak semestinya menjadikan mereka berbeza daripada rakan sebaya dengan adik beradik.
Berikut adalah 12 sifat yang kita mungkin tidak sangka!
1. Mementingkan privasi
Seperti yang kita tahu, mereka tidak mempunyai adik beradik semenjak kecil. Kebanyakan daripada mereka amat mementingkan privasi, dan tidak ingin berkongsi barang dengan orang lain.
Semenjak kecil mereka tidak perlu berkongsi bilik, barang-barang, pakaian dan lain-lain. Mereka dapat bertenang dan memiliki privasi sendiri.
Namun, walaupun terbiasa membesar tanpa adik beradik lain, tidak semestinya menunjukkan bahawa mereka ini tidak pandai bergaul dengan orang.
2. Seorang yang teratur dan cepat matang
Anak tunggal biasanya menunjukkan perhatian yang tinggi terhadap perincian. Mereka suka mengatur perkara yang menjadi milik mereka dengan baik.
Biasanya mereka cenderung menepati masa dan mahir menjaga sesuatu. Terutama jika dari zaman kanak-kanak ibu ayah mengajarkannya untuk tidak merosakkan permainan atau barangan peribadi.
Biasanya mereka akan cepat membesar menjadi seorang yang matang, walaupun pada usia muda.
3. Bijak berdikari
Ketika mash kecil, mereka mungkin akan manja. Tetapi apabila meningkat dewasa, mereka akan bijak berdikari.
Ini kerana ketika membesar, mereka sedar bahawa ibu ayah tidak akan selamanya ada. Justeru adalah penting untuk and mengajarkan anak melakukan tugasan rumah dan kemahiran mengurus diri dengan baik.
4. Rapat dengan orang tua
Kerana sudah terbiasa rapat dengan ibu ayah, mereka lebih senang meluangkan masa dengan keluarga sama ada untuk beriadah atau lain-lain.
Bukan itu sahaja, biasanya anak tunggal akan merujuk ibu ayah mereka dalam setiap perkara. Mereka juga akan cenderung berkongsi kisah yang dilalui di sekolah, kisah rakan atau masalah yang dihadapi dengan anda.
Hal ini sekaligus dapat membuatkan mereka mengutamakan ibu ayah dalam hidup kerana adanya hubungan yang kuat antara Mama Papa dan anak.
5. Tak suka berkongsi
Setiap anak yang sedang membesar biasanya akan berdepan masalah tidak suka berkongsi barang terutamanya barang yang mereka sayang.
Begitu juga dengan sifat anak tunggal. Disebabkan oleh mereka sudah terbiasa tidak diganggu oleh orang lain di rumah, anda akan mendapati mereka juga kurang selesa apabila barangannya dipegang atau diberi pinjam kepada kanak-kanak yang lain.
6. Bijak dalam akademik atau bakat tertentu
Penelitian yang dilakukan oleh pakar, fakta anak tunggal adalah bijak dalam akademik dan memiliki bakat yang tertentu pada diri mereka.
Bukan itu sahaja, anak tunggal juga sering menjadi harapan Mama Papa untuk menciptakan kejayaan yang membanggakan.
Justeru perhatian Mama Papa hanya berfokus kepada seorang anak dan tidak berbelah bahagi. Mereka cenderung berjaya dalam bidang akademik dan atau perkara yang dicebur
7. Bergantung kepada jenis didikan ibu ayah
Tidak dinafikan bahawa ada sesetengah fakta anak tunggal mengatakan bahawa mereka seorang yang manja dan ibu ayah sentiasa memenuhi setiap permintaan mereka.
Walau bagaimanapun jika mereka ini diberikan didikan yang betul sejak dari kecil, mereka akan memiliki karakter baik seperti kanak-kanak lain.
Contohnya jika permintaan itu ketika kecil tidak diterima bulat-bulat, pasti mereka akan belajar untuk menerima sedikit demi sedikit.
8. Suka berjalan-jalan
Hasil kajian pakar mendapati, anak tunggal juga suka berjalan-jalan. Mereka suka mencuba benda baru dan tidak suka dikawal.
Malah jika berasa bosan di rumah, mereka bijak buat kawan, bermain atau bersosial. Ada juga anak tunggal yang lebih suka berjalan dengan ibu ayah mereka kerana sudah selesa!
9. Egois
Oleh sebab sudah biasa menyendiri dan hanya menerima pendapat atau output dari ibu bapa sahaja, anak tunggal akan cenderung egois. Mereka akan merasakan mereka berhak “diutamakan” berbanding orang lain.
10. Pemalu/Pendiam/Introvert
Perbezaan seorang yang pendiam dan introvert adalah, mereka akan banyak bercakap jika sudah selesa dengan seseorang.
Hal in kerana di dalam rumah mereka terbiasa melihat ibu ayah sahaja. Apabila ada tetamu datang, Mama Papa mungkin menyedari mereka mula menyembunyikan diri di belakang atau lari masuk ke dalam bilik.
Walau bagaimanapun perkara ini adalah sesuatu yang normal. Mama Papa Perlu mengajak anak duduk bersama melayan tetamu atau meminta bantuannya untuk mengemas bahagian ruang tamu.
11. Sensitif dan suka berlebihan
Kerana sudah terbiasa dengan “perlindungan” emosi dan fizikal yang diberi ibu bapa juga, mereka kadang kala tidak boleh menghadapi sesuatu yang agak keras. Sebab itu mereka lebih sensitif dan juga cenderung bersikap suka “berlebih-lebihan” Apapun, ia bergantung kepada didikan ibu bapa.
12. Kuat Berangan dan Bercakap Berseorangan
Salah satu perkara yang lucu tentang sikap anak tunggal adalah seorang yang kuat berangan. Hal ini adalah perkara biasa kerana kadang-kadang si kecil anda berasa sunyi tapa kawan di rumah. Keadaan ini menyebabkan mereka cenderung memperoleh ‘imaginary friend’ untuk tujuan keseronokan.
Untuk lebih banyak fakta menarik tentang perkembangan anak, Mama boleh klik SINI.